Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada awalnya tiada niat nak menulis entri khas buffet Ramadhan tetapi terlalu banyak trafik masuk mencari dan majoriti tersinggah ke entri Buffet Ramadhan Murah 2014, jadi menjadi tanggungjawab untuk memberi informasi yang betul.
Dalam pemilihan lokasi berbuka puasa pastikan ada sijil halal daripada JAKIM dan ada surau dan paling baik ada solat terawih seperti di Hotel De Palma Shah Alam dan Hotel De Palma Ampang. Bukan apa takut-takut tuan dan puan yang menguruskan majlis tersebut tertanggung pulak apa yang sepatutnya tak perlu ditanggung. Untuk mengetahui lokasi buffet Ramadhan sila klik “Senarai Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2014“.
Dalam keadaan ekonomi yang agak mendesak sudah pasti bajet menjadi keutamaan dan Buffet Ramadhan murah akan menjadi keutamaan di kalangan penganjur. Berikut adalah antara senarai lokasi yang menyediakan buffet Ramadhan yang murah :
1. Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam
– RM69 seorang dewasa
– RM35 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun
– RM35 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas
– Semua harga ini tidak termasuk cukai GST sebanyak 6%
– Tel : 019 452 0215/012 699 6634/013 435 7935/017 218 1875/012 253 3973/03 5542 4200
– Laman sesawang rasmi : Lamankayangan.com
2. Bangi Golf Resort
– RM 55/pax untuk dewasa
– RM 27/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 03-8925 3728 / 03-82100265
Website : Review Buffet Ramadan
3. Pak John Steamboat & Bbq
– RM 39++/pax untuk dewasa
– Percuma bagi kanak-kanak berusia 8 tahun kebawah
-Tel : 03-7733 3913
Website : FB Pak John Steamboat
4. Restoran Rebung Bangsar Kuala Lumpur
– RM 75++/pax untuk dewasa
– RM 48/pax untuk kanak kanak ( 5 hingga 11 tahun )
– Tel : 03-2282 4776
Website : Review Buffet Ramadan
5. Las Vacas Yap Kwan Seng Kuala Lumpur
– RM 100/pax untuk dewasa
– RM 50/pax untuk kanak kanak bawah 12 tahun
– Tel : 03-21815586
Website : Review Buffet Ramadan
6. Casa Ombak Kuala Lumpur
– RM 55/pax untuk dewasa
– RM 27/pax untuk kanak kanak ( 5-12 tahun )
-Tel : 03-2181 8750
Website : Casa Ombak Jalan Damai Kuala Lumpur
7. Laman Kayangan Shah Alam
– RM 69 seorang
– Pakej korporat : http://segiseri.com/ramadan2015/promosi-pakej-korporat-laman-kayangan.html
Website : Review di Denai.my
8. Sunflower Brasserie & Delima Hall
– RM 89 nett/pax untuk dewasa
– RM 45 nett/pax kanak kanak
– Tel : 03 2143 9898
Website : Buffet Ramadhan
9. Flavors Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
– RM 98 nett/pax untuk dewasa
– RM 45 nett /pax untuk kanak kanak
– Tel : 03 2785 1190 / 1191/1272
Website : Swiss Garden Buffet Ramadhan 2015
10. Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur
– RM 120 nett/pax
– Tel: 03-2089 3799/ 03 2089 3688
Website :http://www.simedarbyconvention.com/
11. Restoran Chakri Express Alamanda Putrajaya
– RM 59.90++/pax untuk dewasa
– RM 29.90++/pax untuk kanak kanak (12 tahun ke bawah )
Tempahan : 03-8890 1616 or 016-227 7276
Website : http://shop.chakri.com.my/
12. Restoran Cerana, Cheras
– RM 49++ / 53.90 Nett untuk dewasa
– RM 29++ / 31.90 Nett untuk kanak kanak ( 6 hingga 12 tahun )
– Tel : Mohd Khairul Azwal(Manager) : 019-6171840
Website : http://cerana.com.my/cerana/?menus=ramadhan-buffet
13. Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur
– RM 88 nett /pax untuk dewasa
– RM 48 nett /pax untuk kanak kanak
Tempahan : 03-26939333
Website : Buffet Ramadhan Hotel Grand Continental KL
14. Hotel De Palma Shah Alam
– RM 75++/pax untuk dewasa
– RM 35++/pax untuk kanak kanak
– Tel : 03-5542 8080 Ext 607/611/613.
