Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger @Najibrazak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Oktober ada bulan budget. PM DS Najib Razak akan membentangkan Budget Malaysia 2012 di Parlimen pada 7 Oktober 2011 untuk dibahaskan dan disahkan oleh Parlimen sebelum digunakan untuk perbelanjaan negara pada tahun 2012. Sudah menjadi amalan Kerajaan untuk mendapat pandangan daripada Rakyat, NGO, Persatuan-Persatuan, Pemimipin Politik dan Bukan Politik sebelum mengubal budget supaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ucapan tahniah kepada DS Najib Razak yang berani membawa Malaysia HIJRAH dari budaya kerja lama kepada budaya kerja baru. Pasti Budget Malaysia 2012 akan menyemarakan lagi semangat HIJRAH atau TRANSFORMASI yang telah bermula semenjak DS Najib Razak mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia. Bila HIJRAH ini pasti ramai yang menentang terutama mereka yang susah nak berubah. Transformasi Malaysia ini bukan tugas mudah perlukan mujahadah untuk mengubah sikap dan pemikiran yang lama kepada yang baru.

Aku seorang Blogger juga ingin terlibat dalam Budget Malaysia 2012. Untuk Budget Malaysia 2011 aku telah memberi cadangan “Meningkatkan Gaji Minimum” untuk mengurangkan pergantugan kepada pekerja asing. Untuk Budget 2012 aku ingin mencadangkan kepada DS Najib Razak supaya memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah yang pertama sebagimana Kerajaan telah memberi rebat untuk pembelian komputer dan kos rawatan ibubapa. Insentif rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Haji dan Umrah pasti akan memberi motivasi kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan Rukun Islam yang ke lima. Bagus juga kalau Kerajaan dapat memberi rebat cukai pendapatan untuk Ibadah Umrah yang pertama. Insentif rebat Haji dan Umrah juga pasti akan meningkatkan ekonomi bumiputera kerana majoriti agensi travel Haji dan Umrah adalah syarikat Bumiputera.

Kepada Rakan Blogger yang ada cadangan untuk Budget Malaysia 2012 sila kongsikan diruangan komen kerana insyallah entri ini akan dibaca kalau tidak DS Najib Razak pasti pegawai media beliau. Manalah tahun Budget Malaysia 2012 cadangan Blogger akan dipandang dan didengar oleh DS Najib Razak yang sangat terbuka dan menghargai Rakan Blogger. DS Najib Razak juga kan seorang Blogger.

Sila baca ringkasan cadangan budget 2012 oleh Blogger Malaysia @ Budget 2012 Malaysia untuk perhatian DS Najib Razak.

Boleh juga ikuti live Budget Malaysia 2012 @ Twitter dengan hashtag #bajet2012


Spread the love

123 Comments

  1. saya murugam a/l gopal ingin meluahkan isi dalam hati selama 49 tahun yang tersimpan selama ini.saya tidak diberi peluang untuk bertugas apa-apa bidang di kerajaan,bukan saya seeorang sahaja,malah kebanyakkan kaum india dihindarkan daripada bertugas.di sebabkan oleh wawasan 2020.semasa saya belajar umur saya 18 tahun dan sekarang 49 tahun.walaupun saya memperolehi diploma dalam servis line iaitu hotel dan restoran managemant cuma negara jiran yang memberi peluang untuk mengeluarkan kebolehan.sebagai rakyat malaysia saya ingin mengorbankan diri serba sedikit atau apa-apa bidang.adakah saya akan diberi peluang atau untuk menaikkan murtabat kaum dan negara yang selama ini saya disanjung tinggi?

  2. Semua komen bagus belaka. Amboi! Dari mana kerajaan dapat duit banyak, pinjam lagi la, tambah deficit…… Greece la ni. Living beyond our means

    1. Manusia memang tidak akan puas, kalau diberi kata mana nak dapat duit tapi kalau tak beri kata kerajaan tak perihatin kesusahan rakyat. Bukan senang nak puaskan hati manusia terutama kepada jiwa yg memang sentiasa membangkang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!