Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada masa ini, terdapat banyak perkara yang menggugat keharmonian dan kesucian agama Islam dan penganutnya sendiri. Cukup banyak pertubuhan atau aliran yang bernaung atas nama Islam muncul dengan membawa pemikiran atau pendapat yang berbeza-beza. Antara golongan yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sedang rancak menyebarkan misi dakwah songsang mereka kepada masyarakat Islam Malaysia adalah golongan yang dikenali sebagai ‘Islam Liberal’.
Hal atau gerakan ini sudah berlaku lama tetapi masih menular di negara kita dan ramai yang masih kurang sedar. Islam Liberal merupakan satu aliran pemikiran mereka yang mahu kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah sedia ada sepertimana di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Aliran ini menyeru ke arah penyeruan ke arah kefahaman Islam yang terbuka dengan tujuan untuk memajukan pemikiran umat Islam. Akan tetapi, mereka mempunyai kecenderungan untuk melampaui batas agama apabila mereka menuntut tafsiran Islam yang pluralisme (pelbagai). Golongan ini mempertikaikan syariat Allah dan hukum-hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan undang-undang agama.
Fahaman yang ingin mengubah kepentingan
Seperti yang kita ketahui, kelompok Islam Liberal ini berpegang dengan menyalahkan ayat 256, Surah Al Baqarah:
“Tiada paksaan dalam memeluk agama. Sungguh telah jelas antara kebenaran dan kesesatan” (QS. Al Baqarah: 256)
Ancaman gerakan Islam Liberal secara terang-terangan atau halus di Malaysia tidak harus dipandang ringan. Ini kerana ia bukanlah bersifat ancaman akidah semata-mata, malah turut berkait rapat dengan identiti Islam itu sendiri. Perkara ini mesti diambil perhatian secara serius, bagi menyekat penyebaran fahaman ini dalam kalangan umat Islam.
Fahaman Islam liberal bersifat kritikal mengenai kedudukan wanita dalam kelompok masyarakat Islam terutama konsep poligami, hak pewarisan harta pusaka, konsep wanita sebagai ketua negara dan wanita tidak seharusnya diasingkan dari lelaki dalam masjid. Sesetengah Muslim liberal bersetuju wanita menjadi imam dalam sembahyang dengan makmum lelaki dan perempuan.
Tuntutan dan fahaman agama pluralisme
Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Mereka menyatakan orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Penolakan terhadap pegangan agama bagi penganut fahaman Islam Liberal ini adalah penting agar kebebasan berpendapat atau ijtihad dapat dilaksanakan.
Bertitik tolak daripada pegangan bebas ini juga, golongan Islam Liberal mendesak agar al-Quran ditafsir semula tanpa merujuk dengan tafsiran ulama-ulama terdahulu. Dan di atas dasar ini juga, aliran Islam Liberal tidak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah.
Mereka menuntut untuk mengubah pegangan seperti sistem pembahagian pusaka, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam serta undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.
Dengar dan tonton juga perkongsian Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin ini mengenai Islam Liberal.
Agama Islam yang benar
Islam menolak pluralisme agama iaitu semua agama benar tetapi tidak menolak hak agama lain kepelbagaian agama. Islam menolak paksaan dalam hal kepercayaan.
Golongan Islam liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama. Mereka juga menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.
Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman. Bagi kes murtad, orang Islam yang memilih jalan keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sisters In Islam juga perlu menghormati fatwa pengharaman pertubuhan itu sebagai fahaman yang sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS).
Saranan kepada semua pihak, khususnya institusi-institusi agama Islam di Malaysia, agar memainkan peranan masing-masing secara lebih aktif dan berstrategi bagi menangkis ancaman liberalisme di Malaysia
Berdasarkan ideologi, fahaman dan tuntutan aliran Islam Liberal ini, dapatlah kita simpulkan bahawa pluralisme adalah salah satu agenda daripada Islam Liberal. Mereka mahukan yang mudah dan senang tanpa mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan. Sedangkan ajaran Islam yang berpandukan Al Quran dan Hadis sepatutnya wajib diamalkan oleh umat Islam.
47 Comments
Sekolah harus awasi dan ajar pelajar supaya hati hati dgn liberal ni. Mana tahu mereka dah masuk dlm fikiran anak anak
Islam liberal ni mcm mcm mereka minta nak ubah. Hingga yg tak masuk akal pun ada
Mcm mcm cara yg mereka buat utk nak ubah al quran. Allah dah jnji akan pelihara kitab suci
Kot kot ada yang pertikaikan, boleh baca ni -Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam
Sangat berbahaya pergerakan islam liberal ni. Dah la kita tak nampak mana satu yang betul, mana yang salah
Liberal ni dh lama menyelinap masuk ke dalam negaea kita tnpa kita sedar
Mereka ni tak ragu-ragu untuk mengubah bentuk hukum yang sedia tertera di dalam al-Quran dan Sunnah. Sangat radikal
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ya, mereka bertindak seolah-olah mereka tiada Tuhan. Atau pemikiran mereka sebenarnya yg dah sesat?
Pada mereka semua boleh jalan. Dh tak tahu hukum halal dan haram
Ancaman gerakan Islam Liberal secara terang-terangan atau halus di Malaysia tidak harus dipandang ringan oleh pihak berwajib
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Terang terangan belum tiba masa lagi tu, secara halus tu memang dah banyak yang berlaku. Semoga dijauhi
Golongan liberal ini selalu mempertikaikan syariat Allah dan hukum-hukum fiqah dengan hujah rasional serta menolak penguatkuasaan undang-undang agama. Bahaya!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
golongan ini seakan-akan berfikir ikut logik akal. Lama lama boleh gila kl fikir dalm2 ttg tuhan..
Islam Liberal ni aliran pemikiran mereka mahu kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Itula pasal. Risau akn menggugat keharmonian masyarakat kita sekarang. Diharap ada pihak berkuasa yang memantau
Semua pihak, khususnya institusi-institusi agama Islam di Malaysia, agar memainkan peranan masing-masing secara lebih aktif dan berstrategi bagi menangkis ancaman liberalisme di Malaysia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Setuju tu, institusi-institusi agama Islam di Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing secara lebih aktif dan berstrategi bagi menangkis ancaman liberalisme di Malaysia.
Cukup banyak pertubuhan atau aliran yang bernaung atas nama Islam muncul dengan membawa pemikiran atau pendapat yang berbeza-beza. Merisaukan!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tu la, makin hari makin rami la komuniti pertubuhan seperti ini. Pihak berkuasa perlu lebih tegas bertindak
Comments are closed.