Website : http://www.depalmafnbdeals.com/
15. Hotel De Palma Ampang
– RM 89++/pax untuk dewasa
– RM 45++/pax untuk kanak kanak
– Tel : 03-4270 7070
Website : De Palma Ampang
16. Hotel Eastin Penang
– RM 104 nett/pax untuk dewasa
– RM 52 nett/pax untuk kanak kanak
– Tel : 04-612 1128
Website : Review Buffet Ramadhan
17. GTower Hotel Kuala Lumpur
– RM 95 nett/pax untuk dewasa
– Tel : 03-21681919 ext 7040
Website : Review Buffet Ramadan
18. PICC Putrajaya
– RM88 nett/pax untuk dewasa
– RM44 nett/pax untuk kanak-kanak
– Tel : 03 8887 6122
Website : PICC Putrajaya
19. sTREATs Restaurant Ibis Style Hotel Kuala Lumpur
– RM 70 nett /pax untuk dewasa
– RM 35 nett /pax untuk dewasa
– Tel : 03 9232 8688
Website : Review Buffet Ramadhan
20. Bijan Restaurant
-RM 90++/pax
– Tel : 03 2031 3575
Website : https://www.facebook.com/Bijanrestaurant
21. Novotels Hotels Kuala Lumpur
-RM 95 nett /pax untuk dewasa
– RM 45 nett /pax untuk kanak kanak berumur 3 tahun keatas
– Tel : 03-21613331
Website : Review Buffet Ramadhan
22. Kulim Golf & Country Resort Sdn Bhd
-RM 56 /pax untuk dewasa
– RM 30/pax untuk kanak kanak
– Tel : 04-4032828 (sakeena )
Website : https://www.kulimgolf.com.my
23. Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan
-RM 75/pax untuk dewasa
– Tel : 09-7458888
Website : https://www.hotelperdanakotabharu.com
24. Hotel Impiana Kuala Lumpur
-RM 148 nett/pax untuk dewasa
-Potongan 50% untuk kanak kanak 6-12 tahun
-Percuma bagi kanak kanak bawah 6 tahun
– Tel : 03 21471111
25. Silka Maytower Hotel Kuala Lumpur
-RM 90 nett/pax untuk dewasa ( potongan 50% bagi warga emas )
-RM 40 nett/pax untuk kanak kanak (4 tahun keatas )
-Tel : 03-26929298 ext. 8094
Website : Silky Maytower
26. Semua Outlet Fish & Co
-RM 75.95 untuk 2 pax
Website : Fish & Co
27. The Palm Coffee House, Tropicana Golf & Country Resort
-RM 100 nett/pax untuk dewasa
-RM 45 nett/pax untuk kanak kanak
28. Yama G Fusion Sushi Japanese Restaurant
-RM 58 nett/pax untuk dewasa (weekdays)
-RM 68 nett/pax untuk dewasa (weekends)
-RM 28 nett/pax untuk kanak kanak
Website : Review Buffet Ramadhan
Kepada restoran dan hotel yang ingin menyenaraikan buffet anda di sini sila email informasi ke admin@denaihati.com
Selamat berbuka puasa semuga Ramadhan tahun ini yang terbaik.
74 Comments
Kalau bayar mahal…sedap dan berbaloi-baloi takpe…kalau sebaliknya hurmmmm jangan membazir sudah…
Sebenarnya teringin juga nak bawa anak2 makan dekat buffet Ramadhan… tapi risau orang di sekeliling tak duduk senang dibuatnya, disebabkan anak2 saya… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..BR1M Vs KOM1SEN
Budak-budak memang tak reti duduk diam…nak-nak lagi bila jumpa dengan kawan-kawan sebaya mereka…mak bapak sabar je lah
Curahan rasa siti hazreen @ ..Hormat Yang Muda
Boleh tahan mahal juga harga buffet ramadhan ni seiring dgn tmpt. Tapi yg pasti setiap orang ada pilihan. Sekali sekala boleh la belanja mahal sikit tapi jgn lah selalu. Takut membazir je nanti.
