Berdoalah di mana sahaja, Allah maha mendengar

Spread the love

Berdoalah dimana sahaja, yang Maha Esa akan memakbulkan. Bukan tunggu bulan Ramadan atau tunggu dihadapan kaabah ataupun di dalam raudah baru ingin berdoa. Perkataan “menunggu” itu sahaja tidak menyakinkan. Boleh jadi, kita meninggal diwaktu penantian itu.

Selain daripada waktu dan tempat mustajab doa, Allah SWT mustajabkan doa yang dipanjatkan atas dasar iman. InshaAllah jika kita berdoa dimana-mana sekalipun, doa yang ikhlas dengan penuh adab, Allah SWT sentiasa mendengar dan menjadikannya lebih baik.

Sesiapa yang membaca surah al-kahfi akan tahu hakikat doa mampu mengubah takdir. Sekiranya kita menghadapi kesusahan, kegelisahan atau musihabah, berdoalah kepada Allah SWT. Berdoa dengan cara tersendiri. Minta dengan Allah dan berboraklah dengan Allah. 

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”

QS. Al-Kahf Ayat 10

Kita selalu baca doa ini, tetapi ramai yang tidak menghargai dan menghayatinya. Tentang pemuda yang tidur di dalam gua selama 300 tahun. Untuk fikiran logik kita memang sangat mustahil. Tetapi kuasa Allah dengan doa tiada siapa yang boleh sangkal.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ٦٠

Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu… (Surah Ghafir, ayat 60)

Sesungguhnya jika ALLAH SWT tidak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tidak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkannya.

Justeru, berdoalah kepada ALLAH SWT walau sekecil-kecil perkara atau perkara yang kita anggap remeh.

Ia bukan setakat dibolehkan, bahkan juga ia sebenarnya satu anjuran yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat baginda.

Dengan berdoa walaupun hanya sekecil-kecil perkara, ia sebenarnya menunjukkan betapa tingginya pergantungan kita kepada-Nya.

Nak dapat skin cantik juga, selain berusaha dengan skincare, Doa juga perlu.

Dapatkan Ainaabeauty di https://yzza.io/3kmwj untuk dapatkan kulit lebih baik


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!