Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Fuziah Salleh berkata, ia akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.
Ini adalah keputusan Kabinet dan ia (TH) akan kekal di bawah seliaan BNM dan akan dipinda akta untuk meletakkan mereka sebagai penyelia.
Fuziah Salleh juga menjawab celahan dikemukakan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada BNM mempunyai tempoh tertentu dalam mengawal selia TH selepas pendedahan mengenai kedudukan kewangan agensi tersebut baru-baru ini.
Penyeliaan BNM akan mewujudkan semak imbang kepada TH terutama dalam pengurusan risiko selain campur tangan dalam sebarang salah laku tadbir urus agensi itu.
“Pada 2016, Gabenor Bank Negara menyatakan ada salah tadbir urus dalam TH tetapi oleh kerana BNM pada ketika itu tidak mengawal selia TH secara langsung, maka tidak ada kuasa untuk berbuat sesuatu sehingga hari ini,” Fuziah Salleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan bahawa TH akan dikawal selia oleh BNM bermula Januari tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017.
Sehingga 31 Dis 2017, jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti RM74.4 bilion.
Astro Awani juga melaporkan Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani telah ditangkap dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya untuk perintah reman hari ini.
Sebab beliau ditangkap dipercayai berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di rumahnya.
47 Comments
Harap lepas ni mereka tapis dhulu pegawai yg masuk. Jgn bg ahli politik tadbir
Banyak rupanya aset th di luar negara. Di Australia pun ada. Patut la berbillion mereka ada huhu
Diharap kepercayaan para pelabur terhadap tabung haji masih ada… Ini harapan seluruh rakyat Malaysia kepada pihak pengurusan tabung haji untuk menguruskan wang mereka…
Even ada ada kepercayaan pada tabung Haji, tidaklah segah dulu. Selama ni org kg dok percay je kan..ish iskh
Ini semua disebabkan segelintir pegawai yg pecah amanah. Habis satu TH org dh tak percaya
Org orang macam ni la sebenarnya perosk dlm organisasi. Pecah amanah! Tak guna haha
Sejak banyak scandal di dedahkan sy yakin sikit sebanyak pelabur takuut. Lagi2 bila dpt tahu yg pengerusi TH simpan duit 500 ribu kat rumah. Hehe
Syukur Alhamdulillah….
Rupanya ada banyak juga aset tabung haji di luar negara… Boleh dijadikan sebagai pelaburan masa hadapan…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Ye. Harap aset aset tersebut digunakaan sebaiknya utk mmberi manfaat kpd rakyat
defisit RM 4 bilion bukan angka yang kecil.
namun boleh dipulihkan dengan stratetgi dan pengurusan yang telus
Sbb itulah kita kena lantik mereka yg pakar dn paling penting amanah dlm kerja
Saya setuju Bank Negara kekal menyelia Tabung Haji. Tabung Haji simpanan mereka untuk beribadah, satu amanah
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Keputusan Pemeriksaan Kulit Wajah Saya Bersama Pakar Nutrisi Shaklee
Bank negara selia th tu mungkin idea yg terbaik sekarang. Biar ia berada di bawah naungan organisasi yg berwibawa
Bank Negara memang wajar menyelia TH dalam tadbir urus ..
cuma kuasa dan keputusan wajar pada TH sendiri kerana mereka lebih tahu unsur unsur dalaman
mungkin org dlaam pun terikat dengan tangan tangan ghaib dr luar.. tu yg jadi kelam kabut je
Rasanya mcm tu la.. bila ada yg control dr luar susah yg kt dalam ni nk buat kerja
TH banyak aset namun aset ini jika tidak diurus dengan sempurna akan jadi beban kewangan kepada badan TH itu sendiri..
yang kasihan kepada pendeposit yang telah menyimpan wang berpuluh-puluh tahun namun nilai wang mereka tidak bertambah dengan baik..
sampaikan mereka gunakan duit ini untuk tujuan bisnes mereka sendiri.. sedangkan duit itu duit rakyat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
jika pecah amanah memang patut kena hukum kerana sifatnya zalim.
zalim pada diri sendiri dan orang lain.
memang patut kena hukum.. buat malu je guna wang rakyat utk kepentingan peribadi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Boleh dikatakan hampir semua bangunan milik TH adalah bangunan pejabat. Jadi pemilikan bukan pemilikan kosong, ada pulangan dari sewaan. Bila TH ada masalah kewangan, jelas memang kerana masalah pengurusan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
Harap dpt diuruskan dgn baik. Kerana setiap dana yg keluar itu melibatkan amanah dan wang orang ramai
Comments are closed.