Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rabu lepas team Denaihati ke Zoo Negara hadiri jemputan media Nat Geo Wild, Fox International Channels dan Astro Present Dangerous Encounters with Brady Barr. Brady Barr merupakan pakar reptilia terkenal National Geographic dan juga host bagi siri popular Dangerous Encounters di Nat Geo Wild (Astro Ch 550). Dr. Brady Barr berada di Malaysia dalam mencari pengembaraan dan meneroka hidupan liar reptilia yang terdapat di Malaysia. Lawatan beliau mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan (MOE), Akademi Sains Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Lawatan Dr. Brady Bar ini serentak dengan promosi tayangan perdana siri terbaru Dangerous Encounters musim ke-7. Rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters akan dimulakan dengan tayangan selama 2 jam secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Kemudian episod baru Dangerous Encounters akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild.
Sebagai pakar reptilia, Brady Barr yang telah menjelajah lima benua dan lebih 70 buah negara telah menjadikan misi hidupnya untuk mengkaji dan melindungi beberapa haiwan yang paling bahaya dan terancam di dunia khususnya buaya dan aligator.
Ketika bertemu di Zoo Negara baru-baru ni dapat lihat perwatakan, gaya dan personaliti Brady Barr yang menarik dan sangat peramah ditambah dengan pengetahuan saintifik yang luas membolehkan beliau membawa binatang yang paling menarik di planet ini terus ke hati masyarakat. Seramai 120 orang pelajar hadir di Zoo Negara semasa acara dengan Brady dan mereka sangat kagum kerana beliau telah menunjukkan bagaimana untuk mengendalikan ular tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan kepada haiwan tersebut.
Kemudian beliau masuk ke kandang buaya untuk tunjukkan demonstrasi menangkap buaya betina yang mengawal sarangnya dan telah memukau pandangan semua orang dengan aksi beliau. Beliau juga merupakan satu-satunya orang dalam sejarah yang telah menangkap dan mengkaji semua 23 spesies buaya yang terdapat di dunia dan ada di antaranya diancam kepupusan kerana sikap rakus manusia.
Tips Untuk Elak Serangan Ular dari Brady Barr
(1) Jangan cuba menyentuh atau menangkap ular kerana hanya mereka yang pakar sahaja dapat menentukan sama ada ular itu berbisa atau tidak.
(2) Jika terjumpa ular, jauhkan diri anda. Ular tidak akan mengejar anda kerana mereka tidak agresif.
(3) Anda akan digigit jika anda melangkah ular atau cuba untuk mengambilnya.
(4) Pastikan sekitar rumah bebas dari sampah sarap dan semak samun kerana ia akan menarik perhatian tikus dan secara tak langsung akan menarik perhatian ular.
Tips Untuk Elak Serangan Buaya dari Brady Barr
(1) Jangan memancing ketika menyeberangi sungai dan bawa ikan hasil tangkapan bersama-sama.
(2) Jangan biarkan anak-anak atau haiwan peliharaan bermain di tepi air terutamanya pada waktu senja.
(3) Jangan sesekali mendekati buaya. Jika anda ternampak atau terserempak, kekalkan jarak anda dan cuba elakkan diri dengan perlahan-lahan.
(4) Jangan sesekali memberi makan kepada buaya! Ini adalah sangat berbahaya kerana mereka menjadi aggresif bila membabitkan makanan.
Nat Geo Wild yang dihoskan oleh Brady Barr merupakan saluran info dan hiburan No.1 di Malaysia yang berdasarkan fakta, mencapai 3 juta pelanggan TV Astro dan lebih 18 juta penonton di seluruh negara. Kejayaan Nat Geo Wild adalah disebabkan tujuan saluran itu untuk mendidik para penonton mengenai semua makhluk dan peranannya yang unik dan tempatnya dalam ekosistem. Saluran ini juga menyokong dan menggalakkan pemuliharaan hidupan liar.
