Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju kesuatu tempat. Kepada yang tak tahu erti jemaah masturat itu maksudnya jemaah suami isteri. Oleh kerana aku tak berapa nak ingat cerita secara tepat jadi aku kisahkan secara ringkas sahaja.

Seorang wanita Inggeris telah menghampiri jemaah masturat lalu bertanya kepada salah seorang jemaah lelaki, mengapa sangat kejam memaksa jemaah wanita menutup muka melindungi kecantikan wajah dan tubuh seorang perempuan. Jemaah lelaki menerima kritikan dengan senyum sambil melihat jemaah wanita yang memakai purdah.

Gadis Bertudung mengikut syariat

Dengan sopan jemaah lelaki bertanya kepada wanita Inggeris bolehkah menunjukkan dimana pasport beliau. Terpinga-pinga wanita Inggeris tersebut apabila menerima soalan balas yang tidak menjawab soalan beliau. Wanita Inggeris tersebut telah membuka beg tangannya lalu mengeluar sebuah beg yang di dalamnya ada lagi sebuah beg yang tersimpan pasport. Wanita Inggeris tersebut mengeluarkan pasport dan menunjukkan kepada jemaah lelaki tersebut.

Jemaah lelaki tersebut berkata anda telah menyimpan barang berharga di tempat yang sukar untuk dilihat oleh orang supaya pasport tersebut terpilihara dari dicuri orang. Katanya lagi isteri kami lebih bernilai dan berharga dari nilai pasport tersebut kerana itu kami menyimpan kecantikan isteri kami dengan purdah dan jubah yang tidak menampakkan muka dan bentuk badan mereka. Kecantikan mereka hanya untuk tatapan kami sahaja.

Kisah ini menerpa diminda apabila terbaca sebuah blog yang ada maksud tersirat seperti dalam kisah di atas ..

[box type=”shadow”]

I was naive…and unfortunately I still am.

And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life.

I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside… Felixia Yeap

[/box]

Semuga Allah bagi HIDAYAH kepada mu Felixia Yeap

gambar felixia yeap bertudung

kerana HIDAYAH itu milik Allah dan Allah beri kepada siapa sahaja, dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

[box type=”shadow”]“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“. – Surah An-Nur ayat 31[/box]

gambar Felixia Yeap berhijab

Sayangkan berapa ramai wanita islam di sekeliling kita yang bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat nampak peha nampak tangan kerana mereka tidak faham apa tujuan hijab dan pakaian yang menutup tubuh … sebenarnya bukan untuk fesyen tetapi untuk syariat mengikut perintah dan hukum ALLAH SWT yang telah tertulis dalam Al Quran…

[box]“Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” – Felixia Yeap[/box]

Semuga Allah memberi HIDAYAH kepada semua wanita Islam yang sudah bertudung tetapi tidak mengikut syariat dan wanita Islam yang belum bertudung serta semua wanita di dunia … kerana ANDA lebih bernilai dari sebuah pasport.


Spread the love

135 Comments

  1. Mode Versus Fiqih atau lebih mudahnya peradaban jaman dari pemahaman Fashion dengan pemahaman Agama sebenarnya sudah sangat menyimpang, Hal ini menyebabkan pemahaman agama yang tidak sepenuhnya paham. untuk itu, tugas kita yang merasa paham dengan hal ini mengingatkan kepada yang belum memahami tentang hal ini.

  2. memang banyak yang seperti itu, banyak sekali malah. dengan berbagai macam alasan menggunakan tudung namun bagian lkain terbuka. tolong jaga aurat kalian wahai kaum hawa

  3. syukur- syukur masih ada yang mau berkudung apalagi cara wanita berpakaian yang benar memenuhi syariat islam, ditempat saya wanita berkudung pun jarang ditemui,

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!