Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
harini kita ingin berbincang bagaimana kita boleh membuat latihan, daripada penulisan yang pendek dan ringkas kepada penulisan yang panjang tetapi masih dalam struktur yang teratur dan tidak melalut.
Ini adalah perkara yang telah saya sendiri lakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Tahun 2017 merupakan tahun berlatih untuk menulis lebih panjang setiap hari. Namun ianya bukanlah terus sahaja kepada jumlah perkataan yang banyak. Kita perlu juga latihan yang berperingkat, bukan semua berkemahiran untuk menulis panjang, termasuklah saya sendiri.
Persediaan dengan latihan berperingat
Pada mula menulis, memang tak semua ada kebolehan atau kemahiran untuk menulis panjang. Andai boleh menulis 100 patah perkataan pada permulaan pun dah rasa cukup baik. Ini perkara yang normal terutama apabila kita jarang menulis sebelum ini.
Usah paksa diri utnuk menulis lebih panjang, ianya hanya akan menyebabkan mood menulis kita hilang dan kita tidak berjaya untuk menyampaikan maklumat dengan lebih baik.
Apa yang perlu kita lakukan, adalah untuk menambah jumlah perkataan secara berperingkat. Peringkat ini ada beberapa formula yang kita boleh ikut, bergantung kepada kesesuaian dan kemahiran kita.
Latihan menulis setiap hari
Perkara yang baru, sebaiknya kita buat latihan setiap hari. Pada minggu pertama tetapkan jumlah perkataan yang kita ingin tulis setiap hari. Tulis di sini tidak semestinya menulis artikel di blog semata-mata. Penulisan dengan ejaan yang lengkap di platform media sosial juga boleh dijadikan sebagai latihan.
contoh minggu pertama kita tetapkan untuk tulis 200 patah perkataan setiap hari, kemudian tambah lagi kepada 250 atau 300 apabila telah selesa menulis 200 patah perkataan. Setiap kali kita dah rasa selesa, kita tambah nilai perkataan yang kita perlu tulis setiap hari.
Sampai satu ketika, kita akan berlatih untuk menulis ribuan patah perkataan setiap hari. Ini semua tidak berlaku dengan sekelip mata, perlu ditambah secara berperingkat. Kita hanyalah manusia biasa yang perlu dilatih dan diuruskan dengan baik.
Gabungkan penulisan dalam artikel
Sampai satu tahap, apabila kita telah selesa menulis 500 patah perkataan setiap hari, kita boleh mula gabungkan jumlah patah perkataan ini menjadi sebuah artikel. Latihan penulisan berdasarkan bilangan patah perkataan hanyalah latihan untuk menulis.
Apabila kita telah berjaya mencapai jumlah yang ditetapkan, kita mula berlatih untuk menulis artikel yang panjang pula.
Untuk sebuah artikel, kita boleh bermula dengan 350 patah perkataan, kemudian tambah menjadi 500 patah perkataan, 800 perkataan dan akhirnya 1000 patah perkataan ke atas untuk sebuah artikel.
Memang pada awalnya kita akan merasakan artikel itu terlalu panjang atau ada olahan yang kurang menarik. Pengurusan artikel ini juga memerlukan latihan yang berterusan. Usah beranggapan hanya kerana kita telah berjaya menulis satu artikel yang panjang, perkara itu menjadi mudah.
Tidak begitu.
Uruskan struktur artikel untuk penulisan yang panjang
Apabila kita menulis artikel yang panjang, penting untuk kita menjaga struktur artikel kita. Pastikan ada sub topik atau headings untuk pembahagian penerangan, penggunaan perenggan yang baik (biasanya sekitar 4 baris untuk satu perenggan), ejaan yang betul dan yang paling penting untuk memastikan ada gambar yang ditambah setiap 2 atau 3 perenggan.
Semua ini akan memberikan keselesaan kepada pembaca yang ingin memahamkan maklumat atau isi kandungan yng cuba disampaikan.
Keselesaan pembaca akan membuatkan mereka rasa ingin terus berada dalam blog kita dan membaca artikel-artikel berkaitan yang telah diterbitkan dalam blog kita. Seterusnya mereka akan menjadi pembaca setia di blog kita dan menjadikan blog kita sebagai rujukan.
Apa yang lebih menarik, apabila pembaca terpikat dan melekat, sekali gus, Google atau enjin carian juga akan terpikat dan melekat di blog kita. Selamat mencuba.
67 Comments
Sedang belajar untuk menulis lebih 500 atu 1000 ptah perkataan untuk setiap blogpost. Mencabar. Dan kena biasakn diri
rasanya pada peringkat permulaan sahaja agak sukar. lama-lama lagi mudah untuk menulis artikel panjang..
owh see.. dah cakap tulis panjang 2 banyak kelebihannya kan. cepat rank dan sebagai nya kan
Curahan rasa JMR @ ..Dah Nak Masuk Tahun 2019, Netizen Makin Gila.
apabila kita telah selesa menulis 500 patah perkataan setiap hari, kita boleh mula gabungkan jumlah patah perkataan ini menjadi sebuah artikel yang lebih panjang
kalau kita perhatikan google mmg suka aritkel panjang dan padat dgn info. yg tu slalu rank
blog baru saya tu saya cuba buat at least 1k sehari.. okay la. blog travel.. banyak benda yg kita bleh isi
wah nik ada blog baru ke. Nak baca gak. bagi la URL, boleh cedok ilmu travel drp blog Nik lak
google suka dengan 3000 patah perkataan.. mmg panjang.. tapi kalau pada mmg senang nak rank.
bila idea sampai, memanglah mencurah curah..nak tunggu idea sampai tu yang ambil masa dan menguji kesabaran
bila dah start tulis kadang kadang tak boleh stop. smpai banyak yg kene delete
Sedang belajar untuk menulis lebih 500 ptah perkata untuk setiap blogpost. Mencabar. Dan kena biasakn diri
Memang mencabar sangat bila ilham tu tak datang kan. Idea ni kadang banyak tapi nak olah pulak tak reti.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Bab ilham tu pun kena doa banyak banyak supaya sentiasa dikurnikan ilham yang baik baik. memudahkan kerja kita juga
Sedang belajar untuk menulis lebih 500 ptah perkata untuk setiap blogpost. Mencabar. Dan kena biasakn diri.
