Biodata Dr. Zakir Abdul Karim Naik

Spread the love

Dr. Zakir Naik. Siapakah dia?

Beliau merupakan salah satu pembicara muslim yang berasal dari India dan juga merupakan ahli perbandingan agama. Salah satu tokoh paling berpengaruh di India.

Selain itu beliau juga merupakan seorang penulis yang banyak menulis buku mengenai islam dan perbandingannya dengan agama lain.

Biodata Dr. Zakir Naik

Nama Lengkap : Dr. Zakir Abdul Karim Naik
Lahir : 18 Oktober 1965 di kota Mumbai, India
Bapa : Abdul Karim Naik
Isteri : Farhat Naik
Anak : Fariq Zakir Naik, Rushda Naik
Pendidikan : St. Peter’s High School (ICSE) , Kishinchand Chellaram College, Topiwala National Medical College, University of Mumbai (Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery)

Jabatan : President of Islamic Research Foundation, Pengasas Peace TV, Peace TV Bangla dan Peace TV Urdu

Penghargaan : King Faisal International Prize for Service to Islam tahun 2015, 10 Guru Spiritual Terbaik di India, 100 Orang India Terkuat 2009.

Biografi Dr. Zakir Naik

Nama lengkapnya adalah Zakir Abdul Karim Naik. Zakir Naik dilahirkan pada tanggal 18 Oktober 1965 di Kota Mumbai, India.

Ayahnya bernama Abdul Karim Naik. Zakir memulai pendidikannya dengan bersekolah di St. Peter’s High School (ICSE) di kota kelahirannya iaitu Mumbai.

Dari sana beliau kemudian belajar di Kishinchand Chellaram College dan kemudian ke Topiwala National Medical College. Di kolej tersebut, beliau banyak mempelajari mengenai ilmu kesihatan.

Daripada Seorang Doktor Menjadi Pendakwah

Zakir Naik kemudian melanjutkan kuliahnya di University of Mumbai, India di jurusan Ilmu Kedoktoran dan memperolehi gelaran MBBS (Bachelor of Medicine Bachelor Of Surgery) setelah itu ia bekerja sebagai doktor di kota Mumbai.

Namun kemudian pada tahun 1991, beliau mengambil keputusan dengan berhenti sebagai doktor dan kemudian beralih menjadi seorang pendakwah Islam.

Keputusannya menjadi seorang pendakwah terinspirasi dari Ahmed Deedat yang merupakan seorang pendakwah Islam yang aktif melakukan dakwah selama 40 tahun lebih.

Berdakwah kelilingi dunia, jemputan ramai

Selain itu tujuan dari dakwah yang dilakukan oleh Dr. Zakir Naik adalah untuk menghilangkan pandangan negatif tentang Islam oleh banyak orang anti-islam setelah tragedi serangan 11 September 2001 yang terjadi di Amerika Serikat.

Selama aktif menjadi seorang pendakwah, Dr Zakir Naik sudah banyak mengelilingi dunia, mengunjungi banyak negara.

Dalam perjalanannya sebagai seorang pendakwah, debat atau ceramahnya paling banyak dilakukan di India dan rata-rata di hadiri oleh puluhan ribu orang dalam setiap ceramahnya.

Yang di-Pertuan Agong kelima dan ke 14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr. Zakir Abdul Karim Naik pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya, Malaysia pada 5 November 2013.

Mengislamkan ribuan orang dengan dakwah

Sejak Zakir Naik aktif mengadakan ceramah dan debat, banyak jurnalis dari India dan luar India yang menulis mengenai Dr. Zakir Naik, rata-rata mereka menulis kata-kata yang biasa dikeluarkan oleh Dr. Zakir Naik seringkali ‘kejam’, ada juga yang mengatakan bahawa Zakir Naik terkadang sering mencerca kepercayaan lain dan dunia barat secara umum.

Namun sejak aktif melakukan dakwah, Dr. Zakir Naik sudah banyak mengislamkan ribuan orang dengan dakwahnya. Rata-rata mereka masuk islam setelah mendengar ceramah dan juga selesai melakukan debat dengan mengajukan pertanyaan kepada Zakir Naik.

Semua itu di jawab dengan luar biasa sesuai dengan ilmu dan logika oleh Zakir Naik serta terkadang penonton banyak memberi tepuk tangan atas jawaban Dr. Zakir Naik.

Ingatan kuat pelajari pelbagai kitab

Salah satu kemampuan yang dimiliki oleh Dr. Zakir Naik dalam melakukan dakwahnya adalah ia ingatannya yang kuat iaitu hafalan tentang alquran dan hadis bukhari dan muslim.

Beliau juga memiliki hafalan yang kuat terhadap kitab-kitab agama lain seperti kitab injil, weda, tripitaka, bhagavad gita.

Bahkan dalam banyak videonya di Youtube, Dr Zakir Naik terkadang mengupas ayat dalam Injil atau Bible yang biasa diajukan oleh penonton yang menghadiri ketika sesi bertanya. Dalam hal ini beliau juga memiliki pengetahuan atau hafalan yang baik terhadap kitab tersebut.

Sumber : Wikipedia, Biografiku, Amir Hassan, Karangkraf


Spread the love

6 Comments

  1. Allah memberikan karunia-Nya kepada dr. Zakir Naik. Alhamdulillah… Semoga Beliau selalu diberi kesehatan dan kemudahan dalam berdakwah. Amin Ya Allah…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!