Assalammualaikum dan salam sejahtera
Pengeluar kenderaan dari Perancis, iaitu Bugatti sudah wujud lebih 100 tahun, dan dalam tempoh itu mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran dan menyimpan pelbagai memori. Antara yang diambil penting adalah pengenalan model EB110 pada tahun 90-an yang melonjakkan kembali jenama mereka dalam pasaran.
Bagi memberikan penghormatan kepada model itu, Bugatti telah memperkenalkan sebuah model baru yang dikenali sebagai Centodieci (bermaksud 110 dalam Bahasa Perancis). Angka ini bermakna bagi Bugatti pertamanya kerana model EB110 itu sendiri dan kemudiannya, ia juga diperkenalkan waktu hari lahir Ettore Bugatti yang ke-110.
Menurut ketua pereka Bugatti, Achim Anscheidt, mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk membawa semula konsep rekaan EB110 pada Centodieci kerana kereta super sports tahun 90-an itu mempunyai bentuk yang leper, petak dan lebih banyak dua dimensi. Jadi, Centodieci dijadikan sebagai satu terjemahan moden bentuk dan teknologi EB110 pada waktunya.
Kenderaan Bugatti juga sudah sinonim dengan kuasa. Untuk Centodieci ini mereka menggunakan enjin 8.0 liter W16 yang mampu menghasilkan 1,600 hp pada 7,000 rpm dan mampu membawa ia memecut 0-100 km/j dalam masa 2.4 saat, 0-200 km/j dalam 6.1 saat dan 0-300 km/j dalam masa 13.1 saat. Laju maksimum yang telah dihadkan secara elektronik adalah 380 km/j.
Jika dibandingkan dengan Chiron, Centodieci ini juga adalah 20 kg lebih ringan, dan antara penyumbangnya adalah pengelap cermin serba ringan dan stabiliser yang diperbuat daripada gentian karbon. Ini juga menjadikan nisbah kuasa kepada berat Centodieci lebih tinggi iaitu 1.13 kg bagi setiap hp.
Centodieci hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit dari kilang Bugatti di Molsheim, Perancis, namun kesemuanya telah pun habis dijual. Harga untuknya bermula 8 juta Euro termasuk VAT (RM36.97 juta) dan akan diserahkan kepada pembeli dalam masa dua tahun.
Ada ke yang teringin nak beli kereta berharga RM36.97 juta ni? 🙂
kredit : https://paultan.org
- Perodua Aruz SUV 7-tempat duduk dibuka untuk tempahan.
- Toyota jenama paling bernilai 6 tahun berturut-turut
- Cara terbaik jual kereta persendirian terpakai di Malaysia
- Proton Iriz 2019 dilancarkan. Perkara yang anda perlu ambil tahu
- Peraturan guna cermin gelap bermula 8 Mei, RM5000 untuk pengecualian yang diluluskan
9 Comments
Cantik tu memang cantik. Harga pun cantik juga. Bolehlah sesiapa yang mahu dan mampu buat koleksi.
Curahan rasa Mommyluv @ ..Mandian Lemon Bantu Kurangkan Demam Batuk Dan Selsema Anak
Yang nak beli pasti ada, cuma tak nampak bayang lagi buat masa ni…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
Fuhhh… Hanya mampu tengok sahaja kereta-kereta mewah macam ni…. Limited edition pulak tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Harga Emas Mahal Sekarang Ni! Rebut Peluang menang Gold Bar 2KG
Jangankan nak beli kereta ni, perbelanjaan hanya untuk menukar minyak enjin Bugati saja pun sudah mampu membeli sebijik kereta baru keluaran tempatan. Fuh.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..5 Nasihat Rahsia Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Perniagaan
Kalau mampu beli pun, nak pecut di mana tengah KL ni? Harap di lebuhraya jelah. Tapi lebuh bertol di Malaysia ni…boleh jem sampai 12 jam!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Khas Exam Online Pembangunan Masyarakat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
mungkin mereka yang beli tu jadikan ianya sebagai tambahan koleksi kereta mereka sahaja. 🙂
Walawey..sofistikated dan futuristik design Bugatti baru ni..terbeliak mata.. tu belum tengok harga dia lagi..haha
Curahan rasa JMR @ ..Formula Urus Gaji. Ruginya Kalau Tak Mula Menyimpan Dari Sekarang
Kereta untuk orang-orang high class. Bagi kita orang biasa memang sangat mahal harganya, namun bagi mereka yang banyak duit bisa dibilang tak seberapa harganya.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tidak Hanya Baturaden, Purwokerto Miliki Jagoan Baru Untuk Menarik Wisatawan!
sungguh mahal dan sangat rupanya..
kalau milioanaire memang tak mampu beli kecuali multibilionaire..
wang yang sangat banyak dan tak tahu nak beli apa lagi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara capai hajat yang betul-betul baik punya
Comments are closed.