Biodata Ustaz Ebit Lew, Pendakwah Bebas

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Seorang pendakwah yang cukup terkenal dengan cara dakwah bilhikmah dan sentiasa menyantuni ummah.

Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Baca : Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang

Yang paling mengagumkan, beliau juga telah banyak mengislamkan orang lain atas asbab hidayah dan cara pendekatan dakwah beliau.

Ini biodata disebalik nama seorang insan berhati mulia, Ebit Lew.

Biodata Ustaz Ebit Lew

  • Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
  • Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
  • Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
  • Bangsa : Cina
  • Agama: Islam
  • Status : Berkahwin

Pendidikan :

  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kerjaya : 

  • Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi
  • Penceramah Bebas

Baca : Bersangka Baik Dengan Ujian Allah

Pencapaian :

  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Kini beliau sering kali disebut kerana kebaikannya mendekati golongan-golongan kurang berkemampuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keprihatinannya mendapat pujian rakyat Malaysia apabila beliau memberi pertolongan tanpa memilih bangsa dan agama.

Follow Pesan Ebit Lew di Twitter dan juga join group Pesan Ebit Lew di Facebook

Wallahu’alam.

Sumber : SiakapKeli & My Salam


Spread the love

7 Comments

  1. Ada orang membangunkan bisnes untuk kesenangan diri. Ada yan bangunkan bisnes untuk mudah mendapat dana bagi membantu orang lain. Sumbangan orang otu hanya menambah dana. Salah seorangnya Us Ebit Lew ini. Jadi jangan fitnah orang yang buat amal itu pakai kereta besar, rumah elok kerana ambil duit dana separuh untuk peribadi.
    Curahan rasa Usahawan Ebay @ ..Pelajar Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berusia 20 Tahun Buat Sales RM9,159.61 Waktu PKP Di Ebay USAMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!