Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibayar pada 28 Jan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng berkata atas keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bantuan itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bagi pelaksanaan BSH 2019 fasa pertama itu, Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi membolehkan bayaran dibuat segera sebelum Februari 2019, walaupun berkemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak.
Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
“Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pemohon” – Lim Guan Eng
Maklumat Terkini BSH 2019
- Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) boleh dibuat dimana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus Fasa 3 boleh dibuat di Cawangan LHDNM mulai:
- 24 September 2018 – Permohonan Lulus Fasa 3 yang tidak mempunyai maklumat akaun.
- 1 Oktober 2018 – Permohonan Lulus Fasa 3 dengan status pembayaran gagal kredit ke akaun.
- Pembayaran Fasa 3 BSHR 2018 adalah mulai 15 Ogos 2018 (Rabu) yang akan dibuat secara berperingkat. Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.
- Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
- Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
- Makluman rasmi tarikh pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat.
- Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSHR) mulai 27 Disember 2018.
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, Kerajaan meneruskan program BSH untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.
Bagi yang ingin menyemak dan kemaskini maklumat boleh terus ke laman sesawang Bantuan Sara Hidup Rakyat.
54 Comments
Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat menjadi hak milik Kerajaan. Memang macam tu ye?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Rasanya. Masa memohon brim dulu pun kena bagi semua maklumat. Takut kena hack ke? Haha
Golongan B40 sering mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dan NGO.. Alhamdulillah syukur tinggal di bumi Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Ye. B40 mmg wajar dpt bantuan. Ada yg sampai tk cukuo duit nak makan sebab gaji dh habis bayar itu ini
baru sahaja semak untuk abah …rasanya untuk tahun depan yang masih bujang ni perlukan bantuan lain kot..hehehe
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sakit Penghapus Dosa Kecil
Yg bujang masih layak terima ke? Ada gosio ckp kerajaan dh tak bagi. Huhu
Walaupun jmlah nya tidak begitu banyak tak dinafikan ia meringankan beban golongan b40
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Banyak atau sikit jumlahnya tak menjadi masalah. Yang penting kerajaan sanggup berikan bantuan kepada mereka ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Dgn duit tu boleh la belibdan belanja mana yg patut. Mmg mmbantu sebenarnya
Bantuan sara hidup ni memang membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.
Jumlah nya tak banyak. Tp wang tu bleh guna utk beli baranf dapur yg harganya semakin mahal
Sepatutnya kerjaan adakan mekanisma untuk menyingkirkan nama penerima yang tidak layak supaya yang betul-betul layak saja terima bantuan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sgt setuju. Ini yg mampun pun terima sedangkn dia ambil spot org yg tak layak
Kasihan pada yang betul-betul layak untuk menerima bantuan ni. Masih ramai yang perlu dibanci oleh Kerajaan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ramai je yg saya jumpa di mana mereka mmg tak layak terima. Kesian betul pd yg kena rejek
Dah ditukar namanya dari bantuan rakyat 1 Malaysia kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sejak tukar kerajaan ni jenama 1 malaysia dh xleh guna. Haha xpelah janji tak ada pwmbaziran duit rkyat
Entahnye, ada apa pada nama kalau sekadar nak berbangga. Yang penting rakyat terbela.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mesti ramai menunggu makluman rasmi tarikh pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019 yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Yg pernah terima sebelum ni past tersenyum lebar. Akhirnya mrk boleh mula memohon
Ayah saya tak dapat masa brim dulu, mungkin boleh try mohon kali ini pula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Mulai hari ni Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSHR). Kena maklumkan pada rakyat dengan kerap di media sosial.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Selain tu kena juga promot dlm tv seperti ketika waktu perdana. Time tu ramai tgk tv
Ye bagus kena ada promosi di tv, sebab orang kampung seperti ibubapa kita jarang yang ada media sosial seperti fb
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Lepas ni boleh menyemak dan kemaskini maklumat yang boleh di lawati di laman sesawang Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau yg dah naik gaji tu boleh kemas kini juga sbb dia dh tak layak. Hehe
Aah kan. Yang mana dah lebih 3k tu boleh lah berikan pada mereka yang selayaknya menerima bantuan ni pula
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kerajaan sangat prihatin memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk bantuan ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Alhamdulillah kerajaan Malaysia juga prihatin dengan rakyat golongan B40 yang memerlukan bantuan sara hidup
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Jika ada keperluan memang sepatutnya kerajaan membantu golongan B40 yang tinggal di bandar terutamanya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Betul juga tu. Kos sara hidup di bandar lebih tinggi berbanding di kampung kampung
Yang di bandar ni walau gaji 3000 masih lagi dianggap miskin sebabnya kos yang tinggi compared di kampung
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
“Walaupun mempunyai nama penerima yang tidak layak..” ? aiks.. mana boleh macam tu. Kena lah buat secara telus walaupun guna sistem lama
Memang sistem yang baru ni kena telus dan check betul-betul mereka yang sepatutnya layak terima bantuan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ya mana layak tu dh bleh get ready utk mmohon dn kemas kini. Online je senang
Alhamdulillah rezeki untuk mereka yang layak. Ingatkan kerajaan baru ni dah tak sudi tlg rakyat hehe
Jika ada lebihan pendapatan negara, memang sepatutnya kerajaan salurkan bantuan kepada mereka
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
online je memang senang kan. BSH ngna BRIM ni benda yang sama je kan .bantuan utk rakyat yang layak shj kan
Waa dah bleh memohon ya. Mcm susah sikit nak sebt yg ni. Saya yakin kita semua akan tetap sebut brim. Hehe
hehe.. nama je tukar, maksud dia tetap sama kan. Susah nak sebut takpe, janji masuk duit senang hehe
Yang penting janji tu mesti ditunaikan. Rakyat nak tahu apa yang mereka peroleh saja selepas kerajaan baru ni memerintah.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sebutan tu tak penting sangat kan, yang penting duitnya pergi kepada mereka yang selayaknya. Hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
ada orang sebuh B.A.S.A.H .. Macam kelakar bunyinya kan. takpe janji sampai apa yang gomen nak buat kan
Comments are closed.