Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rabu lepas team Denaihati ke Zoo Negara hadiri jemputan media Nat Geo Wild, Fox International Channels dan Astro Present Dangerous Encounters with Brady Barr. Brady Barr merupakan pakar reptilia terkenal National Geographic dan juga host bagi siri popular Dangerous Encounters di Nat Geo Wild (Astro Ch 550). Dr. Brady Barr berada di Malaysia dalam mencari pengembaraan dan meneroka hidupan liar reptilia yang terdapat di Malaysia. Lawatan beliau mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan (MOE), Akademi Sains Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Lawatan Dr. Brady Bar ini serentak dengan promosi tayangan perdana siri terbaru Dangerous Encounters musim ke-7. Rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters akan dimulakan dengan tayangan selama 2 jam secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Kemudian episod baru Dangerous Encounters akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild.
Sebagai pakar reptilia, Brady Barr yang telah menjelajah lima benua dan lebih 70 buah negara telah menjadikan misi hidupnya untuk mengkaji dan melindungi beberapa haiwan yang paling bahaya dan terancam di dunia khususnya buaya dan aligator.
Ketika bertemu di Zoo Negara baru-baru ni dapat lihat perwatakan, gaya dan personaliti Brady Barr yang menarik dan sangat peramah ditambah dengan pengetahuan saintifik yang luas membolehkan beliau membawa binatang yang paling menarik di planet ini terus ke hati masyarakat. Seramai 120 orang pelajar hadir di Zoo Negara semasa acara dengan Brady dan mereka sangat kagum kerana beliau telah menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan ular tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada haiwan tersebut.
Kemudian beliau masuk ke kandang buaya untuk tunjukkan demonstrasi menangkap buaya betina yang mengawal sarangnya dan telah memukau pandangan semua orang dengan aksi beliau. Beliau juga merupakan satu-satunya orang dalam sejarah yang telah menangkap dan mengkaji semua 23 spesies buaya yang terdapat di dunia dan ada di antaranya diancam kepupusan kerana sikap rakus manusia.
Tips Untuk Elak Serangan Ular dari Brady Barr
(1) Jangan cuba menyentuh atau menangkap ular kerana hanya mereka yang pakar sahaja dapat menentukan sama ada ular itu berbisa atau tidak.
(2) Jika terjumpa ular, jauhkan diri anda. Ular tidak akan mengejar anda kerana mereka tidak agresif.
(3) Anda akan digigit jika anda melangkah ular atau cuba untuk mengambilnya.
(4) Pastikan sekitar rumah bebas dari sampah sarap dan semak samun kerana ia akan menarik perhatian tikus dan secara tak langsung akan menarik perhatian ular.
Tips Untuk Elak Serangan Buaya dari Brady Barr
(1) Jangan memancing ketika menyeberangi sungai dan bawa ikan hasil tangkapan bersama-sama.
(2) Jangan biarkan anak-anak atau haiwan peliharaan bermain di tepi air terutamanya pada waktu senja.
(3) Jangan sesekali mendekati buaya. Jika anda ternampak atau terserempak, kekalkan jarak anda dan cuba elakkan diri dengan perlahan-lahan.
(4) Jangan sesekali memberi makan kepada buaya! Ini adalah sangat berbahaya kerana mereka menjadi aggresif bila membabitkan makanan.
Nat Geo Wild yang dihoskan oleh Brady Barr merupakan saluran info dan hiburan No.1 di Malaysia yang berdasarkan fakta, mencapai 3 juta pelanggan TV Astro dan lebih 18 juta penonton di seluruh negara. Kejayaan Nat Geo Wild adalah disebabkan tujuan saluran itu untuk mendidik para penonton mengenai semua makhluk dan peranannya yang unik dan tempatnya dalam ekosistem. Saluran ini juga menyokong dan menggalakkan pemuliharaan hidupan liar.
Jangan lupa menonton rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters, season 7 yang ditayangkan selama 2 jam di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Episod baru akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild. Rancangan Dangerous Encounters musim ke-7 ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
169 Comments
Seorang yang benar-benar pakar dalam hewan reptil seperti halnya buaya ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Gejala Penyakit Asma
Meskipun ada tips, tapi masih takut ketemu buaya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..London 2012 Rhythmic Gymnastics | Senam Ritmik di Logo Google Hari Ini
Disamping buaya, tentunya hewan buas lainnya juga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 35 Finalis Puteri Pariwisata Indonesia 2012
Sya belajar panduan berdepan dengan ular dulu masa kat Langkawi. Untuk dengan buaya, baru ni tahu 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..JIMAT BERBELANJA DI JOM HEBOH
dia ini tdk merasa takut sama hewan reptil buas ya…
kalau kena sekali baru tau….
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Reptilia jenis ular dan juga buaya ini termasuk hewan yang berbahaya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Fase Penyembuhan Luka
Apalagi dengan jenis ular yang berbisa dan bisanya sangat mematikan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Fase Penyembuhan Luka
Beberapa jenis ular paling membahayakan hanya terdapat di daerah serta benua tertentu
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Fase Penyembuhan Luka
ular…..eeee….nak pegang pun geli…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Yang penting asal berjudul ular, pastilah menakutkan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 35 Finalis Puteri Pariwisata Indonesia 2012
Kecuali permainan ular tangga…. wkwkwkwkwk
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto 35 Finalis Puteri Pariwisata Indonesia 2012
panduan yg berguna juga nak elak ular dan buaya ni.hehehe.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Pendedahan Terkini Handphone Menjadi Sumber Pendapatan
betul tu….dapat kita mengelak sebelum apa2 belaki…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Kemahiran beliau memangkap dan bermain menjadi daya tarikan para penggunjung.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kemahirannya karena ilmu serta pengalamannya yang banyak sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Fase Penyembuhan Luka
seronok kalau dapat tgok real ekk?
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Kelebihan yg ada pada Brady Barr, sungguh luarbiasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
kelebihan luar biasa dapat mmenjinakkan haiwan…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Rancangan ini mendapat tempat di mata para pengiat haiwan liar untuk menonton hinggakan berjuta-juta yg menontonnya bagaimana beliau beraksi dgn haiwan tersebut.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Rancangan Dangerous Encounters musim ke-7 ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Ini memberi lebih pengetahuan kepada para penonton untuk lebih memahami.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Brady Barr amat mengambil berat akan kehidupan reptelia ini bagi mengelakkan drp pupus.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kelalaian mengikabatkan kecederaan serius di anggota badan bila di patut atau dibaham buaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
ee…menakutkan kalau terjadi perkara yagn tidak di ingini…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Org kita harus byk belajar dr beliau, lebih2 lagi yg bekerja di zoo negara di bhg reptilia spt ulat dan buaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Betul sekali sahabat. Memang harus belajar serta berhati-hati aoalagi yang pekerjaannya berkaitan dengan kebun binatang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Fase Penyembuhan Luka
Tentunya setiap orang yang bekerja di kebun binatang akan dibekali pengetahuan yang cukup tentang hewan dan segala aktifitasnya.
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Fase Penyembuhan Luka
Dan juga hal-hal yang bisa membuat bahaya yang bisa ditimbulkan oleh hewan tersebut
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Fase Penyembuhan Luka
kemahiran orang ini sudah sangat profesional dibidangnya, dan menjadi tontonan menarik masyarakat
Curahan rasa karakter pendidikan @ ..Download Sofware Interaktif Belajar Matematika Tingkat SD
Comments are closed.