Bekalan makanan dan keperluan harian cukup sepanjang Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan keperluan makanan harian di negara ini mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan.

Baca juga: Bulan Ramadhan Yang Dinanti

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) yang sentiasa melakukan pemantauan bekalan makanan di seluruh negara.

“Semalam penguatkuasa KPDNHEP telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan di 970 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (753), pemborong (168) dan pengilang (31).

“MOA juga memberi jaminan barang makanan basah seperti sayur-sayuran, daging, ayam dan telur juga lebih daripada mencukupi.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian bagi menyambut bulan Ramadan kerana ianya dijamin mencukupi,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini pada Jumaat.

Sumber: Awani


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!