Bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros melakukan sujud syukur di luar kamar mahkamah selepas hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 penuntut UPNM membela diri.
18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23, yang dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.
Dalam keputusannya, Azman memerintahkan lima tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri membela diri atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersubahat membunuh mangsa.
Kesemua tertuduh yang berusia 23 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka, yang dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Keenam-enam tertuduh bersama 12 penuntut yang lain turut diarah membela diri atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Bagaimanapun, tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mencederakan mangsa dalam kejadian 21 Mei 2017.
Bagi kejadian pada 22 Mei 2017 pula seorang tertuduh dilepas dan dibebaskan. Perbicaraan kes yang bermula pada 29 Januari 2018 itu memanggil 29 saksi pendakwaan untuk memberikan keterangan.
Galeri awam mahkamah dipenuhi dengan keluarga mangsa dan tertuduh yang hadir seawal jam 7.30 pagi untuk mengikuti keputusan kes itu.
INFO
TERTUDUH DIARAH BELA DIRI
1. Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
2. Muhammad Azamuddin Mad Sofi
3. Muhammad Najib Mohd Razi
4. Muhammad Afif Najmudin Azahat
5. Mohamad Shobirin Sabri
6. Abdoul Hakeem Mohd Ali
7. Mohd Hafiz Fauzan Ismail
8. Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain
9. Ahmad Shafwan Berdal
10. Muhammad Amirul Asraff Mala
11. Luqman Hakim Shamsuri
12. Muhammad Sufi Mohd Mustapha
13. Noriznan Izzairi Noor Azhar
14. Muhamad Ashraf Abdullah
15. Muhammad Danial Firdaus Azmir
16. Muhammad Hasif Ismail
17. Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany
18. Mohamad Syazwan Musa
TERTUDUH BEBAS
19. Muhammad Akmal Akif Alias
* Semua tertuduh berusia 23 tahun
Sumber : HMetro
6 Comments
Belum jadi tentera negara dah tunjuk samseng, elok mereka yang terlibat menerima hukuman yang setimpal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nak Buat Dropship Tapi Tak Tahu Nak Cari Supplier
Rakyat Malaysia menunggu keputusan yang adil untuk arwah. Apatah lagi bapa kepada arwah..alhamdulillah…
Curahan rasa JMR @ ..The Shore Hotel & Residences Melaka. Berbaloi Atau Tidak?
Rakyat Malaysia menunggu keputusan yang adil untuk arwah. Apatah lagi bapa kepada arwah..alhamdulillah..
Curahan rasa JMR @ ..The Shore Hotel & Residences Melaka. Berbaloi Atau Tidak?
Keadilan tetap perlu ditegakkan. Sangat kasihan melihat anak yang dihantar untuk menjadi manusia berguna tetapi akhirnya mendapat musibah yang sangat menyayat hati.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Penemuan Harta Karun Yamashita Di Filipina!
Akhirnya keadilan untuk arwah. Semoga pesalah-pesalah tu dijatuhkan hukuman setimpal. Kes ni makan masa 2 tahun. Tak dapat nak bayangkan perasaan ibu bapa arwah.
Sayu melihat wajah si ayah. Bukan hal yang mudah untuk terima apa yang terjadi terhadap arwah. Mudah-mudahan kematian arwah mendapat pembelaan yang sepatutnya .
Curahan rasa mommyluv @ ..Kagum Cara Ibu Ini Ajar Anak Kecilnya Tentang Body Parts And Unsafe Touch
Comments are closed.