Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Pasangan Melayu bercerai sebab remeh temeh”. Kali ini nak kongsi isu panas yang sedang berlaku pada ramai pelancong Malaysia di London.
Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Berkat hilang pasport di London dapat bertemu ramai kawan baru. Mereka berkongsi beberapa cara scam yang pelancong Malaysia kena kat London. Semua kisah ini diceritakan oleh sahabat Malaysia yang stay lama kat sana antaranya Abang Hamdi, Hj Asari bos London Homestay dan Pak Awie bos Restoran Melur.
Cara Scammer di London
1. Beberapa orang menyamar sebagai polis tanpa lencana. Akan periksa dokumen kita masa itu diaorg akan songlap sebahagian duit kita selalunya duit £. Kebanyakkan yang buat kerja ini berbangsa Arab.
2. Diaorg naik kereta tahan kita, buka peta konon sesat jalan. Lepas tu kata tak ada duit minta tolong 50£ sebagai balasan dia bagi jaket murah. Orang kita cepat cair jadi ramai yang beri.
3. Bawa anak minta sedekah. Bila kita dah bagi sikit dia akan minta banyak lagi dengan berbagai alasan. Orang kita cepat cair jadi ramai yang beri.
4. Masa kita berjalan ada dua tiga orang buat-buat langgar kita masa tu diaorg pick pocket.
5. Kalau tiba-tiba terserempak seseorang atau sekumpulan dari arah bertentangan (biasanya lelaki) mesra semacam tak pasal-pasal ajak menari ala-ala lepas menjaringkan gol, AWAS!!! JANGAN dilayan!! pick pocket tu bang
Kalau ada lagi cara diorang scam kongsikan kat ruang komen.
Fardila Watz Osman : Saya kena yang number dua macam orang arab tapi yang bestnyer dia cakap jacket tu brand Giorgio Armani. Fuhh berpeluh gak nak melayan at last dia belah sebab tak nak jacket dia.
Daie Rahmat Amat : Saya kena no dua di Makkah, waktu pergi Umrah tahun lepas. Pak arab jugak yang datang dari area Egypt.
Abang Hamdi : semalam sembang dengan manager hotel terkemuka (bagi org malaysia) di kota London, dia cakap almost hari-hari ada mangsa scammer di area Basywater/Queensway/Lancaster Gate/ Paddington. Menyamar jadi polis, pastu mengepaw!! semalam ada 2 kes, melayang cash £1000 dan satu lagi kes €200. So, take care tuan-tuan dan puan-puan.
Alhamdulillah apabila kita megembara ke negara orang banyak belajar ilmu baru seperti ilmu kehidupan dan ilmu bisnis. Ujian hilang pasport menajamkan lagi skill komunikasi dan membesarkan lagi jaringan persahabatan. Semua ini dapatkan kayakan lagi pengalaman.
Betulah kata abang senior UKM Dato Roslan Ab Hamid untuk dapatkan banyak idea kena:
1. Banyak baca buku dan tonton filem
2. Tonton Ted Talk atau Ted Ed.
3. Kunjungi tempat baru. Kembara lihat dunia.
4. Cari hobi baru. Kenal orang baru.
5. Berjalan laju – exercise pada waktu pagi
Sepanjang kembara kali ini setiap hari kami berjalan paling sedikit lima km setiap hari, amalan ni nak kena istiqomah balik ni.
Beberapa seminar dalam dan luar negara serta kembara luar negara akan dilakukan sebelum 31/12/2018 untuk menarik magnet idea-idea baru bisnis 2019.
Kepada semua yang datang bercuti di UK/London, berhati-hati lah ya. Ada bermacam-macam taktikal scammer yang sedang berkeliaran mencari peluang yang terhidang. Moga-moga tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang percutian serta menjadi percutian yang terindah sepanjang hayat..
