Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Pemohon yang gagal mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan berada dalam kategori mereka yang hilang pekerjaan atau mempunyai syarikat yang tidak lagi aktif, masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan.
Baca: Permohonan baharu dan rayuan bantuan PRIHATIN dibayar Mei ini
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, mereka yang berada dalam kategori berkenaan masih mempunyai masa untuk membuat rayuan kerana tarikh akhir telah pun dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.
Cara untuk buat rayuan kepada LHDN
“Mereka (pemilik syarikat) boleh membuat rayuan dengan menghantar rayuan melalui e-mel ataupun mereka datang ke mana-mana pejabat cawangan LHDNdi seluruh negara, dengan membawa dokumen untuk membuktikan syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang pendapatan ataupun syarikat tersebut tidak aktif.
“Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini, mereka juga boleh membuat rayuan dengan menghantar e-mel atau datang ke mana-mana pejabat LHDN dengan membawa dokumen yang dikeluarkan majikan mereka, yang menunjukkan mereka telah pun diberhentikan daripada pekerjaan mereka ataupun membawa slip gaji terakhir mereka,”
Sabin berkata, tempoh pejabat LHDN akan dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bagi menerima rayuan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan LHDN harus melakukan semakan silang data pemohon dengan beberapa agensi lain bagi memastikan tiada unsur penipuan dan ketirisan terhadap bantuan berkenaan.
“LHDN sememangnya membuat semakan dengan beberapa agensi untuk memastikan maklumat pemohon kepada lembaga hasil adalah tepat dan juga supaya tidak berlaku penipuan di mana pada masa sekarang terdapat juga pemohon pemohon yang mengemukakan untuk mendapat bantuan prihatin nasional ini yang mengemukakan maklumat yang tidak tepat.
“Jadi untuk memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada mereka yang sewajarnya ataupun telah ditetapkan kerajaan, maka LHDN perlu membuat semakan dengan agensi yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya lagi.
Sumber: Awani
4 Comments
saya punya tak lulus , sekarang banyak pula duit nak guna sale pun kurang. semoga bila buat rayuan dapatlah sikit
Sudah mohon tapi tidak layak, tak mengapa lah saya usaha cara lain.
alhamdulillah saya lulus.
saya berterima kasih kepada keprihatinan kerajaan atas kepayahan orang marhaean menyambung hidup dalam ekonomi tidak menentu ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kegunaan vitamin c untuk jadi cantik seperti dia tu…
Ramai yang memohon. Dan ramai juga yang tidak lulus. Ada yang sebab SSM, kena mohon Geran Khas Prihatin pula.
Duit oh duit. Di mana kau duit. 😊
Curahan rasa Geng Borak @ ..TERKINI : Cara Aktifkan Moratorium 6 Bulan untuk akaun Hire Purchase Maybank
Comments are closed.