Blogger Movie Day Out Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

cuti sekolah hujung tahun di Malaysia ini sudah sampai masanya bahkan ada anak-anak kecil yang bercuti awal sedikit. Penulis teringat semasa kecil dulu, waktu cuti sekolah adalah yang paling seronok sekali sebab boleh bangun lewat dan boleh menonton kartun kegemaran.

Kini, siri animasi yang menjadi igauan dan minat anak-anak kecil tak lain tak bukan adalah Upin Ipin!

Malam tadi 23 November 2016 bertempat di Golden Screen Cinema IOI City Mall Putrajaya, team Denaihati Network bersama rakan-rakan blogger menonton Screening Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan Les Copaque Sdn Bhd yang memberikan kepercayaan kepada Denaihati Network untuk ‘Blogger Movie Day Out Upin Ipin Jeng Jeng Jeng’.

blogger-upin-ipin-jeng-jeng-jeng

Kehadiran peminat-peminat Upin Ipin termasuk anak-anak kecil dari Kelab Upin Ipin juga memeriahkan suasana di dua dewan lain. Semuanya bagaikan tidak sabar dan tersenyum riang apabila maskot Upin Ipin keluar menemui mereka. Ada anak-anak kecil seakan tidak percaya yang mereka berjumpa dengan Upin Ipin yang selama ini hanya ditonton di televisyen.

upin-ipin-jeng-jeng-jeng-kid

Les Copaque Tidak Gentar Ubah Tarikh Tayangan

Sebelum ini dikhabarkan satu syarikat besar kartun dari luar negara yang meminta pihak Les Copaque mengubah tarikh 24 November 2016 untuk memberikan laluan. Namun, dengan kepercayaan siri animasi tempatan Upin Ipin ini, pihak mereka pula yang mengubah tarikh kepada minggu seterusnya.

Ini bermakna, pihak Les Copaque yang dibarisi penaja-penaja besar seperti D’Herbs Terlajak Laris dan dana kesan khas dari FINAS Malaysia. Sehubungan itu, rakan blogger Denaihati Network juga berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada yang mempromosikan filem siri animasi tempatan yang hebat ini.

movie-day-out-blogger-denaihati

Kehadiran Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan rakan media juga memberikan impak yang positif dimana selanjutnya akan berlangsung MAHA 2016 pada 1-11 Disember 2016.

Sebenarnya ada lebih 7 sebab mengapa perlu tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dan sememangnya seronok ditonton seisi keluarga.

dato-sri-shabery-cheek

Nilai murni diterapkan dalam Filem

Bagi filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, ia memberikan suatu kepuasan yang rata-rata dimaklumkan oleh anak-anak kecil dan juga ibu bapa. Kisah mengenai kasih sayang berkeluarga seperti Upin Ipin yang juga anak yatim piatu. Filem ini membawa beberapa mood seperti sedih, gembira, kelakar dan geram.

Sebenarnya banyak nilai-nilai murni yang dapat dipelajari daripada filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini. Impian untuk keluarga bahagia, ikatan silaturrahim yang tidak diputuskan, wasiat yang perlu ditunaikan dan juga sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian di kala kita jatuh.

zarin-lescopaque

Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada hari ini 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak Les Copaque Sdn Bhd dan semoga tayangan filem ini berpanjangan dan terus ditayangkan di negara jiran Indonesia dan seluruh dunia.

Rakan-rakan blogger Denaihati Network di Indonesia juga sudah pasti tidak sabar untuk menonton filem ini yang dikhabarkan tayangan di Indonesia pada bulan Disember 2016.

upin-ipin-pawagam-online

Jangan lupa tonton Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan. Betul! Betul! Betul!


Spread the love

60 Comments

  1. yess…. saya sudah bawa anak2 menonton movie upin ipin ni….

    anak umur 3 tahun tu biasalah kecik lagi kan, kadang ajak balik, kadang gelak2 tengok gelagat upin ipin… anak yg berumur 9 tahun tu suka sangat lah. tambah ada watak aqish kan…
    Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Rindu BloggingMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!