Alhamdulillah, penerangan yang bermanfaat. Kalau ada rangka isi untuk menulis, Insya-Allah ia menjadi begitu mudah. Minat pun kena ada, agar idea dapat berjalan dengan baik.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
betul tu. kalau tak berminat utk menulis, satu perenggan pun takkan siap. akhirnya copy dan paste dari blog org lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem Annihilation
Tang copy past drp blog orang lain tu memang tak beretika. Memang panjanglah artikelnya sebab plagiat
Minat dan kesungguhan tu sangat perlu utk siapkan satu artikel yang panjang. 1000 patah perkataan sekurang-kurangnya
kena ada minat gak macam mana pun. kl tak minat, nak log in blog pon tak haha
usah kata satu perenggan, nak mukadimmah ayt pertama pun seksa. Alahai ruginya
Betul tu. Kalu minat ada, rajin sket, kacang je nak tulis 1000 patah perkataan kan. Ayuh kita
Nak jadi kacang tumemang kena take time juga kan. Setiap hari penulisan kena jadi makanan ruji
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
saya dah cuba buat pada blog baru.. cepat rank.. tapi mmg penat la sikit bro
time datang idea tu tangan ni dgn sendiri boleh menaip laju . kalo baca balik mcm xpecaya diri sdiri yang tulis. huhuhu
boleh juga menulis panjang namun secara bersiri..
ia bukan sesuatu yang sukar kalau sudah biasa..
pada peringkat permulaan sahaja agak sukar..
lama-lama lagi mudah untuk menulis artikel panjang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
Nak biasakn diri tu yang sukar kan bro. Kena banyak buat latihan dan biasakan perah idea dan ayat..
Bukan mudah juga untuk menulis panjang-panjang ni. InsyaAllah akan diusahakan dengan istiqamah. Moga terlaksana. Hihi
Curahan rasa Nas Rubaee @ ..Panduan dan Cara Jual Rumah
Kan kan..bukan mudah nak tulis panjang ni. Kena betul betul perah idea.. Tapi cara drp artikel ini memang terbaik
Nas Rubee: Ya, bukan mudah tapi tidak mustahil kan. Selamat berjaya.. boleh jadikan artikel ini sebagi panduan
bukan mudah tapi ianya pasti boleh. Kena ikut tips dlm artikel ni. Sikit sikit lam lama jadi rutin
ye.. sangat susah.. lagi lagi bila kebuntuan idea dan dh penat kerja sehrian kan.. huhu
Perkara yang baru, sebaiknya kita buat latihan setiap hari. Pada minggu pertama tetapkan jumlah perkataan yang kita ingin tulis setiap hari.
Ya, bukan mudah juga untuk menulis panjang-panjang ni. tapi ia nya tak mustahil kan?
senan je. pertama, apa yang perlu kita lakukan, adalah untuk menambah jumlah perkataan secara berperingkat.
alhamdulillah saya dah hampir boleh menulis setiap hari tanpa henti selama 4 tahun..
mudah-mudahan tahun yang mendatang saya terus mampu menulis dengan baik dan terbaik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Seronok Tak Kalau Hidup Bujang ?
4 tahun bukan sekejap, saya nak bertahan 1 tahun pun susah, nak kena beri fokus lebih.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Daftar Uber Driver Malaysia Percuma
kan bro..aku sebulan pun tak tercapai lagi. Kena betul betul istiqamah..barulah boleh
Wah..terbaik bro. Dah 4 tahun.. Saya pun masih mencuba untuk menulis.. skang ni seminggu 2,3 kali je hehe
bertuahnya mr hanafi boleh buat mcm tu.. sy mmg susah sangat nak buat setiap hari
Bagus juga ini tipsnya boleh saya coba dulu, tapi terkadang nulis panjang suka mentok idenya, harus ngetik apa lagi gitu…
tu pasal kena rangkakan terlebih dulu idea. kemudian buat sikit demi sedikit, seperti dlm artikel ni
Semua perkara yang susah memerlukan kesabaran sebelum ia menjadi sebati dalam diri
Curahan rasa Nasa Azman @ ..Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah?
Masa mula mula buat artikel, idea susah nak sampai. Tapi bila dah biasa, idea boleh datang mencurah-curah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Tu orang ckp, prektik makes perfek.. memang kena berlatih tubi dengan sabar dan rajin
yes..sabar buat sabat buat sabar buat .. biar jadi rutin. Lama lama mesti sebati dalam diri
bagaimana kita boleh membuat latihan, daripada penulisan yang pendek dan ringkas kepada penulisan yang panjang tetapi masih dalam struktur yang teratur dan tidak melalut.
Sampai satu ketika, kita akan berlatih untuk menulis ribuan patah perkataan setiap hari. Ini semua tidak berlaku dengan sekelip mata, perlu ditambah secara berperingkat.
Comments are closed.