Jom sebarkan kebaikkan dan cegah kemungkaran
if u cant do the little things right,
you’ll never be able to do the big things right
Denaihati Network
46 Comments
Owh kat sana pun trend bawa anak minta sedekah juga ye. Ingatkan di Malaysia je macam tu..
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
malaysia tiru kot. hehe.. tak sangka mereka pun ada sindiet pengemis jalanan macam tu. mcm tak sesuai.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Alhamdulillah.. mujur ada kenalan tuan Haji Amir di kota London.. Ada juga orang lain yang sudi membantu..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
hj amir sangat bertuah sbb pergi dalam kumpulan dan ada orang yg leh bantu. kalau tidak jadi masalah besar juga tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
Terima kasih tuan Haji Amir kerana sudi berkongsi pengalaman di timpa musibah semasa berada di luar negara..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Pengalaman tuan Amir ni boleh dijadikan pedoman dan panduan pada kita kan. Mana tau kot kot lepas ni kita ke London lak
baca blog denaihati pun ada byk info dan boleh beri byk idea.. teringin nak travel secara backpacker dengan family tapi scammer macam ni la yang paling risau..
jangan lebih dirisaukan pasal scammer tu. DH dah kongsi pengalaman dia, so kita jadikan sebagai pedoman dan panduan masa mengembara nanti
apabila berlaku perbezaan sosio ekonomi dalam dunia…jadilah sebegini..tiada bezanya dengan penduduk pendatang yang berpendapatan lebih kecil dari malaysia..datang malaysia jadi scammer
info yang bagus terutamanya yang mempunyai perancangan untuk melancong terutamanya di kota London. kalau ikutkan di mana-mana bandar besar ada saja pick pocket atau seumpamanya, kita perlulah berhati-hati terutamanya bila berada di negara orang.
ya.. kalau ke negara orang benda pertama yang perlu kita jaga adalah bag duit. hilang yang tu boleh buat dunia terbalik. hehe
bandar tumpuan pelancng seperti london memang menjadi sasaran org yang tidak bertanggungjawab. kita kena sentiasa hati2
Curahan rasa nikkhazami @ ..IDwebhost Web Hosting Terbaik dan Murah
Maklum la orang Malaysia ni pemurah, ramai la orang tempatan yang cuba ambil kesempatan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Sebab Penting Untuk Suami Isteri Berdating
Yang ke empat tu pernah tengok, terlanggar konon rupanya curi barang kita tapi taktau la macam mana dia curi dengan begitu cepat. Bahaya jugakan bila melancong kat luar negara ni
biasanya mereka ambil kesempatan di stesen keretapi dan di pasaraya. masa tu kita sedang leka
Entah bilalah dapat menjejakkan kaki ke bumi ratu itu…
Tapi pernah ada pengalaman TERTIPU di Ho Chi Minh dan Beijing… 🙁
Penting untuk bertanyakan pengalaman mereka yang sudah pergi ke tempat yang kita ingin pergi itu. Begitulah juga penting untuk seseorang pegembara itu menulis pengalamannya supaya tulisannya itu menjadi contoh panduan kepada pengembara yang lain.
Inilah salah satu sebabnya, Rasul menegah berjalan atau mengembara jauh seorang diri. Paling kurang mesti berdua, sebaiknya bertiga dan lantik seorang sebagai ketua.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rupanya Beli Buku Tapi Tidak Baca Ada Manfaatnya Juga
sebuah penglaman luar biasa dari seorang sifu traveller yang sudah pergi hampir keliling dunia terimakasih dah berbagi pengalaman hebat ini
Curahan rasa jalan dan makan @ ..cabai sebagai bumbu utama di Indonesia
Haduihh… takut pula nak g bercuti kat tempat orang.. macam macam depan buat tuk dapatkan duit mudah kan…. memang nak kena betul2 jaga barang2 kita nih.
Jauh perjalanan luas pengalaman. Teringin nak travel ke nagara luar bersama Encik Suami. Tunggu tabung penuh nanti 😉
Comments are closed.