#Brotherhood Ramadan bersama Volkswagen Tiguan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadan sudah melangkaui pertengahan bulannya. Ibadah puasa wajib yang datang ini sudah tentu memberikan seribu satu makna kepada yang melaluinya. Pelbagai aktiviti yang ada di bulan Ramadan ini. Sahur, berbuka puasa, program amal, solat tarawikh, pasar Ramadan, moreh dan tidak kurang juga yang berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan.

Di awal bulan Ramadan, ramai yang pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

Mungkin ada yang tak dapat berhari raya bersama, atau cuti hari raya lewat sedikit. Namun itu semua tidak menjadikan alasan untuk tidak pulang untuk berjumpa dengan keluarga. Lebih seronok lagi apabila pulang memandu dengan Volkswagen Tiguan.

Pemanduan yang lancar dengan Volkswagen Tiguan

Biasanya memandu dalam cuaca panas ditambah lagi dalam bulan puasa, pastinya sedikit sebanyak terasa letih. Tetapi sejujurnya ada perubahan terasa apabila membawa pulang Volkswagen Tiguan ini. Tidak rasa mengantuk!

Mungkin dengan kelebihan yang ada dalam SUV tersebut. Kurang bising yang membuatkan pemandu lebih selesa. Sistem penghawa dingin yang boleh dilaras tiga bahagian dan juga keselesaan kerusi boleh laras secara elektrik.

Perjalanan selama dua jam dengan keselesaan dan yang penting keselamatan yang dititikberatkan dalam kenderaan Volkswagen Tiguan ini. Dilengkapi dengan 6 airbags, sistem Electronic Stability Control, Isofix dan pelebagai lagi ciri-ciri yang hebat bagi SUV mampu milik ini.

Memberi di bulan Ramadan

Minggu lepas sempat pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Menu yang paling ramai orang gemari adalah murtabak. Sebab itu terfikir untuk memberi dan membelanja murtabak sebagai juadah berbuka puasa. Kebetulan ada mengenali penjual murtabak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar iaitu Encik Rosli.

Sebanyak 100 biji murtabak di pesan dan diedarkan kepada yang berada di sekitar pekan Sabak Bernam. Sebahagian daripadanya diserahkan kepada rakan sekolah yang membuat ‘solo ride’ berbuka puasa di masjid-masjid di sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar. Moga dengan pemberian sedikit ini daripada pihak Denaihati Network akan memberikan manfaat kepada seramai umat.

Persaudaraan merapatkan ukhuwah

Di bulan puasa juga, kita tidak melupakan mereka yang kurang upaya atau yang bersendirian. Kita meraikan mereka semua, kita berbuka puasa bersama-sama di samping rakan taulan, sahabat-sahabat yang telah lama tidak berjumpa apatah lagi bertegur sapa.

Moga persaudaraan sesama manusia ini semakin akrab dengan aktiviti-aktiviti yang membuahkan manfaat kepada seramai umat. Kita eratkan silaturrahim dan inilah salah satu program berbuka puasa yang dapat mengumpulkan ramai orang dalam satu-satu masa.

Volkswagen Tiguan jimat minyak

Memang seronok bila dapat berkongsi juadah berbuka puasa dengan orang lain. Sambil kita pulang ke kampung pun, dapat berbuat amal juga. Dengan Volkswagen Tiguan, tiada masalah kerana ia mempunyai ruang simpanan yang seluas 1,655 liter dengan kerusi yang boleh dilipat dan dianjakkan ke hadapan.

Satu lagi yang perasan dengan Volkswagen Tiguan ini, ia SUV yang jimat minyak tetapi berkuasa. Satu isian penuh tangki boleh membawa kepada lebih 600km dengan pemanduan yang sederhana. Bagi yang sentiasa berulang-alik ke tempat kerja mahupun pulang ke kampung, sudah pasti ianya pilihan yang berbaloi.

Tiguan 1.4TSI Highline
Power | Torque: 150HP | 250Nm
Transmission: 6-speed DSG
Acceleration 0-100 km/h: 9.2 sec
Top Speed: 198 km/h
Fuel Efficiency: 6.7 l/100km
Range: 800km*
Energy Efficient Vehicle (EEV)

Pasti seronok jika berhari raya dengan kereta Volkswagen Tiguan ini. Ramai yang memerhati SUV ini ada kelasnya tersendiri.

Bermula 1 Januari 2018, semua model Volkswagen didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Ia merangkumi semua kos penyelenggaraan mengikut jadual penyelenggaraan standard, kecuali komponen haus dan lusuh seperti cakera brek, pad, wiper kaca dan mentol. Oleh itu, pembeli boleh memandu tanpa rasa bimbang untuk tiga tahun pertama atau 45,000 km.

Harga Volkswagen Tiguan yang baru telah diumumkan dengan 0% GST iaitu RM158,888 berbanding RM168,990 sebelum ini dengan 6% GST. Harga tersebut bermula daripada 1 Jun 2018 dan mereka yang ingin beraya dengan Volkswagen Tiguan ini kena dapatkan segera sementara promosi Hari Raya sedang berlangsung.

Pasti berbaloi dengan kadar penjimatan bermula dengan RM2,000. Kad petrol bernilai RM1,188 ke atas semua model yang ditempah dan didaftarkan mulai sekarang hingga 30 Jun 2018. Harga untuk Volkswagen Tiguan jauh lebih nilai dengan harga 0% GST sekarang, beza RM10,000 juga tu.

Apa tunggu lagi?

Bagi yang nak pulang ke kampung dengan kereta Volkswagen, terus sahaja ke wakil-wakil Volkswagen seluruh negara atau ke https://www.volkswagen.com.my


Spread the love

31 Comments

  1. Cantiknya kereta ni. Nampak kelas, bergaya dan kelebihan2 tu memang jadi tarikan utama untuk memilikinya kalau ada bajet lebih.

  2. ya ampunn handsomenyaaaaaaa Volkswagen Tiguan. Aduhhhh kalau niat nak tukar kereta, memang pilihan terbaik lahhh ;))

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!