Cara Mohon Bantuan RM600 PERKESO Secara Online

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Berikut dikongsikan panduan permohonan bantuan RM600 PERKESO khas untuk para pekerja yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi PERKESO bermula 20 Mac 2020.

Bantuan ini sebahagian daripada program pengekalan pekerjaan atau Employement Retention Programme (ERP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

Tujuannya adalah untuk membantu para majikan yang terpaksa mengurangkan kos operasi dengan memberikan cuti tanpa gaji (CTG) kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bantuan sebanyak RM600 sebulan ini akan disalurkan kepada para pekerja selama enam bulan (maksima) bergantung kepada tempoh notis majikan.

SYARAT PERMOHONAN

Sebelum itu, berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan bantuan PERKESO:

  • Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020;
  • Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO;
  • Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah;
  • Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja; dan
  • Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

Secara asasnya bantuan ini akan disalurkan kepada majikan berdaftar yang kemudiannya akan disalurkan kepada para pekerja yang terkesan.

Tujuan program Employment Retention Program atau ERP adalah untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

PERMOHONAN BANTUAN RM600 PERKESO

Setiap permohonan hendaklah dibuat secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan.

Senarai pekerja hendaklah beserta butiran berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

Soalan lazim berkenaan program ERR adalah seperti di Lampiran 2. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel perkesoperkeso.qov.my. Untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan SIP dan program ERR, sila layari microsite eiscentre.perkeso.gov.my

Kredit: semakonline


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!