Banjir kilat di Kota Mekah pada 15 Ramadan 1442H

Spread the love

HUJAN lebat luar biasa yang melanda Mekah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.

Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.

Video kejadian Banjir kilat di Mekah pada 15 Ramadan 2021

Susulan itu, pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Video kejadian seluruh langit Mekah menjadi merah @ https://youtu.be/WReMMK9DwbE (subcribe ya)

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.

Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.

Video Bumi Gersang Saudi kini menghijau kerana selalu hujan tanda kiamat kian dekat @ https://youtu.be/vRu3iOzm02Y (subcribe ya).

Semoga kalian terpilih menjadi tetamu Allah swt ziarah Kota Mekah dan Madinah tahun ini. Aamiinn.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!