Berkongsi Makanan Adalah Magnet Rezeki

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tak dapat dinafikan semua rezeki datangnya dari Tuhan. Sedikit atau banyak, itu bergantung kepada usaha kita juga. Soalnya, bersyukur jika dapat rezeki, kalau lebih boleh beri kepada orang lain atau yang lebih memerlukan.

Dengan membuat kebaikan, Allah akan lapangkan rezeki. Bukan hanya berupa harta fizikal. Namun, kesihatan dan kebahagiaan orang sekeliling kita juga merupakan rezeki.

Maka, jika ingin rezeki yang melimpah ruah, boleh cuba amalan di bawah :

  1. Selalu makan dengan mak dan ayah kita. Bawa makanan special setiap kali ke rumah mereka. Atau bawa mak ayah kita keluar makan sekali sekala.
  2. Selalu belanja kawan-kawan makan. Tak perlu di restoran mahal. Cukup sekadarnya mengikut kemampuan kita.
  3. Sekali sekala buat majlis makan-makan di rumah kita, jemput kawan-kawan, jemput adik beradik atau saudara- mara.
  4. Bawa makanan ke ofis dan makan bersama-sama kawan-kawan sepejabat. Mungkin sekadar nasi bungkus atau kuih muih.
  5. Tolong bayar meja di sebelah meja kita di mana-mana restoran/kedai makan.
  6. Berkongsi makanan dengan jiran.
  7. Mengedar makanan di masjid dan surau.
  8. Menghantar nasi bungkus di masjid waktu solat Jumaat(tak kisah berapa bungkus, ikut kemampuan).
  9. Hantar makanan siap ke rumah anak yatim, rumah amal, rumah kebajikan dan sekolah tahfiz.
  10. Bawa makanan sebagai buah tangan setiap kali berkunjung ke rumah sahabat dan saudara mara.
  11. Bawa makanan ketika mengunjungi orang sakit.
  12. Jangan sesekali tetamu yang berkunjung ke rumah tanpa menjamu makan. Malahan seberapa segera dihidangkan apabila tetamu sampai.
  13. Memberi makanan kepada kucing, burung, ikan, arnab, ayam dan sebagainya.

Jika kita sering meraikan semua orang dengan berkongsi makanan, ia serba sedikit dapat mengembirakan hati orang sekeliling kita. Balasannya Allah akan membahagiakan kita.

Saya dapati amalan berkongsi rezeki makanan ini menarik begitu banyak ganjaran dari Allah SWT.

Rezeki kita sentiasa lapang, duit tak putus, mendapat anak-anak yang baik dan mendengar kata, dapat jiran yang baik, dapat sahabat-sahabat yang baik, banyak urusan hidup dipermudahkan, bisness berjalan lancar, bisness naik dan turun tetap ada tetapi tidak pula menyusahkan hati, usaha dan naik lagi.

Mari kita ikuti amalan mulia ini, kerana Allah suka orang yang berkongsi rezeki. Kita sentiasa dekat denganNya.

Wallahu’alam


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!