Buatlah amalan ini setiap pagi, nescaya pintu rezeki terbuka luas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)”, nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi SAW: “Tidak akan terputus rezeki seseorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari”

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). ALLAH akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka Yang banyak menolong kita dan yakin dengan berdoa perlu benar-benar bersungguh.

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari. Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.

Berusaha dan bertawakal. Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dan lain-lain, tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita. Mari kita amalkan segera.

Bila-bila masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja tidak termasuk diwaktu solat lima waktu.

Caranya : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin”

Untuk yang sudah meningggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa-dosa orang tuaku, tempatkanlah bapaku dan Ibu dalam kalangan orang-orang yang beriman.”

Semoga ia memberi manfaat kepada semua ummat.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!