Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat
Baru-baru ini Abang terbaca satu artikel bertajuk “Masih Relevankah lagi blog sekarang?”. Sepanjang lebih lapan tahun menjadi blogger memang blogger datang dan pergi manakala blogger baru tidak ramai yang dapat dapat mengatasi pencapaian blogger lama yang sudah berjaya.
Pendapat Abang relevan atau tidak blog bergantung kepada misi utama menjadi blogger. Blog sudah tak relevan sekiranya
- Kalau untuk tujuan utama untuk bersosial pasti banyak platform baru yang lebih menarik jadi penganti seperti FB, Instagram, Snapchat dan sebagainya.
- Kalau jadi blogger hanya untuk buat duit. Majoriti blogger bila sudah terkenal dan ada bisnis sendiri akan berhenti menulis dan sebahagian blogger lain berhenti kerana tidak dapat tugas baru daripada syarikat pengiklan yang telah beralih kepada blogger baru yang lebih cantik, kacak dan agresif.
- Gagal membina jenama sendiri kerana sibuk membina berbagai jenama produk lain dalam setiap entri yang ditulis sehingga pembaca tidak mengenal identiti penulis. Motivasi menulis semakin berkurangan apabila syarikat pengiklan bayar semakin murah dan ada juga yang percuma.
- Gagal menjadi blogger profesional yang mahir selok belok teknikal pengurusan blog dan ketinggalan ilmu blog yang sentiasa dinamik membuatkan blogger rasa putus asa dan kecewa.
Pendapat Abang blog masih sangat relevan bukan sahaja untuk bisnis malahan lebih daripada itu iaitu membina network yang luas, mengumpul database untuk meningkatkan nilai pasaran dan membina jenama sendiri untuk bersaing dalam era ekonomi digital yang sangat besar. Jangan lupa blog juga platform berdakwah ilmu kehidupan kepada dunia luas yang tercapai oleh Google.
Dalam era ekonomi digital lebih 95% masyarakat akan mencari informasi di Google. Ini adalah peluang besar kepada blogger untuk menabur seberapa banyak informasi berguna kepada masyarakat di dalam Google. Untuk meletakan artikel di muka surat pertama Google perlukan ilmu blog yang betul kerana ianya akan menarik trafik organik yang sangat banyak. Jadi kepada rakan blogger JANGAN berhenti belajar kerana dengan ilmu blog yang betul, tidak mustahil anda akan menjadi salah seorang blogger jutawan.
Rakan blogger apa pulak pendapat kekawan?
Kepada rakan-rakan yg minat nak jadi blogger pro boleh PM sifu blogger Hadihaizil Din atau email niat anda ke admin@denaihati.com
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Denaihati Network (jangan lupa follow FB page kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
68 Comments
bloger emang harus selalu update ilmunya,, biar gk ketinggalan ama algoritma gugel..
Pasti nya amat relevan.. Cuma tugas kita adalah memberikan maklumat yang tepat dan patuh dengan syariat nya..
Takut jika tulis sesuatu yang tidak betul, ia akan menjadi saham dosa untuk kita tanggung sampai bila-bila..
Curahan rasa Azlan @ ..Rekod Jualan Alibaba USD17.8 Bil Dalam Tempoh 24 Jam
Betul, blogger perlu terus berinvoasi dan berpacu dengan perkembangan media
rasanya blog masih relevan lagi zaman sekarang dan saya pun masih setia dengan berblog hhehee
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..(10 gambar) Nikah Amyra Rosli dan Amar Baharin
sedang mantapkan ilmu berbloging…nampak impaknya masih kuat walaupun memerlukan jangka masa lebih panjang
Curahan rasa sisza @ ..Tips turunkan suhu demam anak cepat dengan mudah dan berkesan
Menjadi blogger memang menyeronokkan jika di buat dengan bersungguh-sungguh. Berharap juga boleh menambah baik sebagai blogger.. insyaAllah
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Tips hilangkan sakit gigi
kalau kena dengan apa kita tulis blog still relevan. so kena buat entry yang memenuhi kehendak pembaca
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Kemenangan Donald Trump
masih ada kok sis, karena sebagai penulis kita haru smenjajikan informasi yang berguna
ya.. blog masih relevan dalam perkembangan tekologi yang semakin canggih sekarang..
Curahan rasa riangria @ ..$20 BILLION: ANGGARAN JUALAN ‘SINGLE’S DAY’ ALIBABA
Menulis sekadar hobi sahaja.. Relevan bagi mereka yang mahukan informasi.. Maka selagi itu akan relevan jugala sesuatu blog dan bermakna bagi para blogger untuk berblogging..
Blog yang relevan pastinya menepati kata kunci yang menjadi sasaran pengguna internet.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Blog tidak releven adalah sesuatu yang pasti tidak berlaku, kerana ia salah satu ‘content marketing’ yang sangat bernilai tinggi di zaman moden ini baik untuk tujuan peribadi atau bernilai komersial. 😀
Curahan rasa Hasrul Wayne @ ..Meroë Piramid Sudan: Misteri Metropolis Kerajaan Kush
Sekarang mmg banyak yg terjun di dunia maya, kebanyakan pengen cepat kaya dan parahnya lewat jalur spamming, semoga dunia blogging semakin baik lagi 😀
kalau rata rata masih guna google maka blog still relevan. orang search info di google bukan media sosial
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2017
Betul tu, lebih lebih lagi bila ada peperiksaan anjuran SPA yang melibatkan ramai calon.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
insyaAllah masih relevan. ikhlas dalam menulis untuk menyebarkan kebaikan. semoga bloggers semua terus kental
Curahan rasa raihanah @ ..Nutrisi Lengkap Ibu Hamil Bantu Kesihatan Bayi
Setuju, penulisan ikhlas yang berasaskan perkongsian maklumat pasti akan dapat menarik minat lebih ramai pembaca blog.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Comments are closed.