Budget 2013 idea Blogger untuk PM @NajibRazak

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang benar jauh berjalan luas pandangan. Setelah mengembara berbagai negara dari Asia ke Europe baru terasa cadangan budget 2012 untuk meningkatkan gaji minima macam tak sesuai je. Daripada pemerhatian semakin maju sesebuah negara maka rakyat tempatan sudah semakin kurang berminat untuk bekerja dalam sektor tertentu. Kekosongan ini akan diisi oleh pekerja asing seperti yang berlaku di UAE, Qatar, Italy, Britain dan Perancis.

Live Streaming Pembentangan Budget 2013

Maknanya semakin maju sesebuah negara semakin tinggi pergantungan ekonomi negara tersebut kepada pekerja asing. Rakyat tempatan dah tak mahu lagi bekerja jadi tukang cuci, kerja kilang, buruh ladang dan semua kerja-kerja kuli. Untuk itu Kerajaan perlu menyediakan platform kerjaya bidang baru yang lebih disukai oleh rakyat.

Berdasarkan pengamatan di atas maka aku nak cadangkan beberapa idea kerjaya yang lebih disukai Rakyat menjelang pembentangan Budget 2013 oleh PM DS Najib Razak pada 28/9/2012.

1. Jadikan sukan sebagai kerjaya dan industri jutaan ringgit seperti Liga Bola Sepak Europe. Kerajaan melalui GLC boleh membagunkan liga bola sepak profesional Malaysia yang betul-betul profesional bukan seperti sekarang mengharap FAM yang tak boleh diharap, dengan membawa masuk pemain-pemain Profesional. Menganjurkan kejuaraan sukan seperti Tenis dan Golf dengan penyertaan pemainan profesional yang berskala besar. Liga bola sepak profesional dan kejuaraan sukan berskala besar pasti akan dapat memotivasikan Rakyat untuk menjadikan sukan sebagai kerjaya dan industri yang berimpak tinggi. Anak-anak kita pasti tak nak berkerja sebagai buruh tapi pasti ingin menjadi ahli sukan profesional yang bergaji jutaan ringgit.

2. Dunia tahu industri jualan langsung adalah salah satu industri besar yang menyumbang ekonomi bukan sahaja kepada negara malah ramai individu yang sudah menjadi jutawan. Kerajaan boleh membuka sebuah syarikat jualan langsung Nasional dengan produk yang berkualiti, sistem bonus yang baik  dan pengurusan yang profesional untuk dijadikan tapak kepada peminat MLM membina kerjaya yang berkualiti. Paling menarik syarikat jualan langsung yang berjaya boleh berkembang keseluruh dunia dan sudah pasti akan membantu ekonomi negara kerana membawa masuk pelaburan asing. Lihat sahaja kejayaan produk Kopi Organo produk buatan Malaysia yang sudah berjaya dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Amerika Syarikat dilebih 20 buah negara dengan hasil jualan melebih USD60 juta setahun. Sekarang bukan tak ada syarikat jualan langsung tempatan tapi banyak yang menipu sehingga ramai yang tertipu dan memandang negatif pada industri ini.  Jangan terkejut nilai industri jualan lansung di Malaysia melebihi 1 Billion setiap tahun.

3. Menyediakan dana khas kepada usahawan kecil online seperti Blogger untuk meningkatkan kualiti website dan sistem bisnis online supaya perniagaan berkembang maju, bersistematik dan menjadi kerjaya yang berimpak tinggi. Sekarang sudah ada beberapa Blogger yang berjaya menjadi usahawan online dari rumah. Dengan dana khas ini sudah pasti lebih ramai yang akan berjaya menjadi usahawan internet dari rumah yang berjaya seperti di negara-negara maju. Dengan dana khas pasti lebih ramai Rakan Blogger yang akan mencontohi Blogger Ini yang berani bersara awal atau mencontohi Blogger ini yang sudah menjadi usahawan wanita online yang berjaya atau Blogger ini yang memang tak pernah makan gaji.

4. Menyediakan program latihan bisnis, motivasi dan ict untuk penduduk luar bandar yang semakin jauh ketinggalan dalam semua bidang. Kebanyakan penduduk luar bandar tertinggal dari arus pembangunan dan Kerajaan kurang bersungguh-sungguh merapatkan jurang dengan program-program khas. Mungkin model memajukan generasi Felda boleh diubah suai untuk digunakan untuk penduduk luar bandar. Dengan program latihan yang tersusun pasti penduduk luar bandar akan lebih berminat dengan kerjaya sebagai usahawan tani daripada menjadi sumber kepada masalah sosial.

5. Rakan Blogger pasti ada idea-idea bernas yang ingin dikongsikan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan berjaya untuk rakyatnya. Kongsikan idea budget Rakan Blogger diruangkan komen dan idea terbaik Blogger akan dijadikan entri khas.


Spread the love

137 Comments

  1. menjadikan blog sebagai satu sistem pembelajaran secara online di peringkat sekolah menengah,supaya dapat memantapkan lagi gaya penulisan pelajar dan meningkatkan daya pemikiran yang mantap dari segi mencari sumber maklumat,dengan cara ini mungkin dapat meningkakan lagi minda dan sikap berusaha seseorang pelajar dan akan memudahkan guru untuk menilai potensi pelajar.Contohnya jika program ini di laksanakan,para pelajar akan berusaha untuk bersaing sesama sendiri bagi menonjolkan blog masing-masing dengan menghasilkan penulisan yang hebat dari segi tatacara penulisan bahasa melayu seperti mana seruan kerajaan budi bahasa budaya kita,inilah salah satu cara untuk membendung “bahasa rojak” yang sering di perdebatkan.

  2. turunkan harga rumah yang semakin mahal…hapuskan atau rendahkan segala charges yang boleh mendatangkan beban pada pembeli…di khuatiri rakyat akan merempat di masa akan dtg..
    Curahan rasa Zura @ ..V-Soy Soya TersedapMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!