Cara mudah untuk beriklan di laman sosial Twitter

Spread the love

Cara mudah iklan bisnis di Twitter

Twitter adalah satu lagi platform sosial media yang mempunyai ratusan juta follower.

Individu yang mempunyai follower Twitter paling ramai di dunia adalah Mantan President Amerika, Barack Obama dengan pengikut lebih 129 juta.

Setiap sosial media mempunyai pengikutnya setia tersendiri begitu juga Twitter yang merupakan segmen pemasaran yang hebat.

Di Malaysia pengiklanan menggunakan Twitter kurang mendapat perhatian berbanding sosial media yang lain. Jarang sangat kita dengar Guru yang mengajar iklan di Twitter.

Saya nak kongsikan cara mudah iklan di Twitter.

1. Buat satu akaun Twitter samada akaun peribadi atau akaun syarikat. Pilihlah mana yang kita nak besarkan jenamanya. Jangan kisah kalau akaun itu tak aktif atau hanya ada beberapa orang follower.

2. Buat satu posting produk atau khidmat yang kalian usahakan. Gunakan copy writing yang baik dan gabungkan dengan poster atau video pendek.

3. Beli pakej retweet dari akaun Twitter yang menyediakan khidmat Retweet. Harga pakej mengikut berapa ramai follower mereka. Pakej Retweet ada yang sekali, 5 kali, 10 kali dan sebulan.

4. Pilih Twitter yang ramai follower kerana lagi besar follower lagi baik untuk promosi produk kalian.

5. Kalau selama ini kalian belum pernah beriklan dengan Twitter, cubalah tapi jangan buat sekali sudah harap hasil yang lumayan. Buatlah berulang kali sehingga follower kenal produk kalian pasti hasilnya pun lumayan. Iklan di sosial media lain pun kita akan buat berkali-kali dengan bajet yang besar.

6. Memang berbaloi beriklan di Twitter sebab masih tak banyak saingan.

Semoga kalian sukses dalam apa juga bisnis yang diusahakan.

Kalau korang nak buat iklan di twitter @SantapanMinda dengan pakej yang lumayan, boleh hantar message terus ke twitter Santapan Minda. Atau boleh email di santapanmindaofficial@gmail.com

Amir Hassan

Qurban & Aqiqah Mekah


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!