Berapakah Margin Keuntungan Blog?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog ariffshah.com.  Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :

Penulisan blog boleh dijadikan sebagai perniagaan. Tak tipu. Ramai yang dah berjaya dan semakin ramai yang ingin  mengikut jejak langkah ini. Berapa banyak sebenarnya margin keuntungan seorang blogger?

Katakan income bulanan seorang blogger adalah RM1500. Konon-kononnya sebulan blogger tersebut dapat minimum macam tu.

Kos yang ditanggung oleh blogger tadi:

  • Bil elektrik – RM50/bulan
  • Bil internet – RM150/bulan
  • Installment komputer/laptop – RM 150/bulan
  • Kos server – RM180/tahun
  • Domain – RM40/setahun
  • Masa (minimum 1 jam sehari)

Jumlah kos tadi kita kira untuk setahun dan jumlahkan

(50*12) + (150*12) + (150*12) + 180 + 40 = 4440.

Pendapatan setahun adalah 1500 * 12 = 18000

Jumlah bersih = 18000 – 4440 = 13560

Peratus margin keuntungan = (untung bersih/kos)*100 = (13560/4440)*100 = 305.4%

Sekarang cuba cakap sikit, siapa tak nak ada kerja sambilan dengan margin keuntungan yang tinggi macam ni?

Saya kurang berminat untuk menjadi full-time blogger. Lebih selesa kalau ada kerja tetap dan blog sebagai sumber pendapatan tambahan (insya allah) kalau ada. Setakat ni, alhamdulillah. Cuma nak tunggu dapat kerja tetap je..

Saya juga kurang berminat dengan keuntungan yang sekejap. Contoh, buat blog copy paste dan feed pada fanpage banyak2. Kos banyak tu beb. Makan banyak masa. Lama-lama orang makin kurang sebab tak original dan entri copy paste. Lama-lama jadi tak releven. Saya lebih suka slow going but sure macam niche personal blog. Relax je. Income memang slow, tapi personal blog ni sampai bila-bila boleh maintain.

Kepada yang dah bertahun menulis blog, sudah sampai masanya anda mengambil kesempatan daripada blog untuk mengukuhkan ekonomi anda. Memang anda buat blog bukan untuk buat duit, tapi dalam Islam kita digalakkan mencari kekayaan. Takpelah kalau tak nak duit banyak, boleh beri pada pembaca setia. Boleh contohi konsep blog Denaihati – Hidupkan untuk memberi. Tak gitu? =)


Spread the love

446 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!