Cara memohon My Travel Pass (MTP) untuk keluar negara bagi Warganegara Malaysia

Spread the love

Syarat baru imigresen untuk keluar Negara semasa pandemik

Bermula tarikh 17/5 Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan syarat baru untuk warga Malaysia yang nak keluar negara.

1. Warganegara yang nak keluar negara mesti memohon MTP (My Travel Pass) dari JIM secara online.

2. Lima katogeri perjalanan yang tidak perlu memohon, hanya perlu tunjuk dokumen di kaunter imegresen adalah:

  • Diplomat dan petugas kedutaan Malaysia yang perlu bertugas di luar negara.
  • Pelajar sedia ada / sambung belajar.
  • Pemegang pas jangka panjang di luar negara.
  • Bekerja di Syarikat petroleum dan perkapalan.
  • Pengiring pelajar untuk belajar (maksimum 2 orang)

3. Katogeri berikut wajib memohon MTP.

  • Baru dapat tawaran kerja.
  • Baru dapat tawaran belajar.
  • Pelajar yang ingin ambil peperiksaan.
  • Pergi seminar, meeting, pameran, urusan bisnis.
  • Urusan kecemasan.

Cara memohon kelulusan MTP (MyTravelPass)

1. Pastikan beli tiket penerbangan sebelum memohon.

2. Buat permohonan secara online di link berikut :https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/permohonanNR?showForm…

3. Pilih katogeri “travel purpose”

  • Long term pass
  • Official visit / business
  • Medical / emergency
  • Others (Kalau tak pasti katogeri apa pilih je Others)

4. Isi semua dokumen peribadi seperti yang diminta

5. Lampirkan dokumen sokongan

  • Passport
  • Visa atau pass pelajar / kerja
  • Offer letter
  • Tiket penerbangan
  • Dokumen-dokumen berkaitan

6. Jabatan imegresen akan maklumkan melalui email apabila sudah menerima permohonan.

7. Jabatan imegresen akan memalumkan melalui email apabila permohonan diluluskan.

8. Setelah mendapat kelulusan MTP kalian kena buat PCR test.

PCR test kebiasaan untuk 72 jam dan pastikan masa 72 jam tersebut boleh cover lokasi transit.

Sedikit pengalaman kami

Kelam kabut juga pada 17 hingga 19/5 sebab ramai travel tak tahu syarat baru ini. Ramai yang kena tolak di kaunter imigresen KLIA kerana tidak ada MTP.

Nasib baik kebanyakan syarikat penerbangan faham jadi benarkan tukar tarikh penerbangan. PCR test dan travel insuran kena buat semula. Memang kesian pada mereka yang tak cukup bajet. PCR test pun paling murah RM200. Semoga posting ini membantu dan memudahkan urusan semua yang nak keluar negara.

Rujukan Gambar


Spread the love

15 Comments

  1. saya baru je sembang dgn kawan permohonan dia kena reject 4-5 kali dah utk tawaran training ke Dubai. Tanpa trining tersebut dia masih belum diterima utk bekerja. kesian dia, belum dapat start kerja. #dengkike

  2. Hai. Saya sudah ada visa pelajar dan telah berdaftar di Universiti di Australia. Sekarang pengajian secara online. Kalau sy nak memohon fly ke australia, saya termasuk dalam kategori pertama kan?

  3. Hi … Can I apply for MTP to leaving Malaysia and study in UK for A level without a visa?

  4. Nk tanya nk kw USA Pertama kali mohon visa dulu ka atau mtp dulu… Ada sesiapa yg bole tolong saya call or whatsap saya pls 01127530975

      1. adik pigi mana sekolah?ada buat
        visa tak?aku baru applie dah 11hari belum dpt lagi:( huhuhu…. sepatutnya flight aku di 20th… skrg tukar dah masa flight

      2. Hy nk tny..yg kat dokumen tu ..tgkpa gmbar mcm mna
        …yg untuk pasport tu ..gmbar saja ka ..atau detail hat depan
        …sbb ada og bgtaw gmbar saja

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!