Cara menebus kredit sehingga RM300 dari pelan telekomunikasi anda

Kerajaan menerusi pembentangan belanjawan Malaysia 2021 telah mengumumkan penawaran subsidi di bawah Program Jaringan Prihatin. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi.

program jaringan prihatin

Bantuan kredit telekomunikasi sehingga RM300 setahun telah ditawarkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang telah disahkan sebagai pemohon utama BPR berdasarkan rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri. Melaluinya, Program Jaringan Prihatin rebat 180 dibuka kepada individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak bawah umur 18 tahun. Sementara itu, Program Jaringan Prihatin rebat 300 pula dibuka kepada individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun.

Semakan kelayakan sudah boleh dibuat bermula hari ini. Mana-mana individu yang layak, anda sudah boleh mula membuat pendaftaran menerusi syarikat telekomunikasi masing-masing sehingga 31 Julai kelak. Kredit ini akan diberikan melalui pembelian pelan data atau pakej telefon pintar syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut. Bagaimana untuk mendaftar & melanggan?

Celcom

Untuk pengguna prabayar, Celcom menawarkan rebat sebanyak RM15 selama 12 bulan yang ditawarkan dalam bentuk rebat kredit dengan membeli pas internet bulanan terpilih. Pengguna hanya perlu menebus kredit RM15 melalui aplikasi Celcom Life sekali sahaja dan ia akan dikreditkan secara automatik dalam akaun masing-masing. Seterusnya, pengguna juga boleh melanggan pas bulanan melalui aplikasi Celcom Life.

celcom prabayar prihatin

Untuk pengguna pascabayar pula, Celcom menawarkan dua pilihan. Pertama, penawaran rebat RM300 / RM180 untuk pembelian telefon. Kedua, penawaran rebat RM25 sebulan selama 12 bulan atau rebat RM15 sebulan selama 12 bulan. Kedua-dua penawaran ini adalah mengikut kelayakan. Tidak ketinggalan, Celcom (klik untuk info lanjut) turut menyediakan penawaran internet harian percuma 2GB selama 12 bulan yang boleh ditebus menerusi aplikasi Celcom.

celcom pascabayar prihatin

Maxis

Terdapat dua jenis kategori subsidi yang telah ditawarkan. Pertama, mana-mana individu bujang atau berkahwin tanpa anak – akan diberikan bentuk kredit sebanyak RM15 selama setahun atau subsidi RM180 untuk telefon pintar. Kedua, mana-mana individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun pula akan menerima subsidi RM15 selama setahun atau subsidi RM300 untuk pakej telefon pintar.

maxis prihatin

Setiap pelanggan Maxis (klik untuk info lanjut) yang layak hanya boleh memillih satu subsidi sahaja. Untuk subsidi 2 yakni pakej telefon pintar dengan potongan harga menarik hanya layak ditebus dengan pelan Hotlink Postpaid 60 sahaja. Sebagai tambahan, semua penawaran subsidi ini juga akan didatangkan dengan 2GB (1 jam) setiap hari percuma yang perlu ditebus menerusi kod UMB atau aplikasi Hotlink.

cara tebus maxis prihatin

DiGi

Untuk Digi (klik untuk info lanjut) pula, mana-mana individu bujang atau berkahwin tanpa anak boleh menebus rebat RM180. Melaluinya, pelan Digi NEXT 35 boleh dilanggan pada harga RM20/sebulan dengan data 30GB dan panggilan tanpa had 30 hari. Seterusnya, pelan Digi Postpaid 60 pula ditawarkan pada harga RM45 dengan data 25GB dan panggilan tanpa had 30 hari.

DiGi prihatin

Mana-mana individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun pula boleh menebus rebat peranti RM300. Melaluinya, pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle menawarkan data 30GB dengan telefon Samsung Galaxy A02 yang diberikan secara percuma. Seterusnya, pelan Prihatin 40 Prepaid Bundle pula ditawarkan dengan data 10GB dengan pilihan 8 lagi peranti pintar menarik termasuk Galaxy A02 sendiri dengan potongan harga yang menarik. Tidak ketinggalan, Digi turut hadir dengan tawaran internet harian percuma sebanyak 2GB dengan setiap subsidi ini.

cara tebus DiGi prihatin

UMobile

Untuk UMobile (klik untuk info lanjut) pula, terdapat dua pilihan rebat yang ditawarkan untuk pelanggan prabayar dan pascabayar yang layak. Pelanggan boleh menebus subsidi RM15/bulan selama 12 bulan untuk pelan pascabayar dengan RM50 keatas atau pelan prabayar dengan langganan RM30 ke atas. Sebagai pilihan lain, pelanggan juga boleh menikmati potongan sehingga RM300 untuk pembelian peranti pilihan. Selain daripada itu, U Mobile turut menawarkan data 2GB percuma untuk sejam setiap hari yang perlu ditebus melalui aplikasi MyUMobile.

umobile prihatin

Sumber : Amanz

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!