Barclays Premier League 2015/16 jadual waktu Malaysia dan keputusan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada kaki bola dan khas untuk peminat Barclays Premier League sahaja tak kira yang minat gila pada Liverpool seperti Shakiddo dan Melastik Bintang atau yang lalang seperti Abang Ensem hari ini sokong Chelsea esok sokong Manchester City. Cuma sedih musim ini Liverpool tak layak masuk Champions League jadi bolehlah penyokong setia Arsenal seperti Fazrol dan Ujang menyombong lebih sikit.

Rooney masih tunggak utama MU
Rooney masih tunggak utama MU

BPL musim ini meriah dengan ramai pemain baru iaitu Sergio Romero (MU), Bastian Schweinsteiger (MU), Matteo Darmian (MU), Yohan Cabaye (Newcastle), Toby Alderweireld (Tottenham), Radamel Falcao (Chelsea) dan Luis Alberto (Liverpool). Paling sensasi apabila Robin Van Persie kena tendang dari MU ke Fenerbahce. Morinho kata ada pasukan cuba beli piala, mesti tahu team mana kan! Arsenal setakat ini baru beli Petr Cech daripada Chelsea.

Perpindahan Sterling dari Liverool ke MC antara yg kontroversi
Perpindahan Sterling dari Liverool ke MC antara yg kontroversi

Jadual EPL 2015/16 Waktu Malaysia

Klik no minggu untuk melihat keputusan yang lepas.

Football results provided by whatsthescore.com

Jadual Kedudukan Terkini BPL 2015/16

Standings provided by whatsthescore.com

Perlawanan Community Shield antara Arsenal vs Chelsea pada 2/8/2014 jam 10 pm waktu Malaysia di Stadium Wembley menjadi perlawanan pembuka tirai musim baru BPL 2015/16. Perlawanan BPL secara rasmi akan bermula pada 8/8/2015 dengan sepak mula pertama antara MU vs Tottenham, pasti menarik perlawanan ini kerana MU banyak dibarisi pemain superstar baru dari berbagai kelab.

Keputusan Community Shield Arsenal vs Chelsea

Keputusan Arsenal vs Chelsea 2015/16

Pasti banyak drama akan berlaku musim ini dan pasti ada pengurus pasukan yang bakal disingkir seawal musim. Banyak yang kita boleh pelajari daripada Liga Bola Sepak tertua di dunia ini bukan sekadar meraikan pasukan yang menang sahaja. Belajar untuk menerima kekalahan dan belajar untuk mengawal perasaan apabila pasukan kesayangan kita menang. Jangan terkejut ramai yang putus kawan hanya kerana BPL. Semuga musim 2015/16 Arsenal akan menjulang lebih banyak piala untuk menutup mulut bekas pemain Arsenal yang sudah berhijrah kerana tidak yakin dengan pasukan yang telah menaikan nama mereka.

Arsenal beruntung dapat bawa Petr Cech dari Chelsea
Arsenal beruntung dapat bawa Petr Cech dari Chelsea

Arsenal you are the best.


Spread the love

37 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!