Bayaran dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibayar pada 28 Jan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng berkata atas keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bantuan itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bagi pelaksanaan BSH 2019 fasa pertama itu, Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi membolehkan bayaran dibuat segera sebelum Februari 2019, walaupun berkemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak.

Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

“Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pemohon” – Lim Guan Eng

Maklumat Terkini BSH 2019

  1. Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) boleh dibuat dimana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus Fasa 3 boleh dibuat di Cawangan LHDNM mulai:
    1. 24 September 2018 – Permohonan Lulus Fasa 3 yang tidak mempunyai maklumat akaun.
    2. 1 Oktober 2018 – Permohonan Lulus Fasa 3 dengan status pembayaran gagal kredit ke akaun.
  3. Pembayaran Fasa 3 BSHR 2018 adalah mulai 15 Ogos 2018 (Rabu) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.
  4.  Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
  5.  Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
  6.  Makluman rasmi tarikh pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat.
  7.  Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSHR) mulai 27 Disember 2018.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, Kerajaan meneruskan program BSH untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.

Bagi yang ingin menyemak dan kemaskini maklumat boleh terus ke laman sesawang Bantuan Sara Hidup Rakyat.


Spread the love

54 Comments

  1. “Walaupun mempunyai nama penerima yang tidak layak..” ? aiks.. mana boleh macam tu. Kena lah buat secara telus walaupun guna sistem lama

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!