Bahaya Makanan Segera Ketika Iftar, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin ada segelintir dari kita yang gemar untuk makan makanan segera ketika berbuka di bulan Ramadan. Sebab senang tak perlu fikir apa dah, kuih ke, lauk ke, hanya perlu order yang set dan semuanya sudah lengkap.

Tambahan lagi Ramadan tahun ni menyaksikan tiada bazar Ramadan seperti kebiasaannya. Sangat mencabar !

Ini 5 sebab yang memungkinkan anda menyesal kerana memilih makanan segera sebagai juadah:

1. Menambahkan berat badan

Memetik artikel dari portal HelloDoktor, pengambilan makanan segera yang berlebihan semasa iftar dan juga sahur boleh membuatkan anda menambah berat badan. Ia kerana mkanan kategori ini telah melalui proses yang terlalu banyak sehingga nutrisinya hilang.

Selain itu, ia juga mengandungi banyak lemak trans serta tidak mengandungi sumber serat yang mencukupi. Sepatutnya, bulan puasa peluang untuk kita turunkan berat badankan?

2. Meningkatkan risiko rintangan insulin

Kebanyakan makanan segera mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi sekali gus meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Bukan itu sahaja, terdapat kajian yang mengatakan pengambilan makanan kategori ini akan menyebabkan kerintangan insulin – punca kepada gula dalam darah menjadi tidak terkawal.

Dalam erti kata yang lebih mudah, pengambilan makanan jenis ini boleh mengundang penyakit kencing manis.

Baca : Menjaga Kesihatan Adalah Satu Amanah

3. Meningkatkan risiko kegagalan jantung

Selain lemak trans, kebanyakan makanan segera juga mengandungi lemak tepu. Kedua-dua jenis lemak ini berisiko meningkatkan kolesterol jahat yang dikenali sebagai LDL (low-density lipoprotein).

Ia akan menjadi pemicu lemak terkumpul dan tersekat pada saluran darah. Dalam masa yang sama, ia juga akan menurunkan jumlah kolesterol baik yang dikenali sebagai HDL (high-density lipoprotein).

Akibatnya, ia akan mengakibatkan kewujudan plak kolesterol yang seterusnya akan meningkatkan risiko kegagalan jantung dan pelbagai lagi penyakit lain berkaitan dengan jantung.

4. Melambatkan proses metabolisme

Proses metabolisme adalah penting untuk memecahkan nutrisi menjadi komponen yang lebih kecil untuk keperluan tubuh badan kita. Ia adalah proses yang sangat penting untuk membakar kalori.

Pengambilan makanan segera pula dikatakan akan membuat proses metabolisme menjadi lebih lambat. Ia disebabkan kekurangan tenaga yang dikeluarkan jika hendak dibandingkan ketika makan makanan yang sihat.

Kita perlu tahu, berpuasa akan menyebabkan metabolisme menjadi lambat.

Baca : Subhanallah… Besar manfaatnya gerakan solat untuk kesihatan

5. Makanan segera menyebabkan ketagihan

Menurut Dr Vijaya Surampudi yang bertugas di University of California di Los Angeles, makanan kategori ini akan menyebabkan ketagihan akibat 4 bahan yang terdapat di dalamnya iaitu lemak, garam, gula, dan kafein.

Bahan ini seterusnya akan menjadi pemicu kepada perembesan dopamin – salah satu hormon yang memberikan rasa gembira dan bahagia. Sensasi inilah yang membuat anda sukar untuk berhenti memakannya yang akhirnya menyumbang kepada penambahan berat bandan berlebihan.

Jadi, kalau nak makan makanan segera untuk juadah berbuka, berwasapadalah. Jangan ambil makanan segera terlalu kerap, kerana akan mengakibatkan tubuh badan kita lemah dan sakit.

Baca : Antioksidan Black G, senjata melawan radikal bebas

Jaga kesihatan tubuh badan kita kerana itu adalah amanah dari Allah. Bila badan sihat, nak lakukan ibadah kepada-Nya pun rasa tenang dan seronok.

Wallahua’alam.

Sumber : Astro Awani


Spread the love

4 Comments

  1. Kebanyakan pengguna memilih makanan segera kerana cepat dan mudah. Masa menunggu yang singkat dan cara bungkusan mesra pengguna.

    Mungkin pengusaha makanan sihat yang seimbang perlu adaptasi konsep cepat dan mudah ini.

    Pasti akan jadi pilihan pengguna sekiranya makanan kita sihat, sedap, cepat dan mudah.

    Thank you admin atas perkongsian.

  2. Di Kelantan masih hadkan hingga 630pm restoran & food delivery beroperasi utk PKPB Ramadan. Kami selalu nasihatkan konsumer untuk pesan lebih awal. Jika perlukan lauk sahur, pesan menu jenis kering atau jenis sambal. Menu² begini punyai jangka hayat elok lebih panjang jika di simpan cara betul. Kesian juga bagi yang bujang, terpaksa selang seli sahur/iftar makanan segera & masakan panas waktu² begini…
    Curahan rasa Codchef @ ..Menu Colek Pilihan #1 Food Delivery Kota Bharu DijangkakanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!