Berita dan khabar awal tahun 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun Baharu 2019 menyaksikan pelbagai bantuan dan kemudahan disediakan kerajaan dalam usaha mensejahterakan kehidupan rakyat.

Malah, kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad juga sedang berusaha memulihkan ekonomi negara dan pada masa sama memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

Walaubagaimanapun, ramai juga yang sedang memerhatikan perjalanan politik setelah kerajaan bertukar pada Mei 2018 yang lalu.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Beberapa inisiatif pada awal tahun 2019 telah diumumkan itu termasuk:

TOL

Tiada kenaikan tol untuk semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya seluruh negara.

Selain itu, pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor turut dilaksanakan.

Pembekuan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya itu membabitkan kos bayaran pampasan berjumlah RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya manakala pemansuhan tol motosikal di tiga tol membabitkan bayaran pampasan sebanyak RM20 juta setahun.

PETROL

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan buat masa sekarang pada paras RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama 2019.

Pada 24 Disember lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit petrol akan kembali ditetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019.

Berikutan harga minyak mentah global yang lemah ketika ini, mekanisme penetapan mingguan akan lebih menguntungkan rakyat.

ROKOK

Berkuat kuasa hari ini, individu yang didapati merokok di premis makanan di seluruh negara akan dikenakan tindakan oleh penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Individu berkenaan hanya dibenarkan merokok tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Kegagalan mematuhi peraturan terbabit menyebabkan perokok dan juga pemilik restoran boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324) iaitu didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sementara itu, larangan penggunaan penyedut minuman straw plastic mula dikuatkuasakan 1 Januari 2019 membabitkan kawasan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

KELUARGA B40

Beban ditanggung keluarga daripada kumpulan B40 bakal dikurangkan sebaik pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan kerajaan tahun ini.

Mulai hari ini, golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan bakal menikmati perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma.

Ia membabitkan 36 jenis penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian ketika rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Sementara itu, dalam usaha mengurangkan kos sara hidup tinggi terutama di bandar, pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama akan memberi manfaat kepada 4.1 juta isi rumah bermula 28 Januari ini.

PENGANGKUTAN AWAM

Pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan itu akan menyaksikan ramai pengguna menikmati keselesaan ketika menggunakan pengangkutan awam.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan memperkenalkan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL di ibu negara.

Penetapan berkuat kuasa hari ini yang boleh didaftarkan menggunakan MyKad dan MyTentera itu turut memperkenalkan pas RM50 bagi RapidKL. Berkuat kuasa hari ini juga perkhidmatan pusat ujian berkomputer (undang-undang jalan raya) akan diperluaskan kepada institut memandu (IM).

Semoga di awal tahun baru 2019 ini, semua rakyat Malaysia secara amnya terus menerus bekerja dengan lebih efisien, amalkan gaya hidup sihat dan seterusnya memacu kejayaan masa hadapan.
Sumber : HMetro



Spread the love

5 Comments

  1. Great article. It is very useful and informative. I got some good ideas about this topic. Thanks for sharing this post. – hr staffing solutions in bangalore

  2. harga minyak yang paling utama untuk diturunkan agar mengurangkan kos hidup…

    minyak amat digunakan dalam kehidupan harian

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!