Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Terkini: bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan berkaitan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Setelah mempertimbangkan semua bukti dalam perbicaraan ini, saya dapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan dalam dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung tiga tuduhan pecah amanah, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram di bawah AMLA.
Oleh itu, saya mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atas tujuh tuduhan tersebut.” – Hakim Mohd Nazlan
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.
“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini, saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” kata Mohd Nazlan.
Sumber: Awani
4 Comments
Sejarah telah terukir… mana mungkin dapat dipadam dari lipatan sejarah tanah air. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua
Barang kali nama beliau harus dikeluarkan daripada buku sejarah Malaysia sebagai perdana menteri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Langkah Buat Dropship USD 7 Ribu Seminggu
Jadi, sahlah DSN bersalah kan? Atau beliau masih belum terbukti bersalah? Kalau ya, maluuuu
Curahan rasa Laila @ ..Di Malaysia, 169,728 Penerbangan Domestik dan Antarabangsa Dibatalkan Sejak Januari hingga Jun Akibat Pandemik Covid-19.
malunya. seorang bekas perdana menteri yang sepatutnya pegang pada amanah, tetapi belot.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Beli UC PUBG Mobile
Comments are closed.