Bank Tawar Moratorium Kepada Pelanggan Yang Terjejas Kerana Covid-19

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa itu moratorium?

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.

Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.

Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID-19 ini.

Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka baik individu atau syarikat kecil dan sederhana adalah:

  1. Bank Rakyat
  2. SME Bank
  3. TEKUN
  4. Bank Simpanan Nasional
  5. Public Bank dan Public Islamic Bank
  6. RHB Bank dan RHB Islamic Bank
  7. AgroBank
  8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
  9. Maybank dan Maybank Islamic
  10. Bank Islam Malaysia Berhad
  11. Bank Muamalat Malaysia Berhad

Permohonan moratorium boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.

Maybank tawar moratorium pada pelanggan

Malayan Banking Bhd. (Maybank) menawarkan penangguhan pembayaran semula pinjaman sehingga tempoh enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas berikutan penularan wabak koronavirus baru (COVID-19).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pihaknya turut menawarkan penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan menerusi langkah itu.

“Inisiatif yang diperkenalkan ini ditawarkan kepada pelanggan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan yang terjejas akibat COVID-19.

“Syarikat memahami penyebaran wabak virus secara tiba-tiba ini memberi kesan kepada individu dan pelanggan daripada pelbagai industri justeru itu, penawaran yang disediakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pihak Maybank bagi membincangkan penyelesaian dalam mengatasi sebarang cabaran kewangan yang dihadapi.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, kami akan mengambil kira kemungkinan untuk melanjutkan tempoh moratorium dan langkah inisiatif yang ditawarkan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kumpulan Maybank menerusi bahagian insuransnya, Etiqa akan menyediakan perlindungan hospital kepada pemegang polisi insurans hayat dan keluarga yang sakit akibat koronavirus.

Maybank boleh guna online link ini
https://www.maybank2u.com.my/…/March/announcement_moratoriu…


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!