Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah jual buku tulisan sifu Aqif Azizan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang memang tidak terlalu fokus menjual produk secara online kerana banyak masa digunakan untuk meningkatkan penjenamaan Denaihati. Tapi apabila Aqif Azizan beri peluang untuk jadi wakil sah memasarkan buku baru rasa tercabar untuk menguji diri sendiri dan team Denaihati Network.
Buku Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun sebuah buku panduan yang hebat untuk kaki jual produk dan perkhidmatan. Rugi sangat kalau tak beli terutama kepada tuan punya syarikat yang nak kan jualan 7 angka setahun.
Alhamdulillah hari kedua team kami telah berjaya menjual lebih 30 naskah buku. Copy writing pertama yang Abang gunakan adalah.
Dah nak masuk maghrib ni, baru abis sessi perbincangan untuk projek Pameran Artifak Rasulullah SAW. Malam sambung sessi ngopi khas untuk kongsi tips buat sale 7 angka dalam masa setahun.
Orang bisnis memang bergini hari-hari kerja, hari-hari cuti. Yang faham je faham.
Kepada yang minat Tips jana sale 7 angka setahun sila komen, tak kisah lah apa je komen asalkan tanda minat.
Status pertama ini telah mencuit hati ramai kawan-kawan FB Abang terutama yang memang buat bisnis online dan offline. Ramai yang PM bertanya jadi Abang jawab dengan copy writing yang ini.
Berita baik!
Buku asas iklan berjudul ‘Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun’ tinggal beberapa belas naskah lagi. Buku tulisan sifu kami saudara Aqif Azizan yg memang mahir ilmu sale.
Tuan puan yang mahu dapatkan maklumat buku dan tempahan, boleh hubungi kami yang merupakan salah satu pengedar sah Write to Wealth. Kilk untuk order @ http://bukudenaihati.pagedemo.co/
Yang cepat dapat.
Alhamdulillah walaupun sudah lama tak menjual, sambutan yang diterima boleh tahan juga. Maka Abang buat copy writing yang kedua untuk tunjukkan buku ini mendapat sambutan.
Abang memang jarang jual produk, Codi Cafe pun tak pernah buat promosi tapi dapat regular customer tu pun kawan-kawan sebab kongsi pengalaman bagaimana lawasnya perut bila hari-hari minum secawan.
Abang yang paling pandai jual saham bila harga naik dan beli bila harga rendah.
Tapi rezeki siapa sangka semalam promosi buku “Case Study Iklan sale 7 angka setahun” tulisan sifu Aqif Azizan. Boleh tahan dari 16 komen setakat ni 5 dah transfer duit. Tak sia-sia masuk kelas sale Isnin lepas.
Copy writing paling banyak dapat sambutan dan dikongsi ramai yang ini
Alhamdulillah rezeki tengah malam, ada yang nak beli buku power ini bayar guna USD apa lagi Abang ok je lah. Bukan satu tapi 6 naskah. Dapat juga jual 1 naskah bayar guna bitcoin. Dah dapat jual satu naskah kepada rakan di Indonesia.
Nak pandai mesti belajar dari yang terbukti lebih pandai. Ni pun pelaburan juga, pelaburan untuk memandaikan diri. Buka tulisan Aqif Azizan dan Syazwan Ramlee memang power.
.
Ada lagi yang nak bayar guna USD? Bitcoin? Paypal?
Kepada yang belum beli buku ini memang Abang cadangkan sangat sebab team Denaihati Network sudah banyak kali berguru dengan Sifu Aqif Azizan yang mempunyai formula mudah untuk dapat hasil jualan yang segera.
Buku ini sangat sesuai di beli oleh leader MLM dan tuan punya syarikat memasarkan produk yang mempunyai ramai agen-agen jualan. Hadiahkan buku ini kepada setiap agen untuk membantu mereka menjual produk sebanyak mungkin, kejayaan setiap agen adalah kejayaan leader dan tuan punya syarikat juga.
Kepada usahawan yang masih tercari-cari formula untuk menjual produk buku ini adalah jawapannya.
Abang dah dapatkan 5 buku yang ditanda tangan penulis sifu Aqif Azizan dan Syazwan Ramlee. Harga buku RM50 tapi untuk 5 buku limited edition ni Abang nak jual harga RM200. Hasil jualan akan di infaq kepada Madrasah An-Nuur untuk pembelian tanah tambahan pembesaran Madrasah.
Kepada yang nak buku limited edition ni sila PM ya!
Untuk pembaca seluruh Malaysia boleh pesan secara online di Kedai Buku Denaihati. dan kepada yang berada di sekitar Shah Alam boleh datang terus ke pejabat kami tapi bagus sangat PM dulu Abang kacak Hisyamudin supaya tidak kecewa kehabisan stok.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
82 Comments
Saya memang tidak nafikan saudara Aqif Azizan memang pakar bagaimana menulis iklan yang memang convert.
Saya pernah amalkan satu je teknik dari ebook percuma beliau, alhamdulillah, dari 10 orang yang mesej di whatsapp, lima akan buat pembayaran esoknya. Itu baru satu je.
