BLOGGER POPULAR TAK PANDANG NEWBIE. BETUL TAK?

Spread the love

Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.

@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5

[ad#Adsense234x60]

Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.

Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.

Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati”  masih banyak blog yang tiada button tersebut  dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.

Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.

note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.

[ad#facebook]


Spread the love

219 Comments

  1. ini pertama kali singgah di denaihati.com

    memang sebagai blogger baru banyak yang perlu di pelajari.. ape yg penting, kena sabar, berusaha dan terus berusaha dan juga berdoa.. lama-lama yang newbie pun akan jadik blogger lama juga so jgn risau.. teruskan usaha anda.. jgn sedih sedih..

    p/s : aku pun blogger baru

    1. Yang biasa merasa remeh dan rendah diri adalah newbie itu sendiri. Dalam ribuan blogger yg datang melawat sesuatu blog sudah pasti owner akan respond kepada yg sering datang tidak pada yg hanya sekali sahaja. Kesabaran untuk mencipta nama mesti ada ibarat mencipta jenama produk bukan sehari dua.

      1. setuju! :p kesabaran tu penting. dlu masa mula2 takde jugak kenal lg erti kesabaran. slow2 mendaki ler ni..

      1. ada komen yang perlu dijawab dan ada komen yang kawan blogger lain dah jawab dan ada komen tujuan mereka sekadar nak promosi blog diaorang jadi tak perlu jawab tapi lansung singgah blog diaorang.

        1. saya jawab yang perlu je. kadang-kadang bukan malas cuma saya rasa tak perlu jawab. eh mcm mana pnya ayat ntah ni hehehe

  2. huh…susah gak nak berblog nih rupanya…klu berblog kerana duit..mungkin kita senang give-up…tapi klu berblog kerana minat…insyaallah…

    bak kata Dr. DJ Schwartz kottt…

    “Utamakan perkhidmatan wang akan datang dengan sendirinya”

    Saya pun baru lagi dalam dunia blogging nih…hehehehe
    Curahan rasa Zainal @ ..GNU Image Manipulation Program GIMPMy Profile

    1. memang susah nak tahan lama berblog ni walaupun minat kekadang minat blog berubah hari ni minat berblog tapi esok lusa belum tentu… mesti ada matlamat yg tertentu untuk berblog untuk bertahan lama

  3. Pingback: Never Ending Issue. | IamYonna
      1. Sebenarnya yg paling penting kita pasti kan

        1. Blog kita laju kalau loading lama sangat pun susah
        2. Entri yg baik
        3. Banyak lagi

        Insyallah perlahan-lahan pasti blog kita akan dikenali oleh blogger lain.

    1. masalah pertama yang aku kenal pasti, tentang stat uv nuff tu
      cuba korang tengok kalau blogger baru, baru je pasang nuff
      tapi tiap2 hari dok amik kisah bape klik2 dia,,impression, apa kata korang?
      Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Apa itu Kod QRMy Profile

      1. aku dulu di awalan berblog pun dok check hari-hari tapi lama-lama bosan dan buat tak kisah. Aku mula fokus pada teknik SEO dan sebagainya dan baru aku tahu trafik organik lagi powerful…gabungan trafik organik + trafik kawan2 lagi super power.

  4. Kadang anggapan macam ni timbul kalau kita rasa rendah diri, segan atau terlalu nakkan perhatian sangat.. kita singgah blog yang popular, tinggalkan komen dan berharap pemilik blog reply komen dan nak dia lawat kita semua..

    Kenalah faham, semua blogger tak kira yang popular atau old timer semuanya pun “newbie” juga.. sebab dalam menulis blog.. mereka juga perlu belajar banyak perkara baru, sama ada nak buat rujukan/pembacaan tentang sesuatu isu,cari bahan untuk dikongsikan atau nak belajar setting blog… mungkin inilah salah satu sebab yang menghadkan mereka untuk reply komen dan komen di blog kita..

    Pandangan aku.. selagi kita boleh mengomen di blog diorang, ada ruangan untuk URL blog, tak remove komen baik daripada kita.. maka mereka bukanlah blogger yang tak pandang newbie..
    Curahan rasa kulanz @ ..Blogger Terbaik Sepanjang Mac 2011My Profile

      1. @Paultan don’t worry be happy. thank you for dropping by.

        note : Tengok ini contoh the power of backlinks, Link yg aku letak kat entri tu dapat dikesan oleh paultan. Sebenarnya aku nak menumpang PR6 yg ada kat blog dia tu. Sesekali pasti aku akan link entri yg related dengan blog PR tinggi diaorang tak jawap pun tak pe.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!