Bengkel wartawan al-Quran

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Pada hari Khamis tanggal 7 Mac 2019, bengkel wartawan al-Quran buat pertama kalinya telah diadakan dan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah Karangkraf. Program tersebut telah diadakan di Shah Alam Convevtion Centre.


Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Poster Bengkel wartawan al-Quran.

Bermula pada jam 9.30 pagi sehinggalah jam 4.30 petang. Seperti biasa, pada awalnya peserta mula berdaftar kemudian setelah selesai, peserta perlu mengambil tempat yang telah disediakan di ruangan khas function room 3. Antara peserta yang hadir daripada kalangan wartawan, Blogger, Copy Writer dan ahli biasa.

Pembuka bicara oleh pengerusi majlis dan doa. Kemudian, kata-kata aluan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ustaz Fazrul Ismail.

Untuk sessi yang pertama sebelah pagi diadakan forum berkaitan “Tulisan kita tanggungjawab kita.” Antara ahli panelnya ialah Dato’ Abd Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf dan Tuan Haji Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Denaihati Network Sdn Bhd.

Tuan Moderator bersama 2 ahli panel forum bengkel wartawan al-Quran.

Mereka kongsikan, nak tulis sesuatu itu perlu ada nilai dan kebaikan. Boleh sahaja menulis hiburan, tetapi asasnya perlu berdasarkan kebenaran hatta bersifat universal pun perlu berpegang kepada kebaikan. Semua itu pilihan sendiri.

Mereka juga berpesan, di alam maya siapa sahaja boleh menulis hatta orang yang tak pandai menulis pun boleh memberi komen baik buruk pada sesuatu kenyataan. Tetapi ingatlah, mereka biarlah mereka. Itu hak mereka. Kita kena sentiasa pegang pada prinsip nak sampaikan kebaikan, dengan kebaikan tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pembaca.

Mereka juga ada menyatakan kesan daripada setiap penulisan. Pastikan apa yang kita tulis itu menjadi pahala buat diri kita dan boleh menjadi zikir. Bagaimana nak jadikan pahala, mestilah berpegang kepada al-Quran.

Peserta yang hadir bergambar dengan ahli panel forum

Di sebelah petang, disambung pula dengan Teknik Penulisan CASIC (Connect, Acknowledge, Serve, Inquire, Choice) berdasarkan Surah Al-Fatihah yang disampaikan oleh Ustaz Fazrul Ismail. Pserta bengkel diajar bagaimana untuk memilih nilai baik, ilmu dan tajuk yang menarik untuk setiap artikel yang bersesuai dengan Al Quran tanpa perlu memasukan ayat Al Quran dalam menulisan tersebut. Penulis boleh menulis apa yang sedang berlaku di bumi dengan menghubungkan dengan Al Quran atau mencari tafsiran Al Quran yang dihubungkan dengan peristiwa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat.

Sessi terkahir, perkongsian daripada Encik Norden Mohamed, Mantan Ketua Pengarang Sinar Harian. Beliau berkongsi pengalaman sebagai Ketua Pengarang dan memberi nasihat-nasihat apa yang perlu kita lakukan sebagai seorang menulis.

Semoga dengan perkongsian mereka dapat memberi satu idea baru dalam penulisan akan datang, dimana tanggungjawab kita bukan mengharap kepada viral semata-mata tetapi perlu adanya nilai dan kebaikan dan akhirnya bawa kepada nilai al-Quran al-Kareem.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa share.


Spread the love

3 Comments

  1. Bengkel wartawan al-quran sangat wajar diadakan memandangkan kini penulisan kebanyakan mengejar viral semata dan meninggalkan aspek kerohanian. Walhal dalam sesuatu penulisan yang baik boleh saja disertakan maksud atau kefahaman dari al-quran dan hadith.
    Curahan rasa Nurol Huda @ ..Guru Al-Quran Mahu 50 Paket Gum ArabicMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!