Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan Malaysia menentang Vietnam bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember ini.
‘Ekor’ yang tentunya setia bersama Harimau Malaya pastinya tidak sabar untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir akan mula dijual secara atas talian bermula pagi Jumaat 7 Disember.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam memberitahu tiket aksi Final 1 ini hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket dilantik Persekutuan Bolasepak Asean (AFF). Tiket secara online boleh dibeli di www.tickethotline.com.my
Kuota bagi penjualan tiket secara online untuk Final 1 ini adalah sebanyak 40,000 keping iaitu 20,000 keping akan dijual pada Jumaat bermula 9 pagi sehingga habis dan 20,000 keping akan dijual pada Sabtu bermula 9 pagi sehingga habis.
Harga tiket bagi Final 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini ditetapkan RM40 bagi tempat duduk terbuka iaitu RM10 lebih murah berbanding tiket 2014 dan RM5 bagi tiket kanak-kanak RM5 lebih murah berbanding tiket 2014. Satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan untuk Final 1 kali ini ialah tiket RM50 bagi tempat duduk grandstand.
Namun apa yang berlaku pada pagi 7 Disember 2018 adalah tiket jualan seperti ada masalah pembeliannya buat masa ini. Diharap pihak yang mengendalikannya dapat memperbaiki masalah yang sedang melanda demi peminat bolasepak tanahair.
20 Comments
Diharap pihak yang mengendalikannya dapat memperbaiki masalah ini untuk perlawanan akn datang sekiranya tiket di jual secara online
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Sistem online kita amat teruk. Baru beberapa minit dibuka terus bermasalah. Kita kena balajar dtn europe
Kuota bagi penjualan tiket secara online sebanyak 40,000 keping pun sekejap ja habis terjual
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kesian juga pada yg xdpt tiket tu. Harapan ddia nak ke stadium amat tinggi
‘Ekor’ yang tentunya setia bersama Harimau Malaya pastinya mereka lah yang tidak sabar untuk mendapatkan tiket secara online ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
FAM kena buat sesuatu dengan sistem online ni.. selalu je ada masalah. crash dan macam macam lag
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Kalau dah tahu perlawanan akhir memang jem lah laman web. Kena buat website yang padu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Anak2 dah bising kat bapak nyer suh beli, tapi dimaklumkan tiket online dah habis eak?
itulah ramai yang kecewa. dalam kita seronok dan teruja, ada juga org dalam ambil tiket
Mesti ada juga kaki dalam yang songlap tiket ni. Entah bila lah akan jujur rakyat Malaysia ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Itu sudah pasti. Melayu mmg tak dpt dipisahkan dengan songlap dn guna org dalam . Kan?
Mudah sekarang beli tiket online dah untuk perlawanan bola sepak. Kali ni.. Harap perbaiki lagi mutu kesilapan server down tu, peminat bola sepak akan hampa dengan tiket yg tal beli online ni
Betul. Sistem tu kena lah buat dengan betul. Bandwith tu kena tambah sebab memang akan huru hara bila ramai yang serbu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sudah la tak dpt beli di stadium kerana panas terik. Online pula bermasalah. Adoii
dengar cerita server down. betul ke? susah juga sebenarnya. malaysia baru je guna sistem online ni.. harap dapat diperbaiki
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Kalau dah baru start sistem macam ni memang akan ada banyak kelemahannya. Perbaiki dengan cepat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Jualan tiket bola di macam pembukaan jualan ebook! Hari pertama jualan…’server’ down. Banyak orang masuk online sampai server tak dapat tampung bandwidth.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hot!!! 10 Ebook Terlaris Terbitan Klikjer Bulan November 2018
Itulah pasal. Lepas tu pakat amuk lah tak dapat nak beli tiket. Kalau pergi stadium lagi haru
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kenapa la mrk tsk guna sahaja unlimited bandwidth. Tak kan fam tak ada dana kot.
laku keras tiket final aff kali ni.. dapat masuk final, lepas tu malaysia menunjukkan prestasi memuaskan setiap game
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix
Comments are closed.