Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apabila bercerita tentang sihir, kebanyakan orang terutamanya kaum perempuan amat takut dengannya. Tidak terkecuali dengan orang lelaki dan kanak-kanak yang mungkin tidak sedar tentang bahayanya sihir itu.
Kebiasaannya adalah berpunca daripada perasaan cemburu, dengki, iri hati, cinta dan kasih serta sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk mengupas pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu banyak cabangnya untuk dikupas.
Dikisahkan di dalam Al Quran bahawa ajaran sihir itu bermula pada zaman Nabi Sulaiman A.S. seperti yang termaktub pada surah Al Baqarah, ayat 102.
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).
Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 102)
Pelbagai jenis sihir yang menyeksakan
Sihir-sihir pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sihir pemisah, sihir percintaan, sihir mengikat nafsu syahwat, sihir pukau, sihir darah, sihir gila, sihir santau, sihir penutup mata dan beberapa lagi jenis sihir. Kebiasaanya orang meminta bantuan penyihir untuk melakukan perkara tersebut.
Kesemua ini telah merosakkan akidah di mana mereka menggunakan perantara dan memohon pertolongan selain daripada Allah SWT.
- Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar ramuan sihir masuk ke dalam badan.
- Melalui perantaraan barang yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Sekiranya orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir tersebut.
- Melalui rambut, kuku, darah haid, baju orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh digunakan dengan patung sebagai perantara.
- Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.
Sihir buat manusia hilang pedoman
Memang menderita jiwa dan raga bagi mereka yang terkena sihir itu. Apatah lagi jika sihir itu ditujukan kepada satu keluarga. Cukup busuk hati dan di sinilah hilangnya akidah dan iman seseorang itu. Apabila sanggup mengenepikan soal kepercayaan yakni Rukun Iman yang pertama iaitu percaya kepada Allah SWT.
Sihir bukan sahaja ditujukan bagi yang punyai dendam percintaan atau perkahwinan tetapi juga di dalam perniagaan. Seringkali juga ada berlaku di kedai-kedai makan yang berpunca dari timbul rasa tidak puas hati dengan larisnya perniagaan tersebut. Maka sihir penutup perniagaan sering digunakan yang menyebabkan beberapa perkara terjadi.
Ada kisah di mana pelanggan kebiasaannya nampak kedai tutup, pekerja sering bergaduh, juadah cepat basi dan lebih teruk lagi ada yang nampak lembaga di kedai tersebut.
7 Cara lindungi diri daripada gangguan sihir
Yakin dan percayalah bahawa semuanya yang berlaku hanya dengan izin Allah SWT. Ada beberapa cara untuk melindungi diri dan keluarga daripada disihir seperti :
- Membaca surah al-Baqarah setiap hari. Sekiranya tidak mampu untuk melakukannya, bacalah ayat Kursi setiap pagi dan malam.
- Bacakan zikir kepada anak setiap pagi dan juga di waktu petang.
- Baca Surah al-Falaq dan an-Nas sebanyak tiga kali, tiup pada tapak tangan, dan kemudian sapukan pada tubuh badan sebelum tidur.
- Bacakan bismillah sebelum melakukan apa jua pekerjaan
- Ajarkan kepada anak anda supaya membaca ayat kursi sebelum mereka hendak tidur.
- Ajarlah mereka tentang sunnah iaitu jangan kencing di bawah pokok, atau di dalam lubang, atau di bahu-bahu jalan. Dan membaca doa masuk tandas.
- Ajarkan kepada anak-anak anda supaya jangan mengamalkan sikap pemarah.
Mungkin ramai orang pada zaman sekarang kurang percayakan tentang sihir ini namun Nabi Muhammad SAW juga pernah disihir oleh Labid al-A’sam. Rasulullah membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi bagi meleraikan sihir tersebut. Dua surah tersebut adalah Surah Al Falaq dan Surah An Nas.
Allah berfirman dalam surat an-Nahl ayat 98-99:
“Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang- orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” (QS. An-Nahl: 98-99).
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT serta mengamalkan ajaran Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah.
69 Comments
Jelas sekali sihir ni tanda rosaknya Hati dan Akidah . kena taubat nasuha pada siap yang pernah amalkannya
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT serta mengamalkan ajaran Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah.
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT serta mengamalkan ajaran Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah.
Kena selalu amalkan dua surah ini iaitu Surah Al Falaq dan Surah An Nas seperti yang diamalkan oleh Nabi ketika disihir
Sihir bukan sahaja ditujukan bagi yang punyai dendam percintaan atau perkahwinan tetapi juga di dalam perniagaan
Sihir sanggup mengenepikan soal kepercayaan Rukun Iman yang pertama iaitu percaya kepada Allah SWT.
Sihir telah merosakkan akidah di mana mereka menggunakan perantara dan memohon pertolongan selain daripada Allah SWT.
Sihir telah merosakkan akidah di mana mereka menggunakan perantara dan memohon pertolongan selain daripada Allah SWT.
Apabila bercerita tentang sihir, kebanyakan orang terutamanya kaum perempuan amat takut dengannya termasuk diri saya sendiri
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
kadang kadang tak terfikir pun, zaman sekarang pun masih ada yang sanggup lakukan sihir ni. ish iskh
sihir adalah perbuatan yang menjijikkan. bukan sahaja menyekutukan allah bahkan menysahkan mangsa juga
Syirik yang paling dimurkai Allah. Ada lagi ke yang sanggup guna sihir utk jatuhkan org lain ni?
Orang islam yang pernah terlibat dengan ilmu sihir samada secara sengaja atau tak sengaja perlu segera bertaubat dan kembali kepada Allah..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
ye. semoga allah menerima taubatnya.. dan si pelaku juga haru memohon maaf kepada org yang di sihir
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Muslim yang terlibat memang kena taubat nasuha. Minta dijauhi drp kita dan keluarga kita semua
Sihir ni satu perbuatan yang kurafat.. memberi kesan yang negatif kepada pengamal dan juga mereka yang menjadi mangsa
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Semoga tahun 2019, sihir bagai ini tidak lagi digunakan sbg senjata utama utk jatuhkan pesaing
Filem filem di Malaysia banyak menampilkan penggunaan sihir dan ilmu hitam, nampak lapuk tapi itulah kegemaran rakyat kita.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Dapat Kedudukan Pertama Di Google
maknanya jalan cerita dalam filem dan drama pasal sihir tu memang ada dalam dunia realiti kan
Apa yang diceritakn di dalam filem tu lah sebenarnya yang berlaku dlm masyarakt kita. Nauzubillah
Bahaya dosa syirik antaranya kepercayaan kepada kuasa selain Allah S.W.T dalam bentuk sihir untuk meraih sesuatu yang dihajati. Rosaknya hati dan akidah menjauhi hidayah Allah. Semoga kita meraih hidayah dengan empat sumber sebagaimana dijelaskan oleh Imam Muhammad Bin Abduh 1849-1905.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Comments are closed.