Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “10 video dengan lebih 100 juta views”.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 32 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah 2018 banyak betul durian dan harganya pun murah sangat. Ramai yang dulu kempunan nak makan durian kali ini dapat makan sampai pengsan. Bila di tanya pekebun katanya terpaksa jual dengan harga sangat murah sebab ini kali musim besar Durian sehingga ada yang borong sebiji RM2 sahaja. Bila ditanya pada penjual katanya kena turunkan harga sebab Durian banyak sangat. Ni kali musim besar Durian. Bila di tanya pada orang politik katanya Alhamdulillah harga durian turun berkat Pakatan Harapan ambil alih Kerajaan.
Harga Durian di musim besar
Harga Durian Musang King selalunya lebih RM45 se kilo tapi kali ini boleh dapat RM20 sekilo. Durian Udang Merah, Durian 101, D24, D13 dan durian kawin yang lain boleh dapat bawah RM15 sekilo. Durian kampung lebih murah ada yang dapat bawah RM5 sekilo.
Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi kita yang mampu untuk berkongsi sebab walaupun harga murah masih ada yang tak mampu membeli. Walaupun durian sudah melambak terlalu banyak masih ramai yang tak pandai memilih durian yang baik. Ramai juga yang kena tipu dengan penjual durian yang nak abiskan stok yang banyak.
Cara Abang pilih Durian baik mudah je minta penjual buka setiap biji yang dibeli untuk tengok isi. Kalau dia tak nak buka bye bye cari penjual lain. Kita punya duit kita buat pilihan.
Tips Beli Durian Baik
Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.
Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.
Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.
‘Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas’
Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.
Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.
Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.
Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian.
Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.
Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.
1. Bentuk bulat. Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
2. Berat durian. Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
3. Tangkai. Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
4. Bunyi. Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
5. Duri. Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
6. Bau. Hidu durian dan cari yang berbau manis.
7. Juring. Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
8. Kulit. Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
9. Warna. Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
10. Musim. Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.
Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.
Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.
Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian
Sumber : FB page Durian Malaysia
58 Comments
Terima kasih atas perkongsian..kadang mmg tak reti nak pilih durian..nasib je klu dapat yg sedap lemak berkrim..apa pun, pastinya durian yg sedap itu, durian free..hihihi
Bila tengok isi kaler kuning gitu memang terliur dibuatnya 😅 Siapa yang tak suka makan durian memang lah rugi, lagi2 musim durian kali nie..banyak betul, saya sendiri suka makan durian kampung.
Menggoda banget ini duriannya…tipsnya mantab…. Kadang kala saya sering keliru milih durian, luarnya basgus tapi isinya tidak sesuai dengan angan-angan….
Ada orang cakap tengok di bahagian bawah durian, kalau cantik bentuk ‘star’ nya, maka cantik jugalah isi di dalamnya.. apapun, memang best lah musim buah durian kali nie.. dapat enjoy makan Musang King, Udang Merah, D13 & D24 dengan harga murah & isi dalamnya sedap giller… hidup durian! hehe..
Curahan rasa arnie @ ..Beli dUCk Laptop Sleeve Pada Harga Jimat RM10 di Fashion Valet
Harga durian sekarang pun dah jatuh. Durian walaupun murah tapi nak jugak pilih yang baik-baik punya.
Curahan rasa Ksjb @ ..Harga Durian Musang King Jatuh
Harga jatuh sebab pengeluaran berlebihan ke mcm mana? Ke sebab ramai yang niaga tak jujur?
tengok isi durian…fuh !
memang menyelerakan sangat..
yang penting apply tip ini dan akan dapat la menikmati duirian tanpa rasa menyesal
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Kebaikan Kahwin Muda Yang Ramai Teruja Nak Tahu
wah ini sama ngga duriannya seperti dalam Film Upin dan IPIN, jadi pingin durian . Makasih Denai untuk tipsnya moga bermanfaat
Curahan rasa drw skincare @ ..Cara Pesan Drw Skincare di Bandung
wah nampaknya ada peminat upin ipin dr seberang. Sampaikan pasal durian pun masih ingat upin ipin
Saya tunggu orang belanja dan tolong buka, baru makan. Kalau tak sampai ke sudah tak makan durian.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam
ternyata ada juga ya tips untuk menikmati durian insya allah bermanfaat tips ini jadi gak asal asalan memilih durian,,terimakasih
Ya Allah murahnya durian kat sana. Sabah belum musimnya lagi.. SEdapnya tengok durian tu.. TQ for the tips.. Sangat sesuai buat si penggemar durian macam saya..hihi
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..PRODUK PENJAGAAN MUKA TERBAIK DAN SELAMAT
memang bagus sungguh tips ni.apa yang tak best durian ni kalau start makan, susah sangat nak berenti..haha
Jangan berhenti dulu bro. Pass dekat orang sebelah. Lepas tu pass balik kat bro. Sampai habis musim. heheeee
Curahan rasa Kid @ ..Bercuti di Ocean Park Hong Kong Summer Carnimal
Terima kasih. Selalu dapat durian isi putih. Tak padu macam durian isi kuning. Tp mengidam punya pasal bantai ja. Heheh. Lepas ni tahu dh la macam mana nak pilih durian yg helok.
Curahan rasa Tah @ ..Adakah Suplemen Selamat Untuk Pesakit Kencing Manis?
Saya beli yang siap dipek je… Pada saya lebih berbaloi. Tapi saya pastikan, ia baru dipek.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hanya Orang Bodoh Yang Tersenyum
Yang biasa dipek ini, biasanya durian yang dah mula pecah. Penjual cepat2 pek utk elakkan tak laku jika masih lagi dijual dalam bentuk buah pecah.
Hati2 dengan kebersihan penjual, yang sentuh isi semasa mengisi.
Ada pro dan kontra.
Curahan rasa Aqil Adli Agro @ ..Benih durian Tekka D160 online dari Muar
tip-tip ini memang boleh pakai..
in shaa Allah nak beli durian nanti boleh amalkan..
paling best kalau suruh dia belah depan kita..
jadi tak la berat nak bawa kulit yang tak boleh dimakan tu..
lagi best kalau petua ini digunakan untuk durian yang mahal harganya..
kalau RM1 sebiji tak pe..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bagaimana Cerai Taklik Berlaku Dan Prosedur Cerai Yang Sah
ada juga yang dah standby bawa bekas sendiri, suruh penjual durian kopek depan mata. Sedap, kita bayar. heheee
Curahan rasa Kid @ ..‘Flavours of Berjaya’ kini di pasaran kedai buku terkemuka
betul juga..
bawa bekas sendiri..
tengok kalau mereka berani atau tidak bukak depan kita..
kalau durian yang betul betul bagus memang berani la jawapnya
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Kebaikan Kahwin Muda Yang Ramai Teruja Nak Tahu
sekarang tak boleh makan buah berkulit tebal oleh sinshe jadi cuma bisa terliur saja melihat orang lain makan durian atau nangka
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Masakan Tahu Tempe Asam Pedas
Comments are closed.