Bapak Ismail Peterson Melayu Cape Town berusia 96 tahun yang fasih berbahasa Melayu

Spread the love

Gembira sungguh hati terus keluar daripada kereta sewa apabila Tuan Yaseen George kata Bapak Ismail Peterson ada di rumah. Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan kerana bakal bertemu dengan seorang Melayu Cape Town yang masih masih berbahasa Melayu.

Apa tak gembiranya sebab Ini kali kedua kami datang ke rumah Bapak Ismail di Kensington, Cape Town. Kali pertama pada bulan Disember 2018 Bapak Ismail tiada di rumah walaupun sudah memaklumkan pada beliau lebih awal.

ismail-peterson-cape-town
Bersama Bapak Ismail Peterson

Sebak hati apabila melihat Bapak Ismail keluar dari rumah meraikan kedatangan kami. Masing-masing memeluk erat Bapak Ismail.

Mendengar Bapak Ismail berceloteh fasih berbahasa Melayu mengajak masuk ke rumah seperti terasa kami berada di Tanah Melayu. Bapak Ismail menunjukkan gambar-gambar beliau ketika melawat Malaysia dan hadiah-hadiah orang Malaysia yang datang menziarahi beliau di Cape Town. Tidak berhenti Bapak Ismail bercakap kerana bukan mudah katanya nak berjumpa dengan orang Melayu.

bapak-ismail-peterson

Sahabat kami Cikgu Hj Masran kelihatan masih tidak percaya lagi bahawa dia dapat berjumpa dengan seorangnya Cape Malay yang boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Ustaz Daus Hafiz menepuk bahu Cikgu Hj Marsan sambil berkata inilah bukti hidup orang Melayu ada di Cape Town.

Sedang kami rancak berbual seoarang anak muda Mohd Nadeem Samuels datang untuk menjemput Bapak Ismail bertemu dengan pelayar Indonesia yang singgah di Cape Town. Mohd Nadeem juga fasih berbahasa Melayu kerana beliau pernah belajar selama empat tahun di Indonesia. Kami bertukar-tukar no handphone.

Jom tonton video Bapak Ismail Peterson berusia 96 tahun berbual dalam bahasa Melayu dengan kami.

Rasa sedih apabila nak meninggalkan Bapak Ismail yang sudah berusia 96 tahun. Semuga ada penganti beliau di Cape Town yang boleh fasih berbahasa Melayu sebagai bukti seperti kata Panglima Hang Tuah bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia.

Terima kasih kepada Radio Zayan yang telah membawa kisah kami bertemu Bapak Ismail Peterson Malay Cape yang masih fasih berbahasa Melayu.

Ustaz Daus Hafiz :

Jauh perjalanan, semakin banyak persaudaraan terjalin.

Berjumpa dengan bani Melayu di South Africa yang jaraknya dari ribuan kilometer dari tanah Melayu.

Betul lah kata hang Tuah..

‘TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA’


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!