Blog jadi juru cakap tanpa berhenti

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri kembara sebelum ini “super trader saham boleh buat duit banyak“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Blog jadi juru cakap tanpa berhenti.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tertarik dengan tulisan blogger pakar Content Mareting dan SEO yang juga speaker SBB2017, Dr Wan Yusof Wan Jeffery, katanya website boleh jadi juru cakap tanpa berhenti. Rakan pembaca faham ke apa maksud yang cuba disampaikan oleh beliau?

Penulisan entri blog dan website yang menggunakan teknik SEO yang betul akan menjadi pilihan pencari informasi di enjin carian terutamanya Google. Setiap hari blog kita akan dibaca oleh pencari-pencari maklumat tanpa perlu kita iklankan. Blog Denaihati sebagai contoh mempunyai 80% pembaca organik setiap hari yang datang daripada pada enjin carian.

Lebih hebat apabila pembaca organik ini menjadi agen viral tanpa henti apabila mereka kongsikan entri yang mereka baca dengan menekan button sosial media tanpa dipinta. Entri-entri tersebut akan tersebar bukan sahaja di facebook, twitter malahan ada juga yang dikongsikan di kumpulan wassap.

Contoh entri yang paling viral di blog Denaihati

Berikut antara lime entri yang jadi juru cakap tanpa henti untuk blog Denaihati :

  1. Gambar pokok Rasulullah SAW berteduh – 182,000 share
  2. Diego Garcia rahsia dunia – 101,000 share
  3. Rahsia Masjid Nabawi Madinah – 101,000 share
  4. Teguran ibu jadi musuh seumur hidup – 55,000 share
  5. Gambar dalam Kaabah – 17,000 share

Lima entri ini dan banyak lagi entri lain sentiasa dikunjungi oleh pembaca setiap hari. Bagimana cara untuk jadikan blog dan website sebagai juru cakap tanpa henti :

  1. Pastikan guna design blog yang mesra SEO
  2. Menulis entri dengan teknik SEO yang bernyawa bukan kaku seperti robot. Bermain dengan SEO akan menjadikan blog lebih dikenali di kalangan pencari informasi.
  3. Menulis entri  yang berkualiti dengan ejaan yang betul, juga pastikan fakta yang dikongsikan betul serta terkini.
  4. Jangan lupa memasang butang sosial media pada setiap entri supaya memudahkan pembaca berkongsi ilmu dan fakta yang ada dalam entri tersebut kepada follower sosial media mereka.

Menarikkan apabila blog boleh menjadi juru cakap tanpa henti kepada kita. Bayangkan entri yang viral tersebut adalah produk yang kita pasarkan seperti penawar dengkur asonor, pasti akan akan menjana pendapatan online yang hebat untuk bisnis kita.

Itulah hebatnya menulis blog tetapi masih ramai meminggirkan dan sanggup berhabis duit beriklan disosial media. Kepada yang nak belajar menulis blog dengan baik sila email hasrat hati ke admin@denaihati.com.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

34 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!