Bahagia Bukan Bidaan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kehidupan kita seharian, terdapat pelbagai kisah di mana suami dan isteri serta keluarga bahagia menjadi idaman semua insan. Namun, kesemuanya bermula dengan seribu satu kisah di antara lelaki dan perempuan. Bagi perempuan sudah tentu mencari suami yang terbaik untuk memimpin keluarga. Manakala lelaki pula pastinya ingin mencari isteri yang akan mengiringinya hingga hujung nyawa.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Ada yang mengatakan isteri jadi pengurus, suami jadi pemimpin dan teringat juga kisah Tips Suami pergi ke bilik air pun sudah rindu.

Kisah perjalanan hidup pasangan suami isteri dan keluarga sudah banyak dipaparkan di dalam dunia elektronik. Ada yang berdasarkan kisah benar, ada yang diadaptasikan daripada novel dan ada juga yang rekaan semata-mata.

Bahagia Bukan Bidaan nukilan Hessa Widad

Bahagia Bukan Bidaan mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalinkan hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan.

Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai.

Selepas talak dijatuhkan, Hana membayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan mahu mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf.

Tekanan perasaan menyelubungi kehidupan

Kisah sebegini kelihatan sudah banyak dipaparkan di televisyen dan filem. Dan sudah pastinya perkara tersebut berlaku. Kisah suami curang, isteri ditinggalkan selepas cerai, anak-anak terabai, dan pelbagai 1001 kisah lagi tentang kehidupan keluarga.

Dalam Bahagia Bukan Bidaan ini, Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksu. Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.

Kemunculan Talha dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh.

Kesunyian hati yang kekosongan

Patah tumbuh, hilangnya pasti berganti. Begitu juga yang sering berlaku apabila berlaku perpisahan. Bila hati kekosongan dan kesunyian, pastinya ada yang akan mengisi ruang tersebut.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula letih dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Drama Bahagia Bukan Bidaan ini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu pada jam 10 malam hingga 11 malam bermula 3 September 2018.

Pelakon : Dato Adi Putra, Nora Danish, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Arja Lee, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Penulis Skrip : Hessa Widad
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penerbit : Country & Universal Sdn Bhd

Drama Bahagia Bukan Bidaan ini mempunyai aura dan peminatnya tersendiri. Ramai peminat yang terkesan dengan drama ini sehinggakan ada yang terbawa-bawa dalam kehidupan mungkin kerana kisah yang lalu. Ada juga kaum bukan Melayu juga sentiasa mengikuti perkembangan dan penggambaran Bahagia Bukan Bidaan ini. Klik, follow, komen dan kongsikan sosial media Bahagia Bukan Bidaan serta lihat pelbagai lagi gambar, teaser dan di sebalik tabir penggambaran Bahagia Bukan Bidaan.

OST Bahagia Bukan Bidaan

Fanpage : Bahagia Bukan Bidaan
Instagram : @BahagiaBukanBidaanOfficial
Twitter : @BhgBknBidaan


Spread the love

35 Comments

    1. Setuju. Nampak macam kisah yang diadakan, tapi sebenarnya ianya realiti yang ada berlaku dalam masyarakat kita

      1. drama yang diadaptasikan daripada novel adakalanya daripada kisah kehidupan juga dan kebanyakannya ada berlaku juga

    1. kisah kahwin, cerai, rujuk, hal anak anak dan juga pasangan baru, semua itu ada dalam kehidupan kiri dan kanan kita.

      1. Biasanya apa yang penulis skrip tu yang biasa terjadi di dalam masyarakat kita. Mungkin ada sedikit olahan untuk nampak jalan cerita menarik

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!