Buku Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah jual buku tulisan sifu Aqif Azizan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang memang tidak  terlalu fokus menjual produk secara online kerana banyak masa digunakan untuk meningkatkan penjenamaan Denaihati. Tapi apabila Aqif Azizan beri peluang untuk jadi wakil sah memasarkan buku baru rasa tercabar untuk menguji diri sendiri dan team Denaihati Network.

Buku Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun sebuah buku panduan yang hebat untuk kaki jual produk dan perkhidmatan. Rugi sangat kalau tak beli terutama kepada tuan punya syarikat yang nak kan jualan 7 angka setahun.

Alhamdulillah hari kedua team kami telah berjaya menjual lebih 30 naskah buku. Copy writing pertama yang Abang gunakan adalah.

Dah nak masuk maghrib ni, baru abis sessi perbincangan untuk projek Pameran Artifak Rasulullah SAW. Malam sambung sessi ngopi khas untuk kongsi tips buat sale 7 angka dalam masa setahun.

Orang bisnis memang bergini hari-hari kerja, hari-hari cuti. Yang faham je faham.

Kepada yang minat Tips jana sale 7 angka setahun sila komen, tak kisah lah apa je komen asalkan tanda minat.

Status pertama ini telah mencuit hati ramai kawan-kawan FB Abang terutama yang memang buat bisnis online dan offline. Ramai yang PM bertanya jadi Abang jawab dengan copy writing  yang ini.

Berita baik!

Buku asas iklan berjudul ‘Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun’ tinggal beberapa belas naskah lagi. Buku tulisan sifu kami saudara Aqif Azizan yg memang mahir ilmu sale.

Tuan puan yang mahu dapatkan maklumat buku dan tempahan, boleh hubungi kami yang merupakan salah satu pengedar sah Write to Wealth. Kilk untuk order @ http://bukudenaihati.pagedemo.co/

Yang cepat dapat.

Alhamdulillah walaupun sudah lama tak menjual, sambutan yang diterima boleh tahan juga. Maka Abang buat copy writing yang kedua untuk tunjukkan buku ini mendapat sambutan.

Abang memang jarang jual produk, Codi Cafe pun tak pernah buat promosi tapi dapat regular customer tu pun kawan-kawan sebab kongsi pengalaman bagaimana lawasnya perut bila hari-hari minum secawan.

Abang yang paling pandai jual saham bila harga naik dan beli bila harga rendah.

Tapi rezeki siapa sangka semalam promosi buku “Case Study Iklan sale 7 angka setahun” tulisan sifu Aqif Azizan. Boleh tahan dari 16 komen setakat ni 5 dah transfer duit. Tak sia-sia masuk kelas sale Isnin lepas.

Copy writing paling banyak  dapat sambutan dan dikongsi ramai yang ini

Alhamdulillah rezeki tengah malam, ada yang nak beli buku power ini bayar guna USD apa lagi Abang ok je lah. Bukan satu tapi 6 naskah. Dapat juga jual 1 naskah bayar guna bitcoin. Dah dapat jual satu naskah kepada rakan di Indonesia.

Nak pandai mesti belajar dari yang terbukti lebih pandai. Ni pun pelaburan juga, pelaburan untuk memandaikan diri. Buka tulisan Aqif Azizan dan Syazwan Ramlee memang power.
.
Ada lagi yang nak bayar guna USD? Bitcoin? Paypal?

Kepada yang belum beli buku ini memang Abang cadangkan sangat sebab team Denaihati Network sudah banyak kali berguru dengan Sifu Aqif Azizan yang mempunyai formula mudah untuk dapat hasil jualan yang segera.

Buku ini sangat sesuai di beli oleh leader MLM dan tuan punya syarikat memasarkan produk yang mempunyai ramai agen-agen jualan. Hadiahkan buku ini kepada setiap agen untuk membantu mereka menjual  produk sebanyak mungkin, kejayaan setiap agen adalah kejayaan leader dan tuan punya syarikat juga.

Kepada usahawan yang masih tercari-cari formula untuk menjual produk buku ini adalah jawapannya.

Abang dah dapatkan 5 buku yang ditanda tangan penulis sifu Aqif Azizan dan Syazwan Ramlee. Harga buku RM50 tapi untuk 5 buku limited edition ni Abang nak jual harga RM200. Hasil jualan akan di infaq kepada Madrasah An-Nuur untuk pembelian tanah tambahan pembesaran Madrasah.

Kepada yang nak buku limited edition ni sila PM ya!

Untuk pembaca seluruh Malaysia boleh pesan secara online di Kedai Buku Denaihati. dan kepada yang berada di sekitar Shah Alam boleh datang terus ke pejabat kami tapi bagus sangat PM dulu Abang kacak Hisyamudin supaya tidak kecewa kehabisan stok.

Abang Denaihati
Usahawan Digital
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

82 Comments

  1. Buku yang menarik. Menambah ilmu pastinya. Ilmu yang kudu dihargai dan diamalkan sampai kapanpun jua. Siip Bang. Salam Moga sehat selalu…

  2. Bukunya keren2 Bang, jadi penasaran lihat isi seluruhnya, reviewnya juga keren, nggak bisa saya ngreview sebagus ini. makasih infonya moga bisa selalu kesini. sipppp

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!