Baim Wong “jadi gila” dan beri duit jutaan Rupiah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tular di sosial media dimana pelakon Indonesia terkenal Baim Wong menyamar sebagai orang gila. Baim menyamar seperti orang gila meminta makanan dan meminta simpati.  Ada individu yang membantu dengan memberi makanan.

Pada individu yang membantunya , Baim menyambut baik dan menghulurkan saguhati berupa wang pada mereka .

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Video yang tular ini sudah mendapat tontonan lebih dari 4 juta dan dikatakan video penyamaran ini sempena meraikan 1 juta subscriber di YouTube miliknya.

Dalam banyak video yang dirakam ada satu video yang menyentuh perasaan. Dengan watak gila yang  didukunginya, meminta sesikat pisang kepada peniaga pisang. Tanpa gusar dan ragu-ragu, peniaga  itu menghulur dengan ikhlas padanya.

Dari situ, Baim tersentuh dan terus terdetik didalam hatinya untuk membantu peniaga ini. Apabila di hulur sejumlah wang, peniaga itu menangis dan terharu tidak sangka yang rupanya ini adalah penyamaran.

Ianya tidak habis begitu saja dimana Baim sekali lagi mencari peniaga pisang (si ibu) itu dan mengajaknya datang ke rumah. Beranggapan yang pendapatan penjual pisang tidak mendapat untung yang banyak membuatkan dia ingin membantu lagi

Bertanya pada si ibu apakah ada hajat yang belum dilaksanakan dan dia ingin membantu jika diberi peluang.

Si ibu memberitahu dia berhajat untuk menunaikan umrah dan seterusnya Baim memberikan seikat wang berjumlah Rp$10 juta (RM2,900) agar ibu dapat meneruskan hajatnya.

Baim 38, atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim pelakon berbangsa Cina Indonesia yang telah berkahwin dengan aktres Paula Verhoeven pada 22 November 2018.

Begitulah hebatnya kuasa memberi seperti tagline Denaihati Network, Hidupkan Untuk Memberi. Kita memberi dengan penuh ikhlas tanpa ragu-ragu, maka janji ALLAH untuk ganjaran berlipat kali ganda pasti ditunaikan.

Oh ya, jangan lupa subscribe Youtube Denaihati juga ya. Dah ramai nanti, boleh buat prank juga macam ni.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!