Bonus Raya Aidilfitri 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, menyambut Aidilfitri 2012 seperti Ramadhan 2011 blog Denaihati ingin berbahagi duit raya hasil rezeki sepanjang 2012. Bonus Raya Aidilfitri 2012 adalah tanda terima kasih di atas sokongan semua sehingga blog Denaihati mencapai ketahap ini. Semuga dengan berbahagi bonus raya ini menjadi asbab ALLAH SWT menambahkan rezeki kepada blog Denaihati di hari mendatang dan lebih banyak lagi rezeki akan dikongsikan dengan makluk seluruh alam.

Cara nak dapat Bonus Raya Aidilfitri 2012 :

1. Terbuka kepada semua Blogger tanpa batas sempadan negara.

2. Buat satu entri bertajuk “10 entri terbaik Denaihati” dan tuliskan sebuah entri dengan menyenaraikan 10 entri terbaik Denaihati pada pandangan anda yang boleh dibukukan bersama backlinks entri tersebut mengikut katogeri yang anda suka. Katogeri boleh dipilih di bahagian bawah blog Denaihati. Seandainya anda suka Katogeri Blogging maka senaraikanlah 10 entri terbaik Tips Blogging dan jika anda suka Katogeri Kisah Kehidupan maka senaraikan 10 entri terbaik Kisah Kehidupan.

3. Copy paste ayat berikut dan tampal di akhir entri : “Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

4. Tinggalkan link entri di ruangan komen.

5. 20 penyertaan terpantas akan mendapat Bonus Raya RM100 untuk setiap seorang. Satu entri terbaik daripada kaca mata HATI Denaihati akan mendapat Bonus Raya RM200.

6. Komen bukan penyertaan akan di delete sehingga selesai.

7. Penyertaan terakhir akan diterima pada jam 11.59 pm 29/8/12.

8. Keputusan akan diumumkan dalam tempoh tujuh hari.

Kepada semua Rakan Denaihati jangan lepaskan peluang hebat ini dan jangan tangguh-tangguh takut tak termasuk dalam 20 terpantas.

Hadiah RM100 memang best tapi masih tak boleh lawan dengan ganjaran daripada Allah SWT kepada yang berpuasa enam seperti dalam entri “Puasa Enam nikmat keindahan luar biasa‘. Jangan lupa Puasa Enam ya termasuk kepada tuan badan ni.

Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terus menyokong Denaihati.com jasa kalian tidak pernah dilupakan.

Maaf sebab membuatkan Rakan Blogger tertunggu-tunggu ….

Nota : Sedang memikir-mikirkan idea kreatif baru untuk go next level.


Spread the love

192 Comments

  1. Blog ni paling aktif dalam membuat kontest dan hadiah saguhati kepada pembaca, nampaknya blog denaihati menggunakan sifat memberi dan menerima dengan baik sekali, Teringin join denaihati dalam aktiviti akan datang supaya dapat menonjolkan diri disebelah blogger yang semakin popular ini.
    Diharapkan blog denaihati terus meningkat naik tanpa jatuh seperti blog-blog lain yang ternyata ada pasang surutnya.
    Curahan rasa lepakk.com @ ..Apakah Gangnam StyleMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!