Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mungkin kerana kedudukan blog Denaihati untuk keywords “Buffet Ramadhan” di Google.com.my maka team Denaihati dijemput hadir ke sidang akhbar Program Nostalgia P. Ramlee yang diadakan di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya akan mempromosikan makanan kegemaran Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sepanjang bulan Ramadan bermula 21 Julai – 18 Ogos 2012 di Swez Brasserie, Eastin Hotel, PJ. Di sidang akhbar yang diadakan itu kami dapat rasa sendiri menu makanan kegemaran. Memang sedap!
Diketuai oleh Executice Chef Alex Leong, pasukan chef di Eastin Hotel Petaling Jaya akan menyediakan hidangan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di samping hidangan tradisional tempatan, Middle East, Japanese dan Western membuatkan hidangan bufet makan malam yang sangat menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Harga buffet ramadhan adalah dari RM98++ (adult) RM49++ (children). EARLY BIRD PROMOTION: For every 5 paying diners 1 dines for free from 21 July to 28 July, 2012. Offer valid till 28 July, 2012. GROUP PACKAGE PROMOTION : For every 20 paying diners get 10% OFF from 30 July to 18 August, 2012. Offer valid till 18 August, 2012 at Swez Brasserie. For reservations or for more information, call Swez Brazzerie, Eastin Hotel PJ, at +603-7628 7397. (Bilik Solat disediakan).
Antara makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah kari ikan bawal berbendi, ikan kering/masin, burung puyuh goreng, ayam goreng, sambal belacan, bubur kacang, cekodok pisang, mee/bihun goreng dan air kopi O sejuk.
Pengurus Besar Eastin Hotel Petaling Jaya, Ms Jane Suppiah memberitahu,
“Dari semasa ke semasa, kami memperkenalkan pelbagai promosi makanan untuk menyediakan tetamu dengan pengalaman makan yang baru. Dalam masa yang sama juga ingin mewujudkan sebuah sosial korporat yang bertanggungjawab selain hanya menampilkan makanan. Orang di seluruh dunia sering mula mendapat tahu tentang Malaysia melalui pelbagai warisan budaya dan masakan makanan. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan satu ikon dalam warisan negara kita yang bukan saja diiktiraf di Malaysia, malah juga di seluruh rantau ini.
Oleh itu, bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk kita mengakui dan mengenang sumbangan beliau dalam industri seni karya sastera tanah air kita. Melalui penyediaan makanan kegemaran beliau sebagai satu kenangan tentang muzik dan lagu beliau pasti akan mewujudkan satu suasana dan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.”
Selain mempromosikan makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pihak Eastin Hotel juga turut mengadakan aktiviti yang mengetengahkan filem-filem beliau, lagu-lagu nyanyian beliau dan acara lain seperti pameran oleh Arkib Negara Malaysia yang memaparkan poster filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee serta gambar-gambar dan artifak dari era seniman agung terebut. Selain itu, rakan rapat Allahyarham seperti Datuk Aziz Satar, Mariani, Tan Sri Jins Shamsuddin, Ramli Ismail dan Datuk Sony Abdullah akan membuat penampilan khas.
Terima kasih tidak terhingga kepada Eastin Hotel yang sudi menjemput kami semuga sedikit sebanyak dapatlah kiranya blog Denaihati memberi sumbangan memperingati Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang sentiasa ada di dalam hati Rakyat Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut sila hubungi Eastin Hotel seperti detail di bawah ini.
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Facebook: facebook.com/eastinhotelpj
222 Comments
makanannya sepertinya nikmat-nikmat sekali itu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Anemia Kurang Darah
Macamnya banyak juga
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Anemia Kurang Darah
memang nikmat makan di hotel macam ni
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Moga beliau ditempatkan dalam golongan beriman.
Buffet tu…. Mahalnya.
Hati terhibur dgn filem arwah,
Banyak yg teruja bila melihatnya,
Makanan kegemarannya melimpah-ruah,
Amat menyelerakan andai boleh dirasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Dari nasi kukus ke hidangan seniman,
Bulan ini banyaknya hidangan istimewa,
Tentu ini adalah promosi di bulan Ramadan,
Bila berpuasa ada-ada saja hidangan dibawa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Tahaih Denaihati atas sumbangan anda,
Supaya nama P.Ramlee sentiasa di hati,
Tiada siapa yg dpt mengantikannya,
Seniman yg tiada siapa dpt di cari ganti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,
Nama cukup gah tak lapuk dek zaman,
Hingga masakan kegemarannya jadi bahan promosi,
Bulan puasa ni boleh cuba jika ada kesempatan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Banyak makanan kegemaran P.Ramlee,
Kalau makan sungguh sedap jika free.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Easting Hotel buat buffet,
Bolehlah cuba jika lebih bajet.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Satu promosi yg menarik utk di cuba,
Macam-macam cara utk tarik pelanggan ya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Bila tiba bulan pose…pehh mende2 mcm ni mmg akan meriah laa…promosi merata2 nanti nih…hehehe
Kalau hendak buat tempahan perlu buat awal kerana ketika bulan puasa akan penuh ditempah.
Curahan rasa akubiomed @ ..Speedlight untuk kamera DSLR Canon
kalau hotyel pun penuh.. masyuuukk la
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
Tidak sangka arwah P. Ramlee suka dgn tiram + udang
segar.. Fantastik…
mungkin dulu senang dicari kut..
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
tergugat nafsu makan ni
wah!!! pasti sedap makanan kat situ kan?? nampak pun sangat menyelerakan
Curahan rasa boni @ ..Video Oh My Bahasa Melayu
makan kat hotel.. mesti sedap bro..
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jun 2012
aku baru sekali seumur hidup makan kat hotel wih sedap luar biasa
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
bestnya dapat jemputan ke sana. pasti sedap2 makanan kat situ kan??
pasti rakan Boni pernah juga makan di Hotel kan
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
WAH JADI TETAMU JEMPUTAN KE DENAIHATI
Kapan yah? bisa dapat jemputan makan lezat?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Euro 2012 : Rusia Vs Rep. Ceko
kalau jenama blog sudah setenar Denaihati dan blog rajing posting tentang restaurant mungkin akan ada kesempatan bang
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Comments are closed.