Barang sihir di sekitar rumah, ini cara untuk menemukannya…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak zaman nabi dulu lagi, sihir sudah ada di mana-mana. Nabi Sulaiman AS memerangi ahli sihir manakala Nabi Muhammad SAW sendiri pernah disihir. Zaman sekarag ini, terlalu ramai yang menderita akibat perbuatan itu. Sebenarnya ada cara untuk menemukan barang sihir ini.

Sebelum dikongsikan teknik seperti yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH ini, iaitu teknik untuk mencari barang sihir, ditegaskan di sini bahawa teknik ini tiada sebarang keajaiban pun. Hanya mengharapkan bantuan dari ALLAH SWT 100 peratus.

Rasulullah SAW sendiri ketika disihir, mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata untuk mencari barang sihir. Tetapi kita kena ingat, baginda adalah kekasih Allah. Bahayanya sihir ini, sampai rosakkan hati dan akidah.

Cara menemukan barang sihir

Sebelum tidur di waktu malam pastikan anda berwuduk dan lakukan solat sunat empat rakaat dengan dua salam. Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dari Allah swt bagi mengetahui di mana letaknya barang-barang sihir yang ditanam, bentuk barang sihir dan lain-lain lagi yang anda fikir perlu.

Baca surah al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat ketika solat. Selepas solat teruskan duduk dan amalkan zikir-zikir seperti di bawah:

1. A’uu Dzubillaahi Minash Syaitoonirrojiim. Bismillahirrohmaanirrohiim – 3 kali

2. Astaghfirullaaha Rabbi, Lailaaha illallaahu, Muhammadur Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasallam – 10 kali

3. Subhaanallahi Walhamdu Lillaahi Walaa ilaaha illaahu Wallahu Akbar – 10 kali

4. Allah humma Solli A’la Sayyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam – 11 kali

5. Surah Fatihah 7 kali (setiap kali ketika Anda sampai ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca sebanyak 7 kali. Seterusnya baca sehingga ke akhir ayat dan jangan lupa lafazkan perkataan Aamiin (seperti bacaan dalam solat).

6. Surah Al Ikhlas 3 kali.

7. Ya ‘Aalimu ‘Allimni, Ya Khabiru Akhbirni – 100 kali atau ikut kemampuan.

Bacaan doa selepas zikir

Baca pembukaan doa seperti biasa kemudian:

“Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada Engkau tempat aku meminta pertolongan, hanya Engkau yg mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya pengetahuan yang tidak terlihat.

Oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hambamu memohon agar ditunjukkan penyembunyian apa jua bentuk benda/barang sihir yang digunakan terhadap (aku,keluarga,nama orang yang sakit).

Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan yang menyuruh) sehingga kebenaran menang ke atas pendustaan”

Baca doa di atas sebanyak 7 kali

Kemudian Baca:

ALLAH Humma Solli A’la Saiyyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam – 11 kali

Tiupkan diri anda sebanyak 3 kali dan ke dalam beberapa air mawar atau minyak wangi kasturi (jika boleh yang telah diruqyah).

Jangan bercakap dengan sesiapapun dan terus tidur setelah membaca doa tidur, surah 3 Qul atau doa-doa yang lain. Kemudian bacalah selawat sehingga anda anda tertidur.

Selain itu, seeloknya anda memakai minyak mawar atau minyak wangi kasturi yang telah didoakan seperti di atas ke pakaian anda sebelum tidur.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat diamalkan. Jangan lupa untuk kongsikan tips ini dengan rakan-rakan anda. Mana tahu mereka juga sedang menderita kerana sihir. Wallahu a’lam

NOTA: SEELOKNYA DITANYA KEPADA AHLI AGAMA TERLEBIH DAHULU DAN DAPATKAN NASIHAT DARIPADA MEREKA.

Sumber: Islam Itu Indah


Spread the love

6 Comments

  1. perbanyak lah membaca ayat suci alqur’an dan berzikir,,dan jangan lupa juga meminta perlindungan sama allah swt,insya allah segala sihir atau sejenis gak bisa deket2 sama kita.

  2. perbanyak lah membaca ayat suci alqur’an dan berzikir,,dan jangan lupa juga meminta perlindungan sama allah swt,insya allah segala sihir tak akan bisa deket2 kita.

  3. Orang kita agak sukar nak ubah dengan mengenakan orang dengan cara sihir. Kadang2 sebab dendam, pernah suatu ketika orang pakcik sebelah rumah disihir sebabnya cuma kerana anaknya tak jadi kahwin dengan anak pakcik tuh.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!