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Persiapan Hari Raya bersama Lazada Malaysia
kalau makan bufet ni seronok, semua boleh rasa. paling exited kalau ada kambing golek. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia
sekali sekali boleh tukar selera dengan cuba makan bufet plak.. mesti nak cari yg murah dan sedap
Curahan rasa nikkhazami @ ..Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia
tidak dinafikan ada juga buffet ramadhan yang jimat dan mampu untuk dilanggani para pelanggan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
INFO yg cukup lengkap ni..pasni ada rezki dan masa lebih, boleh ke mana2 buffet ramadhan yg berdekatan bersama keluarga.
Curahan rasa JMR @ ..5 Ramadhan 1436H
makan di pak john atau casa ombak pun dah cantik, sebab ada caj percuma untuk kanak kanak.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Punca-Punca Masalah Obesiti Yang Perlu Anda Tahu
kanak-kanak yang kecil patut diberi percuma kerana mereka memang makan tak banyak..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
rasa membazir kalau ke buffet sebab perut kita kecik je. tapi kalau bawak suami, ermmm.. boleh ganda dua hahahahaa..
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Lautan Manusia Di Bazar Ramadhan Putrajaya
Walaubagaimanapun, Terima kasih di atas perkongsian info… kalau diberi pilihan saya nak cari Buffet Ramadhan yang dekat dengan masjid atau surau yang aktif…. Sebab elok lepas berbuka terus sambung makan, sehingga masuk waktu isyak… lepas tu boleh terus sembahyang Isyak dan Solat Terawih sekali….
Curahan rasa Anuar @ ..BR1M Vs KOM1SEN
Terima kasih di atas perkongsian info… Dah lama dah tak layan Buffet Ramadhan… Rasa jauh sangat nak pergi cari Buffet Ramadhan dekat area-area KL…
Curahan rasa Anuar @ ..BR1M Vs KOM1SEN
macam mana yer nak cari senarai buffet ni, kena cari satu satu kat online ka. saya duduk johor nak mencari di kluang punya buffet ramadhan
Curahan rasa myrujukan @ ..Suis Tingkap Power Window Viva Rosak
Bro duduk dekat Kluang ke? Kalau duduk dekat Batu Pahat saya tahulah dekat mana ada Buffet Ramadhan.. Sebab saya pernah duduk dekat sana selama 6 tahun setengah…
Curahan rasa Anuar @ ..BR1M Vs KOM1SEN
boleh rancang untuk bawa keluarga berbuka puasa nanti, cari yang mampu bayar 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..5 Tips Bersahur Untuk Si Bujang
Ya betul… Kalau kita bayar mahal pun, tapi perut tak lalu nak merasa semua makan yang terdapat di Buffet Ramadhan rugi juga….
Saya ingat lagi semasa saya pergi ke satu Buffet Ramadhan di Hotel mewah berhampiran KLCC (Duduk dekat hotel selama 4 hari sebab ada meeting di sana)..
Dekat situ semua menu ada.. Nasi Beriani berserta Kambing bakar golek pun ada… Sea Food bakar (Ada ketam, udang, sotong dan sebagainya)… Setiap hari saya dah plan nak rasa menu yang berlainan… Tapi sehingga dah selesai meeting, masih ada menu yang tak dapat saya rasa… Disebabkan terlalu banyak menu yang disediakan….
Masa tu saya terfikir… Mujurlah saya makan secara PERCUMA… Tak ada rasa terkilan sangat, sebab bukan duit saya yang keluar…
Tetapi cuba bayangkan, pelanggan yang lain… Dah lah bayar mahal, tapi setakat mana jer yang mereka mampu makan… Bagi saya rugi, mereka makan dekat situ…
Curahan rasa Anuar @ ..BR1M Vs KOM1SEN
ada pelanggan yang mampu dan mereka tidak kisah berapa nilai wang yang sanggup mereka keluarkan untuk makan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
buffet memang murah kalau harga bawah RM50 dan variasi makanannya banyak..hihi
Curahan rasa shamiera osment @ ..Giveaway Duit Raya Dari BBL
Buffet Ramadhan biasanya mahal-mahal sedangkan kemampuan perut kita untuk makan hanyalah kecil. Mek ila pun rasa membazir kalau buffet Ramadhan berharga RM100++. Rasanya satu pembaziran.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..8 Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil
ada yang rasa membazir dan ada yang rasa tiada apa-apa kerana kemampuan masing-masing berbeza..cuma jangan membazir makan sahajalah..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Untuk Dapat Duit Tambahan
Comments are closed.