Jangan lupa menonton rancangan Most Dangerous Encounters & Dangerous Encounters, season 7 yang ditayangkan selama 2 jam di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun jam 8:00 malam. Episod baru akan disiarkan setiap hari Rabu jam 8:00 malam di Nat Geo Wild. Rancangan Dangerous Encounters musim ke-7 ini boleh didapati dalam empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
169 Comments
Brady Barr seorang yg cekal bila beraksi dgn ular atau buaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
aksi yang luar biasa…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Satu tip yg bagus bagi mengelakkan drp diserang oleh ular @ buaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
untuk menambah pengetahuan kita yang membacanya…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Buaya binatang ganas bila menerkam pada mangsanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
lebih2 lagi kalau lapar…pernah tgok kat taman buaya melihat buaya2 berebut makanan, sampai ada yang putus kaki…ee…tapi kasihan juga tgok buaya2 tu. sehari berapa je makanan yang dapat di bagi sedangkan buaya2 tu banyak…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
takut dengan buaya tu..
Curahan rasa Mus @ ..‘Rainbow Fountain’ Tarikan Waktu Malam Di Sembulan River Park
Bagus kalau dapat tips daripada pakar tentang cara berhadapan dengan haiwan reptilia ni..
Curahan rasa Kulanzsalleh @ ..Wordless Wednesday: Look Mum I’m Flying!
seneng bnget ma national geographic, sampek ngoleksi ratusan video nya. ..
Curahan rasa Auni Nabillah @ ..Green Day Oh Love | Uno Dos Tre Album Trilogy
suka layan national geog dekat tv. macam2 jenis haiwan dapat tengok. tapi tgk je, kalau pegang..xnak.hahahaha
Curahan rasa Lizz @ ..Kesinambungan Entry Amalan dan Doa Murah Rezeki
betul tu…ada sesetengahnya yang kita tidak pernah tgok pun ada….
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Masa sekarang ini banyak hewan yang dinyatakan sebagai hewan yang dilindungi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Karena banyaknya hewan yang diburu serta dibunuh tanpa memikirkan akibatnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Semuanya itu dilakukan untuk kepentingan serta keuntungan sesaat saja
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Bila kelestarian hewan tidak mulai dijaga sekarang maka berbagai jenis hewan termasuk hewan reptilia ini akan menjadi punah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Dan anak cucu kita di masa yang akan datang hanya bisa menyaksikan hewan lewat video atau TV
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
buaya juga termasuk dilindungi kan sobat
Curahan rasa smp3lembang @ ..Preview Semifinal Piala Eropa 2012 Jerman Vs Italia
itu bagus untuk mmengelakkan kepupusan…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
mempunyai keberanian yang pantas diacungi jempol nih
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Tentunya keberanian yang diimbangi dengan keilmuan dan pengalaman bertahun-tahun
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Keberanian yang jarang dimiliki kebanyakan orang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Orang-orang yang terjun dalam rangka menjaga kelestarian hewan-hewan memang patut diberikan apresiasi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
Karena bila kita sekarang tidak melestarikan kelestarian hewan-hewan maka suatu masa nanti anak-anak kita tidak mengenal akan berbagi jenis hewan reptilia ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyebab Orang Mengantuk
betul tu…keberanian yang luar biasa.
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Steve Irwin still the best
Yes I miss his action what a pity he was killed by a Fish not by a crocodile
Curahan rasa smp3lembang @ ..Preview Semifinal Portugal Vs Spanyol
betul tu….kesian dia sudah tiada…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
salute…mmg berani la dr Brady ni…
saya ular boleh lagi main-main…Buaya tidak sanggup…
Curahan rasa daddydee @ ..Buat dulu, Sesal kemudian….Itu lah yang jadi sekarang…
ular geli ler nak pegang, buaya tu menakutkan…tpi kalau dia nak kawan boleh juga…hehehe…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
Ngeri btul aku bila tgk org memain dgn reptilia mcm buaya nih….
Curahan rasa yas @ ..Wordless Wednesday – Lori Parking Atas Lori
dia ni kalau kena ngap dengan buaya tu baru kenal erti taring
Curahan rasa spudin @ ..Wordless Wednesday #1 – The Amazing Spiderman
hehehe…betul tu. x leh buat main2…
Curahan rasa Nana @ ..Buaya Sungai Seblak Berjaya Ditewaskan
da lama tak pergi zoo negara. dalam perancangan nak bawa anak g sana..:)
Curahan rasa wanabe @ ..Dua Ahli LulzSec Mengaku Bersalah Atas Tuduhan Menggodam
dah berkurun tak layan national geographic. kt rumah sendiri tak pasang channel tu.heho
Curahan rasa arelan @ ..WeLcoMe To Da cLuB
Comments are closed.