Saya juga gunakan teknik dari beliau untuk mempromosikan khidmat rawatan sihir saya, alhamdulillah sangat membantu dengan izin Allah.
Curahan rasa Perawat Islam @ ..(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?
Testimoni yang menarik ni.. secara tidak langsung telah bertambah keyakinan pembaca untuk membeli buku ini..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Uishh menarik dan terbaiklah buku tu.. Hebat betul Tuan Aqif Azizan ini..
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Belajar Buat Blog Sendiri
dapat sales yang gila-gila seperti 7 angka memang hebat sangat tu..teringin juga nak dapat
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Fahami 3 Kepentingan Hibah Takaful
Kena beli ni.. nak juga merasa 7 angka setahun.. Doakan kejayaan saya k? 😉
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Domain Murah Di Malaysia – Shiftserver
bagus jugak idea hadiahkan buku ni kepada seller atau ahli mlm.. mana tahu boleh menaikkan semangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Siapa Kim Jong Nam
Selain ebook Aqif Azizan, saya turut beli buku Sifu FB Ads untuk dijadikan rujukan pemasaran.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pandu Uber Lebih Untung Dari Grabcar
Buku “case Study iklan sale 7 angka setahun” mesti kena beli untuk jadi panduan buat sal eyang power.
Curahan rasa denaihati @ ..Satu Dekad Membangunkan MyEvents International
Buku terbaru saya beli ebook Kamus Copywriting dari Raja Kamil. Sangat berbaloi !
Curahan rasa rahimah majid @ ..Kad Pasmo Di Jepun – Apa Keistimewaannya ?
Terlihat twjuk buku Case Study pun dah power, inikan pula penulis yang hebat seperti Aqif Azizan pulak tu.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Kalau buku tajuk Case Study, ramai yang berminat nak beli. Ayat power untuk tingkatkan jualan. Ini pula 7 angka dalam setahun.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Tahniah tuan Denaihati.
Walaupun copywriting yang dihasilkan nampak simple.. tapi disebabkan tuan Denaihati mempunyai kreabiliti dalam bidang penulisan blog dan pemasaran, memudahkan tuan Denaihati untuk menghasilkan jualan.
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Trump ditulis dalam buku Presiden TRUMP Penjahanam Amerika?
Saya setuju, tuan denaihati jual apa pun pun pasti meletup. Ini pula bab copywriting tingkatkan sale.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bukan semua orang sudi kongsi pengalaman buat jualan sampai 7 angka, syabas Aqif dan Denaihati 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Lulus Peperiksaan Separa Perubatan
Jualan sampai 7 angka.. memang menakjubkan.. asal ada usaha dan ada modal untuk keluarkan kos pengiklanan.. In Shaa Allah, semua boleh jadi..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Trump ditulis dalam buku Presiden TRUMP Penjahanam Amerika?
tu lah, sementara ada peluang, berbaloi sangat dengan harganya., kira murah sangat
Curahan rasa Denaihati @ ..Kadar dividen KWSP 2016
Menarik jugak buku ni.. sebelum ni saya sudah pernah memiliki 2 buah buku tulisan ruan Aqif Azizan. Nemang best. Tapi belum sempat nak baca sampai habis.
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Trump ditulis dalam buku Presiden TRUMP Penjahanam Amerika?
Sebenarnya ada juga berhajat nak dapatkan buku Case Study Iklan Sale 7 Angka Setahun ni. Tapi tunggu bila dah betul2 ada masa free nak baca.
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Trump ditulis dalam buku Presiden TRUMP Penjahanam Amerika?
Kalau boleh tak naklah buku ni sampai jadi senasib buku Formuls sifufbads dan roket email tuan Najib Asadok.
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Trump ditulis dalam buku Presiden TRUMP Penjahanam Amerika?
Kedua-dua buku tu saya sempat baca dalam beberapa muka surat sahaja.. lepas tu tersusun dekat rak buku.. huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Kisah Trump ditulis dalam buku Presiden TRUMP Penjahanam Amerika?
cuba letak dalam kereta…heee. sambil tunggu oranga rumah shopping ke, sempat lah belek-belek satu dua page lagi
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Dato Hussam untuk menerbitkan buku sendiri
7 angka bunyi macam susah dan ambil masa lama. tak ia tidak mustahil utk direalisasikan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
berfikir positif macam sis ni Inysa Allah semuanya tak mustahil berhasil.
Curahan rasa Denaihati @ ..Satu Dekad Membangunkan MyEvents International
Saya pun banyak baca dan beli buku-buku tulisan saudara Aqif ni. Boleh dikatakan banyak juga formula-formula dia yang saya turut gunakan dalam bidang penulisan blog ni. Alhamdulillah, memang boleh buat jualan.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?
Tuan Sabree Hussin tak tulis buku jugak ke? Banyak juga pengalaman yang tuan perolehi sepanjang menjadi blogger terutama berkaitan marketing.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
semoga bro terus berjaya dengan ilmu dari buku tuan Aqif ni, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pembukaan Butik Medshoe Malaysia di Shah Alam
Comments are closed.