Belasungkawa Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, perginya seorang sejarawan negara

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 10.13 pagi semalam.

Ahli akademik berusia 82 tahun itu pernah membuat pembedahan pintasan jantung pada Oktober lalu dan keadaan kesihatannya terus merosot selepas pulang daripada rawatan.

Kay Kim yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak Eddin, Rubin dan Mavin.

Terbabit gubal Rukun Negara

Pemergian anak kelahiran Kampar yang dibesarkan di Teluk Intan itu, adalah satu kehilangan besar yang akan dirindui semua dan jasanya tetap akan dikenang sepanjang zaman.

Negara banyak terhutang budi kepada mendiang Tan Sri yang turut terbabit menggubal Rukun Negara.

Setiap kali timbul isu berkaitan Perlembagaan, sejarah dan keharmonian negara, pasti semua pihak menantikan pandangan bernas bersandarkan kepada fakta daripada mendiang, sekali gus menunjukkan rasa cinta beliau yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Jadi rujukan apabila ada isu negara

Khay Kim merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.

Beliau menulis apa sahaja isu yang menarik perhatiannya terutamanya sejarah dan politik selain isu kewanitaan dan kemanusiaan.

Dan beliau adalah antara tokoh yang dirujuk untuk mengupas isu-isu yang berlaku dalam negara apabila berkaitan dengan sejarah dan politik negara.

Hantaran di akaun Instragam anak mendiang

Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan sehingga kini sudah menghasilkan lapan novel; Noktah di Hujung Rindu (2005), Kala Hujan Menitis (2007), Andainya kukembali (2009), Sehiris Bulan (2011), Deru Angin (2012), Lelaki Januari (2014) Nanyang (2014) dan Bukan Orangorang (2015).

Dua antologi cerpen Ayam Patah Kepak (2013)/Dalam Dakapan New York dan Perempuan Berambut Merah (2015).

Semoga muncul tokoh seperti beliau dalam bidang akademik dan sejarah negara. Takziah kepada puteranya Eddin Khoo dan anggota keluarga yang lain.


Spread the love

3 Comments

  1. Satu lagi kehilangan untuk negara kita. Satu persatu pergi meninggalkan kita. Orang kata, yang baik pergi dulu. Yang kurang baik, ALLAH beri masa lagi untuk taubat. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik. Ameen ya robbal’alamin.

  2. Walau pun beliau orang Cina, banyak karya berbahasa Melayu yang dihasilkan lebih dari orang Melayu sendiri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!